Sudah agak lama juga saya tidak menulis sajak. Saya tidak ingat bila kali terakhir saya menulis sajak tetapi seingat saya, kali terakhir saya menulis sajak ketika saya masih menuntut di UiTM.
Sajak adalah salah satu cabang sastera yang saya minati dan mempunyai pengalaman menulis nya. Anda boleh 'menggali' blog ini untuk membaca sajak-sajak yang pernah saya hasilkan.
Selain sajak, saya juga pernah mempunyai pengalaman menulis cerpen dan novel. Tetapi oleh kerana beberapa sebab, saya berhenti menulis kedua-dua cabang sastera itu. Apa yang saya tekuni sekarang hanyalah sajak sahaja.
Namun, sejak saya melangkah ke alam pekerjaan sekitar bulan Mei 2018, saya mula meninggalkan kegiatan menulis sajak. Bukan sahaja sajak saya tidak tulis, malah artikel-artikel berunsur pendapat yang saya biasa tulis pun saya tidak tulis lagi. Cuma baru-baru ini entah mengapa saya mempunyai keinginan untuk menulis semula.
Saya rajin menulis sajak ketika saya masih belajar. Saya juga biasa mendeklamasikan sajak-sajak yang saya tulis di khalayak ramai. Waktu itu saya masih lagi belajar. Belajar tidak sama seperti bekerja. Tekanan belajar tidak sama dengan tekanan bekerja. Belajar memberikan banyak masa untuk saya menulis tetapi bekerja tidak.
Bekerja bukan sahaja membuat saya tertekan malahan juga keletihan. Apabila pulang ke rumah, yang saya mahu buat hanyalah tidur sahaja. Jadi masa saya untuk menulis habis begitu sahaja.
Ketika saya belajar di universiti, masa begitu banyak untuk saya menulis. Kuliah, meskipun ada setiap hari tetapi tidaklah berjalan sepanjang hari. Ada hari kuliahnya sampai waktu tengah hari sahaja. Waktu petangnya kita sudah boleh berehat di kolej. Masa rehat itu bolehlah digunakan untuk berfikir, mencari idea dan menulis sajak.
Apabila tiba musim cuti semester, lagilah saya suka. Masa begitu banyak terluang di rumah. Masa yang terluang itu saya gunakan untuk menulis dan mencipta sajak.
Melangkah ke alam pekerjaan membuatkan saya kurang berehat. Masa bekerja berjalan dari pagi sampai ke petang dan kadang-kadang membawa ke malam. Alam pekerjaan tidak ada istilah cuti semester berbulan lamanya. Apabila kurang masa berehat, maka kuranglah masa berfikir. Apabila kurang masa berfikir (baca : berimaginasi), maka kuranglah saya menulis sajak.
Sehingga artikel ini ditulis, saya masih lagi mencari idea dan inspirasi untuk menulis sajak. Namun, masih tidak jumpa. Adakah saya patut tinggalkan terus dunia sajak? Entahlah....

Teruskan apa pun jua jenis penulisan. Janji jangan berhenti menulis.
BalasPadamSayang ditinggalkan. Ilham menulis selalu datang dalam pelbagai bentuk.
Semoga bertemu ilham untuk menulis! ^_^
semoga anda sentiasa diberikan ilham dan kerajinan untuk menghasilkan penulisan yg bermanfaat. saya suka baca tulisan2 anda di blog ni. :)
BalasPadam