Ahad, 7 April 2019

FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG TELEFON!

 Image result for telefon pintar
 
 
Saya yakin dan percaya pasti anda yang membaca blog ini mempunyai sebuah telefon pintar. Penggunaan telefon pintar pada masa kini bukanlah sesuatu yang pelik. Semua anggota masyarakat sama ada tua ataupun muda pasti mempunyai telefon pintar. Kadang kala, budak kecil pun mempunyai telefon pintar. 
 
Oleh kerana penggunaan telefon pintar amat popular pada masa kini, maka saya ingin berkongsi fakta-fakta menarik kepada anda semua berkenaan telefon. Selamat membaca...
 
Panggilan pertama yang dibuat menggunakan telefon bimbit ialah pada 3 April 1973
 
Panggilan pertama tersebut dibuat oleh Martin Cooper, seorang jurutera Motorola di New York. Paling menarik, dia membuat panggilan tersebut kepada pesaingnya yang terbesar dalam sektor tersebut iaitu jurutera Joel Engel, dari AT & T, sebelum memberikan satu sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa dia baru sahaja membuat panggilan pertama melalui telefon bimbit. Semasa dia membuat panggilan telefon itu, dia berkata seperti ini: "Tahukah anda dari mana saya membuat panggilan kepada anda?"
 
Telefon pintar pertama keluar pada tahun 1997
 
Telefon bimbit pertama yang dipanggil telefon pintar (smartphone) ialah model Ericson GS88 "Penelope". Pada waktu itu, istilah telefon pintar belum lagi begitu popular seperti sekarang. 
 
Telefon bimbit terlaris ialah Nokia 1100
 
Setakat ini, 250 juta unit telah dijual dan dianggap sebagai salah satu telefon paling sukar yang pernah dicipta. 
 
Jam tangan dan jam penggera akan hilang 
 
Pada waktu dahulu, kita biasa memakai jam di pergelangan tangan dan jam penggera untuk membangunkan kita pada waktu pagi. Pada masa kini,  ramai orang sudah tidak menggunakan jam tangan dan jam penggera lagi. Statistik menunjukkan bahawa sekitar 60% pengguna telah berhenti menggunakan jam tangan dan jam penggera kerana lebih suka menggunakan jam dan  penggera yang ada pada telefon pintar. 
 
Secara puratanya, kita melihat telefon pintar kita 150 kali sehari. 
 
Kebanyakan orang akan melihat telefon pintar mereka setiap 6 minit secara purata.   
 
Lebih banyak telefon pintar daripada manusia di dunia ini. 
 
Hal ini berlaku kerana bilangan orang yang mempunyai telefon pintar di dunia sangat tinggi (kira-kira 5 billion dan semakin meningkat). Setiap orang mempunyai kira-kira 1.5 telefon secara purata, yang bermaksud bahawa bilangan telefon pintar sebanyak 7.5 billion manakala dunia dihuni oleh 7.4 billion orang.
 
Telefon bimbit termahal di dunia berharga 95.5 juta dollar. 
 
Telefon tersebut ialah Falcon Supernova Pink Diamond IPhone 6 yang mempunyai case yang diperbuat daripada emas 18 karat dan mempunyai berlian merah jambu yang besar di belakangnya.
 
Telefon bimbit mengandungi lebih banyak bakteria berbanding tandas
 
Menurut beberapa kajian, jumlah bakteria yang terdapat pada skrin telefon bimbit adalah 20 hingga 30 kali lebih banyak daripada apa yang terdapat dalam mangkuk tandas. Jadi itulah sebabnya anda perlu menghindarinya dari mulut anda. 

Di Finland, membaling telefon bimbit ialah sukan

Sukan pelik ini juga dianjurkan setiap tahun iaitu sejak tahun 2000. Sukan ini juga telah dijadikan sebagai salah satu kejohanan dunia. Untuk rekod jarak, setakat ini telah ditetapkan pada 97 meter untuk lelaki dan 40 meter untuk wanita.
 
Terdapat telefon bimbit di luar angkasa
Telefon tersebut ialah Google Nexus yang dilancarkan ke angkasa pada tahun 2013 oleh penyelidik dari University of Surrey (United Kingdom) untuk memeriksa ketahanan komponennya dalam keadaan vakum dan keupayaannya untuk mengawal satelit di ruang angkasa. Pada ketika ini,  telefon tersebut sedang mengitari Bumi. 
 
Itulah fakta-fakta menarik mengenai telefon yang saya ingin kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat...
 
 

2 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.