Duhai
temanku di luar sana ,
Masih
butakah mata hatimu?
Masih
butakah mata kepalamu?
Melihat
dunia ini
Yang
serba serbi dilanda gelora
Sebuah
gelora yang sangat dahsyat
Namanya
gelora politik durjana
Satu
gelora yang bisa membinasakan
Satu
gelora yang bisa merosakkan
Tetapi
di mana kau wahai teman
Mengapa
kau masih bersikap sebegitu?
Masih
mentaati perjuanganmu
Yang
sudah terang lagi bersuluh
Sudah
salah ditimpa malapetaka
Tapi
kau….
Masih
begitu
Masih
setia dengan perjuanganmu
Tidak
salah untuk kau menyokong
Juga
tidak jika kau membangkang
Tetapi
mengapa
Agama,
bangsa dan tanah airmu
Mula
diganggu gugat
Kau
hanya diam seribu bahasa?
Kau
hanya membutakan mata?
Kau
hanya memekakkan telinga?
Apakah
matlamat perjuanganmu?
Terangkan
padaku
Agar
aku bisa mengerti
Adakah
perjuanganmu kerana pemimpin?
Atau
Alif, Ba, Ta
Agama,
Bangsa dan Tanah air?
Duhai
teman yang bijaksana
Kembalilah
pada jalan hidup yang sebenarnya
Agama
kita semakin terancam
Bangsa
kita bertambah rencam
Negara
kita bakal jahanam
Apakah
yang akan kau lakukan?
Hanya
menanti semua yang bakal hilang?
Nasihat
ku wahai teman
Perjuangan
kita bukan parti
Perjuangan
kita bukan politik
Tetapi
memelihara
Islam,
Melayu dan Malaysia
Dari
terus sengsara
Dan
menganggung derita
Bukalah
mata mu wahai teman
Dedahkan
hati mu wahai kawan
Terbitkan
minda mu wahai sahabat
Jangan
mudah terpedaya dengan tipu daya dunia
Usah
mudah tertipu dengan kecantikan itu
Kelak
kau akan binasa
Dibaham
kuasawan jahat yang jitu
Jika
kau sayangkan agama
Jika
kau sayangkan bangsa
Jika
kau sayangkan negara
Jangan
lagi mudah terpedaya
Jangan
lagi mudah diperkosa
Pemkiranmu
Oleh
pemimpin pemimpin itu
Lama
saya tak tulis sajak. Semalam apabila saya baca sajak A. Samad Said dalam buku beliau tergerak hati nak tulis sajak ni. Selamat membaca...
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.