Sejujurnya saya
sendiri berasa terkejut dengan pemergian mendiang Karpal Singh – ahli parlimen
Bukit Gelugor dan bekas Pengerusi DAP Kebangsaan yang terlibat dalam kemalangan
jalan raya baru baru ini. Pemergian mendiang sebagai seorang ahli politik dan
peguam yang handal merupakan salah satu kehilangan yang besar buat sejarah
politik tanah air. Sesungguhnya mendiang akan dikenang sebagai seorang ahli
politik pembangkang yang paling kontroversi di Malaysia selepas Anwar Ibrahim,
Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang.
Semua orang tahu tentang Karpal Singh.
Dia terkenal sebagai seorang peguam jenayah antara yang paling handal di
Malaysia. Dia digeruni kerana kepetahannya berhujah dalam mahkamah. Bukan mudah
untuk menewaskan beliau dalam sesuatu kes yang dibicarakan di mahkamah tidak
kira kes itu kes berat atau kes yang ringan. Khidmatnya sebagai peguam memang
ditagih oleh kebanyakkan orang. Boleh dikatakan 90% peluang untuk menang itu ada dalam sesuatu kes
yang diwakili oleh beliau.
Kehadiran beliau di dalam Dewan Rakyat
juga memang menjadi tumpuan. Beberapa kali beliau telah mencetuskan kontroversi
di Parlimen sehingga digantung acapkali. Ketegasan beliau terutama dalam Hukum
Hudud yang ingin dilaksanakan oleh PAS memang sukar untuk dikompromi. Beliau
dengan jelas dan nyata menolak Hukum Hudud yang ingin diwujudkan oleh rakan
seangkatannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS.
Terus terang saya katakan, saya sememangnya
tidak bersetuju dengan banyak pendapat dan pandangan beliau terutama soal
Islam, Melayu dan Raja Raja Melayu. Pendapat beliau yang sememangnya sengaja
untuk mencetuskan kemarahan dan ‘mencari gaduh’ dengan orang Melayu begitu
menyakitkan hati saya. Sebagai contoh, jika Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan
Raya Umum ke 13, beliau berazam untuk menggantikan ketuanan Melayu dengan
Ketuanan Rakyat seolah olah Ketuanan Melayu itu satu malapetakan dan bala
bencana kepada negara ini.
Saya tidak nampak apa buruknya Ketuanan
Melayu itu di mata beliau sehingga beliau begitu benci benar dengan Ketuanan
Melayu itu. Kenyataan kenyataan beliau yang kontroversi itu kadang kala bisa
mengundang pergaduhan dan persengketaan kaum. Beliau seolah olah terlupa dengan
Peristiwa 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa. Saya sendiri tidak
faham mengapa beliau begitu anti Melayu, anti Islam dan anti Raja Raja Melayu.
Walaubagaimanapun, ada orang mengatakan
bahawa beliau merupakah seorang yang berpegang teguh kepada prinsip. Benarkah
begitu? Ya, beliau akan terus berpegang kepada prinsip beliau jika perkara itu
berkaitan dengan Islam, Melayu dan Raja Raja Melayu. Tetapi beliau mudah untuk
menggadai prinsip beliau jika perkara itu bersangkut paut dengan politik dan
kedudukan beliau.
Sebagai contoh, sebelum Anwar Ibrahim
dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau dengan lantang berkata di
Parlimen bahawa beliau mempunyai bukti yang kukuh yang mengatakan Anwar Ibrahim
adalah seorang homoseksual. Tidak ada angin dan rebut, kini beliau pula yang
menjadi peguam bela Anwar dalam kes liwat terhadap Saiful Bukhari Azlan. Adakah
ini yang dikatakan sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip?
Saya yakin ramai orang tidak bersetuju
dengan pendapat yang saya kemukakan ini. Hanya orang yang taksub dan buta hati
sahaja yang mengatakan bahawa Karpal Singh ini seorang yang berpegang kepada
prinsip. Terpulanglah pada pendapat masing masing. Ingatlah! Pandanglah sesuatu
perkara itu dengan kebenaran bukan dengan ketaksuban yang maha dahsyat terhadap
mana mana pemimpin sama ada pemimpin itu ulama’ atau peguam terkenal.
Saya adalah seorang penulis bebas dan
terikat dengan mana mana ideologi parti politik. Saya menggunakan pena saya
untuk berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. Saya bukan agen UMNO untuk
menggunakan pena saya untuk menaikkan parti itu. Kalau UMNO salah pun saya akan
tegur.
Apa yang paling penting adalah adakah
Hukum Hudud akan terlaksana di Malaysia
selepas ketiadaan beliau? Bagaimanakah nasib Pakatan Rakyat apabila seorang
tokoh pemimpinnya sudah dijemput Tuhan? Apakah nasib Barisan Nasional pimpinan
Najib dan Muhyiddin selepas ketiadaan beliau. Sama sama kita saksikan.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.