Sumber : Google |
Haryati melekap erat erat bantal peluk yang panjangnya hampir separuh dari dirinya dan berwarna merah hati itu di telinga kanannya. Dia membaringkan tubuhnya di atas katil di bilik tidurnya. Dia tidak mahu mendengar apa yang berlaku di luar biliknya. Kalau boleh dia mahu menjadi tuli. Dia lebih suka menjadi orang tuli atau pekak. Dia tidak mahu mendengar suara ibunya berleter sepanjang hari. Dia tidak mahu mendengar bebelan ayahnya pada hari itu. Justeru itu, dia berusaha untuk ‘menulikan’ telinganya daripada mendengar suara suara ibu bapanya.
“Awaklah punya pasal. Awak selalu sangat sibuk dekat butik awak. Cuba
sesekali awak tengok dia kat rumah. Kalau awak selalu ada kat rumah sudah pasti
perangai dia tak macam tu.” Tinggi suara Hafzan – bapa Haryati memarahi ibunya.
“Awak asyik nak salahkan saya saja. Habis
awak tu, asyik ada mesyuarat saja dua puluh empat jam. Langsung tidak mahu
melihat anak isteri kat rumah.” Bidas Rosmah – ibu Haryati pula.
“Saya ni sibuk. Perniagaan saya besar. Saya
ada banyak kerja kat pejabat tu. Perniagaan awak bukan besar mana pun. Saya
rasa boleh je awak luangkan masa awak kat rumah dari duduk kat butik tu.”
“Habis awak ingat saya ni tak sibuk. Siapa
cakap perniagaan saya tak besar? Siapa cakap kerja saya tak banyak? Saya kena
siapkan banyak tempahan sekarang ni. Lebih lebih lagi bila cuti sekolah nak
dekat ni. Banyak orang tempah baju pengantin kat butik saya.”
“Kalau dua dua sibuk, siapa nak tengok dia
kat rumah? Cuba
awak tengok perangai dia sekarang. Selalu sangat keluar rumah lepas tu balik
bila dah jauh malam. Kalau ada apa apa jadi, siapa yang susah?”
“Manalah saya tahu. Saya pun ada kerja
yang nak dibuat. Bukannya nak hadap muka dia seorang saja. Banyak benda yang
saya nak uruskan kat butik tu.”
Oleh sebab itulah mengapa Haryati berusaha
untuk tidak mahu mendengar kata kata kata ayah dan ibunya yang sedang rancak
bertengkar. Mereka lebih sibuk menguruskan perniagaan mereka daripada
menguruskan dirinya yang merupakan anak tunggal dalam keluarga tersebut. Sebab itu,
dia lebih suka keluar berpeleseran bersama rakan rakannya daripada asyik
terperap di rumah seperti katak di bawah tempurung.
“Haryati, dengar sini baik baik. Ayah tak nak kamu keluar lepas tu balik
malam malam macam ni lagi. Faham?” Soal Hafzan dengan suara yang tinggi setelah
merempuh masuk ke bilik Haryati.
“Tapi kalau saya tak keluar, saya nak buat apa kat rumah ni? Saya bosan.
Ayah dengan ibu selalu sangat sibuk.” Bentak Haryati.
“Ikut saja arahan ayah. Jangan nak menjawab. Kalau kamu tak suka dengan
cara ayah, berambus dari rumah ni. Orang bagi dia makan, dia nak menjawab cakap
kita pula.” Ujar Hafzan.
Itulah yang selalu diucapkan oleh ayahnya.
Apabila marah Hafzan pasti akan mengungkit segala apa yang telah diberikan
walaupun kepada anak kandungnya sendiri. Dia juga selalu sangat menggunakan
perkataan ‘berambus dari rumah’ jika Haryati membantah kata katanya. Itulah
perkataan yang tidak disukai oleh Haryati. Itulah sikap ayahnya yang dibenci
oleh Haryati. Semakin lama perasaan tidak suka itu berubah menjadi perasaan
benci kepada ayahnya sendiri.
Keesokan paginya, Haryati tersedar dari
tidur sekitar pukul sembilan pagi. Sejak menamatkan zaman persekolahan dan
menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia nya keluar Haryati hanya
duduk di rumah sahaja. Itu amat membosankan dirinya. Apabila dia mahu bekerja,
ibunya tidak membenarkan dengan alasan takut dia bercampur dengan budak budak tidak
senonoh. Oleh itu, suka atau tidak dia perlu terperap sahaja di rumah itu.
Ketika dia dalam keadaan terpisat pisat
itu, kerana baru tersedar dari tidur, dia mendapat panggilan daripada Nadia –
rakan satu sekolahnya. Nadia mengajaknya keluar dan ingin memperkenalkannya
dengan seseorang. Memandangkan ibu bapanya sudah keluar bekerja, jadi dia
mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Nadia. Dia lantas mencapai tuala
putih berbelang oren dan berlari ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Setelah mandi dan bersiap, dia lantas
mencapai kunci motosikalnya dan menuju ke Pertama Complex yang terletak di
Jalan Tunku Abdul Rahman. Ketika dia sampai, dia melihat Nadia sedang
menunggunya di sana .
Nadia memakai baju berwarna hitam. Begitu juga dengan seluarnya. Matanya juga
disapu dengan celak hitam. Sungguh aneh pakaian Nadia pada waktu itu.
Setahunya, imej Nadia bukan begitu.
“Lama aku tak jumpa kau. Alih alih kau
telefon aku ajak keluar. Ke mana kau menghilang selama ini? Senyap je…langsung
tak dengar khabar berita.” Haryati bertanya.
“Aku ada je kat Kuala Lumpur ni cuma aku sibuk sikit. Aku ada
kerja yang kena buat. Kau apa khabar? Sihat?” Soal Nadiah pula.
“Aku memang sihat cuma hati aku ni je yang
tak sihat.” Jawab Haryati.
“Kenapa pula? Apa yang dah berlaku?”
“Kau tahu je la mak ayah aku tu. Asyik
sibuk memanjang. Langsung tak nak layan aku kat rumah. Aku nak kerja dia orang
tak bagi. Aku keluar dia orang marah.”
“Biasalah tu. Bukan mak bapak kau je. Mak
bapak aku pun dua kali lima
juga. Asyik nak membebel je. Dia orang kata aku pemalas la, apa la. Malas aku
nak duduk rumah. Lebih baik aku keluar.”
“Kadang kadang aku sendiri tak faham
dengan fiil mak bapak aku ni. Dia orang ingat aku ni robot ke? Asyik nak ikut
cakap dia orang je.”
“Sudahlah. Tak payahlah kita nak fikir
pasal dia orang. Buang masa je. Lebih baik kita cari hiburan. Aku nak
perkenalkan kau dengan seorang mamat tampan ni. Kalau kau tengok dia, mesti kau
cair punya.”
“Yakah? Tak sabar aku. Mana dia?” Soal
Haryati
“Kejap lagi dia sampai.” Jawab Nadiah.
Beberapa minit kemudian, muncul seorang
lelaki yang berpakaian seperti Nadia. Betul seperti yang Nadia katakan. Lelaki
itu memang tampan. Wajahnya hampir sama dengan Shukri Yahaya – pelakon tampan
yang semakin meningkat naik itu.
“Hai semua. Maaf saya lambat. Jalan sesak
tadi.” Ujar lelaki itu sambil menghulurkan tangannya kepada Haryati dan Nadia.
Mereka berdua menyambut huluran salam dari lelaki itu.
“Haryati, inilah mamat yang aku cakap tu.
Nama dia Hairi. Dia tua dua tahun dari kita.” Ujar Nadia sambil memperkenalkan
Haryati kepada Hairi.
“Nadia, kenapa tak cakap yang awak ada
kawan yang secantik ni?” Soal Hairi sambil memandang ke arah Haryati.
Haryati tersipu sipu mendengar pujian
ikhlas dari Hairi itu. Mana tidaknya, seorang lelaki tampan memuji dirinya.
Bukan mudah sebenarnya untuk mendapat pujian dari lelaki yang tampan seperti Hairi.
“Mana ada cantik. Biasa biasa saja.” Balas
Haryati malu.
“Janganlah merendah diri sangat. Awak
memang cantik.” Puji Hairi lagi.
“Sudah! Sudah! Jangan nak bercintan cintun
kat sini.” Nadiah mula kacau daun dan potong jalan.
“Saya ada beli air untuk awak berdua.
Minumlah. Saya tahu awak berdua mesti dahaga kan ? Sekarang cuaca memang panas.” Ujar
Hairi sambil menyerahkan sebotol air mineral sejuk kepada Nadia dan sebotol
lagi kepada Haryati.
Haryati yang sememangnya dahaga itu akibat
cuaca panas melampau yang melanda Malaysia dewasa ini lantas
mengambil air mineral itu dari tangan Hairi. Tanpa membaca ‘Bismillah’ dia
lantas meneguk air mineral itu hampir setengah botol habis.
“Dahaga betul nampak. Nasib baik saya beli
air kalau tak dah lama awak mati kehausan.” Hairi mengusik.
“Cuaca panas sangat. Terima kasih sebab
tolong belikan air ni.” Ucap Haryati.
“Sama sama.” Balas Hairi.
“Kita nak pergi mana ni Hairi?” Soal
Nadia.
“Hari ni Joe ajak kita lepak kat rumah
dia. Jom.” Hairi mempelawa.
“Haryati, kau tak ada kerja nak buat
sekarang kan ?
Jom ikut kita orang pergi rumah Joe. Kita lepak lepak kat sana .” Ujar Nadiah.
“Joe tu siapa?” Soal Haryati ingin tahu.
“Joe tu kawan kita orang juga. Jomlah.
Kalau kau duduk rumah pun bukan ada apa. Mak bapak kau kerja.” Kata Nadiah.
“Okeylah. Kalau duduk rumah pun bukannya
ada apa.” Haryati memberi persetujuan.
“Kau orang tinggalah motorsikal kau orang
kat sini. Kita pergi naik kereta saya je. Jimat sikit minyak. Petang nanti saya
hantar balik kat sini.” Hairi berkata.
“Okey!” Nadiah dan Haryati bersetuju.
Haryati dan Nadiah menaiki kereta Honda
Accord milik Hairi untuk ke rumah kawan mereka yang dipanggil Joe itu.
Perjalanan yang mengambil masa selama 45 minit itu akhirnya sampai ke sebuah
rumah banglo yang agak besar dan terpencil sedikit dari rumah orang lain. Rumah
banglo itu kelihatan suram dan amat menyeramkan terutama dilihat pada waktu
malam.
Apabila kereta Hairi memasuki halaman
rumah itu, kelihatan beberapa buah kereta dipakir di situ. Ada empat belas buah kereta semuanya dan
terdiri dari pelbagai jenis. Hairi memakirkan keretanya di belakang sebuah
kereta berwarna merah yang tidak diketahui namanya oleh Haryati namun pada
hematnya kereta itu barangkali kereta buatan luar negara.
“Jom. Kita dah sampai.” Ujar Hairi.
Haryati dan Nadia mengekori Hairi masuk ke dalam rumah banglo itu.
“Kita nak buat apa kat sini?” Soal Haryati
kepada Nadia.
“Kita nak lepak lepak la. Takkan nak pergi
berperang kot.” Jawab Nadia.
Apabila kaki Haryati melangkah masuk ke
dalam rumah itu, dia mendengar muzik rock yang agak kuat. Kelihatan beberapa
orang lelaki dan perempuan sedang menari nari seolah olah mereka tidak sedar
diri. Ruang yang dimasuki oleh Haryati itu kelihatan seperti ruang tamu sebuah
rumah kerana terdapat beberapa buah sofa di situ. Keadaan di dalam rumah itu
agak gelap dan hanya diterangi oleh beberapa batang lilin.
Apa yang lebih menyeramkan, di dinding rumah
itu terdapat beberapa lambang yang tidak difahami oleh Haryati antaranya lambang
salib terbalik, lambang tengkorak, lambang kepala kambing bertanduk dua yang
dilukis dengan sangat menyeramkan. Terdapat juga lambang bintang bersudut lima seperti yang pernah dilihatnya di bendera negara Israel .
Haryati memandang ke arah kumpulan wanita
dan lelaki yang sibuk menari itu. Kesemua mereka memakai pakaian yang berwarna
hitam. Wajah mereka juga disapu dengan cecair yang berwarna hitam. Kebanyakkan
mereka menari seperti tidak sedar diri atau boleh dikatakan sebagai dirasuk.
Muzik rock yang berkumandang itu amat membingitkan telinga.
“Hoi! Apa yang kau tercengang cengang tu?”
Soal Nadia sambil menyiku lengan Haryati.
“Kita kat mana ni? Kenapa dia orang macam
tak sedar diri je. Aku takut la Nadia. Aku nak balik. Hantar aku balik
sekarang.” Ujar Haryati separa merayu.
Hatinya sudah diserang rasa takut yang
amat sangat. Dia begitu gementar apabila melihat manusia manusia yang berada di
rumah itu. Wajah mereka boleh disamakan seperti syaitan! Dia takut.
“Kau nak takut apa? Dia orang ni semua,
orang juga. Bukan hantu. Dia orang tengah berzikir tu.” Kata Nadiah.
“Berzikir? Zikir apa kalau macam tu? Aku
tak pernah tengok orang berzikir macam ni.” Kata Haryati. Walaupun dia jarang
menunaikan solat apatah lagi berzikir, namun dia tahu bagaimana jika orang
Islam berzikir. Dia pernah lihat di televisyen dan di sekolahnya.
“Itulah yang kau tak tahu. Ini zikir cara
baru. Kau ni ketinggalan zaman betullah. Dah la tu. Jom kita pergi jumpa Joe.”
Nadia menarik tangan Haryati dan membawanya ke sebuah bilik. Hairi yang bersama
mereka tadi sudah menyertai kumpulan wanita dan lelaki yang menari itu. Dia
juga menari seperti mereka dalam keadaan tidak sedar diri.
Nadiah dan Haryati masuk ke sebuah bilik
yang agak besar. Di dalam bilik itu terdapat sebuah meja yang agak besar dan
beberapa buah kerusi. Haryati melihat seorang lelaki botak yang memakai jubah hitam duduk di salah sebuah
kerusi itu. Wajah lelaki yang berusia dalam lingkungan 30an itu agak
menggerunkan pada pandangan mata Haryati.
“Haryati, perkenalkan ini Joe. Ketua Umum
Kumpulan Ancient Warrior yang terkenal di Kuala
Lumpur ni.” Ujar Nadiah kepada Haryati.
“Apa khabar Haryati? Awak sihat?” Soal Joe
sambil menghampiri Haryati. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dan di
sambut oleh Haryati. Memandangkan perasaan takut masih menghantui diri Haryati,
dia hanya menjawab pertanyaan daripada Joe itu dengan anggukan sahaja.
“Sila duduk Haryati. Nadia, awak boleh
keluar sekarang.” Kata Joe. Dia menarik salah sebuah kerusi yang ada di dalam
bilik itu dan mempersilakan Haryati untuk duduk. Nadia yang tadi ada bersama
Haryati sudah hilang entah ke mana.
“Awak nak minum?” Joe bertanya lagi.
“Tak nak. Saya tak dahaga.” Jawab Haryati
takut takut.
“Minumlah sikit. Tak baik tau tolak
perlawaan orang.” Ujar Joe sambil menuangkan segelas air berwarna merah ke
dalam sebiji gelas yang panjang dan menghulurkan gelas itu kepada Haryati.
Haryati menyambut gelas itu tetapi tidak
meminumnya. Dia sekadar memandang air yang berada di dalam gelas itu. Dia khuatir
air itu adalah arak. Dia tidak mahu terlibat dengan arak atau pun dadah. Dia
tidak mahu ibu bapanya kecewa lagi dengan perangainya. Cukup cukuplah dia
telah mengecewakan ibu bapanya. Dia tidak mahu menambah kekecewaan itu lagi.
“Kenapa tak minum? Takut? Jangan takutlah.
Itu bukan arak. Itu air strawberri. Saya bersumpah dengan nama Anti – Christ,
Azazel dan Lucifer bahawa air itu bukan arak. Air itu adalah air strawberri.”
Ujar Joe dengan bersungguh sungguh.
Apabila Haryati melihat kesungguhan Joe
itu dia mencicip air merah itu sedikit. Terbukti air itu bukan arak. Air itu
adalah air strawberri. Sungguh sedap rasa air itu. Lalu Haryati meminumnya
secara perlahan lahan.
“Betul kan apa yang saya kata tadi? Saya bukan
orang jahat nak bagi awak minum arak.” Joe menyambung.
“Siapa Anti – Crist, Azazel dan Lucifer
tu? Saya tak pernah dengar nama dia orang sebelum ni?” Soal Haryati ingin tahu.
“Itu adalah ketua kami. Mereka mempunyai
kuasa yang sangat hebat malah lebih hebat dari Tuhan. Kita tidak boleh
menentang mereka.” Jawab Joe.
“Apa maksud lambang lambang yang dilukis
kat dinding tu?” Soal Haryati lagi.
“Kenapa awak nak tahu?” Pertanyaan Haryati
itu dijawab dengan soalan oleh Joe dan ternyata Haryati tidak ada jawapan untuk
soalan itu.
“Kalau awak nak tahu, awak kena jadi salah
seorang anggota kumpulan kami.” Joe menyambung.
“Err… macam mana saya nak jadi ahli
kumpulan ini?” Soal Haryati dalam keadaan tergagap gagap.
“Awak mesti bersumpah taat setia dengan
ketua ketua kami. Kemudian awak mesti sentiasa hadir dalam setiap perjumpaan
kami dan menjadi seperti kami.” Jawab Joe.
“Apa kelebihan saya masuk dalam kumpulan
ini?”
“Awak akan mendapat kebebasan yang tidak
dapat awak kecapi selama ini. Awak akan sentiasa terhibur dan kami akan
sentiasa melindungi keselamatan awak. Saya tahu awak bosan sebab tak dilayan sewajarnya oleh ibu bapa awak. Nadia dah menceritakan segalanya kepada saya. Sebab tu saya suruh dia bawa awak ke sini.”
“Berapa bayarannya?”
“Oh, menjadi ahli adalah percuma. Yang
penting awak kena setia dengan kumpulan ini.”
“Baiklah. Saya setuju.” Entah apa yang
merasuk fikirannya sehingga dia boleh bersetuju dengan tawaran yang dibuat oleh
Joe itu.
Baginya, Joe adalah seorang yang baik dan
ikhlas. Sudah pasti dia akan mendapat faedah faedah tertentu apabila memasuki
kumpulan ini. Tambahan pula, Nadia juga ada bersamanya. Jika Nadia boleh masuk
ke dalam kumpulan itu, mengapa tidak dia. Mulai hari itu, bermulalah kehidupan
Haryati dalam kumpulan sesat lagi menyesatkan itu. Dia sudah mula memakai
pakaian hitam dan menghadiri perjumpaan ahli kumpulan itu di rumah Joe.
Dia sudah mula menyukai muzik rock yang
membingit itu. Muzik yang mengandungi kata kata lucah dan kotor. Kata kata yang
menyeru kepada sentiasa membuat kejahatan dan meninggalkan kebaikan. Lirik lirik lagu yang memuja syaitan dan
menjadi syaitan. Haryati juga membaca majalah majalah yang diambil oleh
kumpulan itu dari luar negara. Pelbagai maklumat berkaitan dengan kumpulan itu
diketahuinya.
Barulah dia tahu bahawa kumpulan yang
dianggotainya itu adalah salah satu cabang aliran pemikiran Black Metal. Namun,
dia tidak kisah semua itu. Dia berasa seronok dengan kumpulan itu. Dia bebas
melakukan apa sahaja di dalam kumpulan itu. Dia boleh menari dan menyanyi
sesuka hatinya apabila berada dalam kalangan ahli kumpulan.
Memasuki kumpulan itu menyebabkan Haryati
mula berjinak jinak dengan arak dan dadah. Pada awalnya, dia cuba menolak namun apabila didesak
dia mencuba juga. Haryati juga sudah pandai melakukan seks bebas. Suatu hari
ketika dia sampai di rumah Joe, dia melihat Nadiah telah dinodai oleh dua puluh
orang lelaki sekaligus termasuk Joe dan Hairi.
Namun, dia
langsung tidak melihat riak ketakutan pada wajah Nadia. Kemudian, dia juga tega
menyerahkan mahkota kegadisannya kepada lelaki lelaki yang berada di dalam
kumpulan itu. Pada awalnya, dia berasa agak takut juga lama lama dia mula
ketagih. Setiap kali dia sampai ke rumah Joe, perkara pertama yang dia akan
lakukan adalah membuat
hubungan seks bebas dengan mana mana lelaki.
Kadang kadang sampai lima orang lelaki ‘menghenyak’ dirinya dalam
satu satu masa. Dia seronok dengan perkara itu kerana dia sudah ketagih.
Benarlah kata orang, apabila kita melakukan perkara perkara mungkar, kita pasti
akan ketagih sehingga sukar untuk kita berhenti melakukannya. Apa yang lebih
menjijikan, dia sanggup berzina dengan lelaki di atas kitab suci Al Quran!
Dia juga mengamalkan zikir dengan menghina
Allah s.w.t dan menghina Nabi Muhammad s.a.w. Bukan itu sahaja, dia juga
menghina mana mana agama termasuklah agama Kristian. Ini selaras dengan
pegangan kumpulan itu yang anti pada mana mana agama. Bagi mereka, agama hanya
mengikat kebebasan mereka namun dengan mengikuti fahaman Black Metal itu,
mereka boleh membuat apa sahaja.
Mereka juga benci dengan undang undang
negara yang dikatakan menyekat kebebasan mereka. Pada mereka manusia tidak boleh
disekat apa sahaja kemahuannya. Setiap kemahuan manusia perlu dipenuhi sama ada
halal atau pun haram.
Haryati sememangnya sudah sesat. Akidahnya
sudah rosak. Seandainya dia tidak sempat bertaubat, kebarangkalian untuk dia
murtad amatlah tinggi. Suatu malam, Hafzan dan Rosmah pulang ke rumah. Mereka melihat pintu rumah terbuka. Hati mereka mula tidak sedap.
“Kenapa Haryati tak tutup pintu? Budak ni
memang sengaja cari penyakit.” Ujar Hafzan yang sudah mula naik angin.
Rosmah dan Hafzan berjalan masuk ke dalam
rumah. Mereka mencari cari Haryati di ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu
namun tidak ada. Mereka juga mencari Haryati di dapur dan di sebuah bilik kecil
yang dijadikan stor, juga terletak di bahagian dapur namun tidak jumpa.
“Mana Haryati ni bang?” Soal Rosmah yang
sudah mula dibedal rasa risau.
“Kat bilik dia agaknya. Mari kita pergi
tengok.” Jawab Hafzan.
Mereka berdua memanjat tangga rumah banglo
itu untuk ke tingkat dua yang menempatkan bilik Haryati. Apabila mereka masuk
sahaja ke bilik Haryati, mereka melihat Haryati sedang tertiarap di atas
katilnya. Mulutnya mengeluarkan cecair berwarna putih dan di tangannya terdapat
sebotol arak. Mahu gugur jantung Rosmah melihat keadaan anak tunggalnya itu.
“Bang, kenapa dengan Haryati bang?” Soal Rosmah sambil pergi mendapatkan
Haryati. Dia memanggil nama Haryati dan menampar nampar pipi gadis itu untuk menyedarkan Haryati namun
usahanya gagal.
“Bang! Pergi bawa Haryati ke hospital cepat!”
Kata Rosmah separa menjerit. Air matanya sudah mula mengalir keluar membasahi
pipi apabila melihat anak kesayangannya berada dalam keadaan seperti itu.
Hafzan lantas mendukung tubuh Haryati dan masuk ke dalam kereta seterusnya
memandu laju ke hospital.
Sementara itu, Rosmah menyelongkar bilik
Haryati yang pada pandangan matanya amat pelik itu. Bilik itu tidak diterangi
dengan lampu kalimantang yang disediakan sebaliknya bilik itu diterangi dengan
lilin. Sembilan puluh peratus barang barang dalam bilik itu berwarna hitam
seperti cadar katil dan sarung bantal.
Apa yang lebih mengejutkan terdapat lambang
bintang bersudut lima
yang dilukis dengan kapur di lantai bilik itu. Lambang itu hanya biasa dilihat
pada bendera negara Israel .
Tiba tiba Rosmah terpandang beberapa buah majalah yang terletak di atas meja
Haryati di bilik itu. Terdapat beberapa buah majalah seperti Metal Hammer dan
Terror Rizer berada di atas meja itu.
Rosmah cuba membaca isi kandungan majalah
itu. Alangkah terkejutnya Rosmah apabila majalah yang ditulis dalam Bahasa
Inggeris itu mempunyai bahasa yang bersifat lucah. Majalah itu juga memaparkan
imej yang menakutkan dan menyeramkan. Tahulah Rosmah bahawa anak gadisnya itu
telah mengikuti ajaran Black Metal.
Hatinya hancur dan luluh apabila mendapat
tahu anaknya terlibat dalam perkara perkara yang boleh merosakkan akidah dan
iman itu. Dia jatuh terjelepok ke atas lantai kerana kakinya sudah tidak kuat
lagi untuk berdiri memandangkan dirinya begitu terkejut atas apa yang berlaku.
Dia kesal kerana selama ini dia langsung tidak mengambil kisah tentang diri
Haryati.
Dia terlalu sibuk menguruskan butiknya
namun dia gagal untuk menguruskan satu satunya zuriat yang dia ada bersama suaminya.
Dia lantas mencapai kunci keretanya dan bergegas menuju ke hospital tempat
Haryati di hantar. Sampai sahaja di hospital, Rosmah diberitahu oleh Hafzan
bahawa Haryati perlu ditahan wad selama beberapa hari. Haryati disahkan telah
mengambil dadah dengan dos yang berlebihan.
Mendengar sahaja berita itu, air mata
Rosmah mula jatuh berjuraian tanpa henti. Dia sedih mendengar anak gadisnya itu
sudah jauh tersasar dari landasan kehidupan yang sebenar. Dia lantas
menceritakan apa yang dijumpainya di bilik Haryati kepada Hafzan. Jelas Hafzan
juga begitu terkejut. Dia tidak menyangka yang anak gadisnya boleh terjebak
dengan perkara perkara seperti itu.
Ini semua adalah salahnya. Dia terlalu
ghairah mencari wang sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa
kepada Haryati. Setelah satu jam menunggu, doktor yang merawat Haryati pun
keluar.
“Macam mana dengan anak kami doktor? Dia
okey saja kan ?”
Soal Rosmah terburu buru.
“Anak puan tak apa apa. Cuma kami kena
tahan dia lebih lama lagi. Nasib baik puan dan tuan bawa dia dengan cepat ke
hospital, kalau tidak saya tak tahu nak cakap apa.” Jawab doktor lelaki itu.
“Boleh kami lawat dia sekarang?” Soal
Hafzan.
“Silakan. Tapi jangan lama lama. Dia perlu
berehat sebab tubuh dia masih lemah.” Jawab doktor itu.
“Terima kasih doktor.” Ucap Rosmah.
“Sama sama.” Balas doktor itu dan berlalu
dari situ.
Rosmah dan Hafzan lantas masuk ke wad
tempat Haryati di tempatkan. Rosmah dan Hafzan begitu bersyukur apabila melihat
Haryati sudah sedar. Rosmah lantas mendapatkan Haryati dan memeluk gadis itu. Haryati
juga membalas pelukan ibunya itu.
“Syukurlah Haryati dah sedar. Kenapa Haryati
ambil dadah sayang? Kamu tahu kan
dadah itu bahaya?” Soal Rosmah dalam keadaan tersedu sedan.
Haryati hanya mendiamkan diri. Tiada sepatah
kata yang keluar dari bibirnya. Dia takut untuk memberitahu perkara sebenar
kepada ibu bapanya.
“Haryati, lebih baik kamu beritahu. Siapa yang
ajar kamu buat semua ni? Papa janji papa
takkan marah kamu. Beritahu pada papa dan mama Haryati.” Hafzan mendesak dengan
nada lembut.
“Sebenarnya Haryati dah masuk satu kumpulan
ni…” Haryati mula membuka cerita.
“Kumpulan Black Metal kan ?” Pintas Rosmah.
Haryati sekadar
mengangguk bagi menjawab pertanyaan Rosmah itu. Dia lantas menceritakan apa
yang telah berlaku kepada dirinya dan apa yang telah dia lakukan. Sepanjang Haryati
bercerita, tidak putus putus juraian air mata yang keluar dari kelopak mata
Rosmah. Hafzan juga beberapa kali menggelengkan kepalanya kerana
terkejut dan tidak percaya apa yang telah dilakukan
oleh anak tunggalnya.
Hafzan telah bertekad. Dia perlu bertindak.
Dia tidak mahu anak orang lain juga terjebak seperti anaknya. Oleh itu, dia
pergi membuat laporan polis. Pada keesokan harinya, pihak polis datang dan
menyerbu rumah Joe. Pihak polis telah menahan Joe selaku ketua kumpulan itu dan
beberapa orang remaja yang terdiri dari lelaki dan perempuan di rumah itu. Tidak
terkecuali Nadia. Dia turut ditahan.
Haryati pula dihantar ke pusat pemulihan
akhlak. Dia benar benar menyesal namun seperti kata pepatah sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Dia telah melakukan satu perkara yang
telah membatalkan akidahnya iaitu telah melakukan hubungan seks bebas di atas
Al Quran! Dia juga telah menyanyi lagu lagu yang menghina Allah dan Rasulullah.
Dia juga telah memuja syaitan yang telah
direjam oleh Allah Taala. Haryati benar benar menyesal dan insaf. Dia telah
bertaubat dan mengucap kalimah syahadah semula. Namun, dia tetap bersyukur
bahawa dia tidak terpesong dengan lebih dahsyat lagi. Peristiwa itu telah
menjadi sejarah hitam dalam hidupnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.