Membaca
novel Interbiu karya Syahmi Hafizuddin ini pasti akan merasai pengalaman yang
berbeza. Novel ini sangat berbeza dari segi teknik penulisannya. Tidak pernah
lagi saya membaca novel dalam bentuk sebuah diari. Membaca novel sebegini
adalah pertama kali.
Teknik
penulisan novel berbentuk diari ini setahu saya tidak popular di Malaysia.
Tidak ramai penulis yang menggunakan teknik sebegini dalam novel-novel mereka.
Teknik penulisan novel sebegini hanya biasa dilakukan oleh novelis-novelis
Barat sahaja. Saya tidak pasti novelis mana yang menggunakan teknik penulisan
sebegini di Malaysia. Namun, penerokaan terhadap teknik penulisan yang baru
sebegini memang bagus dan wajar sebenarnya. Ia mengubah (atau melanggar)
tradisi teknik penulisan novel yang sedia ada.
Membaca
novel yang berbentuk diari ini sebenarnya sangat akrab dengan diri pembaca.
Lebih-lebih lagi novel ini adalah kisah benar yang dialami sendiri oleh penulis
secara nyata. Ini kerana, pembaca boleh membuka sedikit demi sedikit jendela
kehidupan Syahmi yang pada asalnya bersifat rahsia. Syahmi memang berani
menggunakan teknik penulisan sebegini terhadap novelnya.
Kekuatan
sebenar novel ini adalah pada pada jalan cerita seputar kehidupan Syahmi itu
sendiri. Saya suka membaca kisah kehidupan Syahmi (dalam novel ini dipanggil
‘abam’) di universiti (UIAM) dan di rumahnya sendiri. Sedikit sebanyak pembaca
boleh mengetahui perwatakkan Syami, kawan-kawannya, ahli keluarganya,
kehidupannya di rumah, dan di universiti.
Kisah-kisah
paranormal hasil wawancara (dalam novel ini disebut ‘interbiu’ tetapi
sebenarnya ‘interview’) Syahmi terhadap teman-temannya adalah tumpuan sebenar
terhadap keseluruhan jalan cerita. Membaca kisah-kisah paranormal hasil
wawancara itu sama seperti kita membaca kisah-kisah paranormal yang terdapat
dalam majalah Mastika sahaja. Unsur seram (atau suspen) itu agak kurang
sebenarnya kecuali kisah paranormal yang dialami oleh ibu Sabrina (salah
seorang teman Syahmi di UIA) yang bertemu dengan entiti berjubah putih dan
berwajah monyet sambil bercakap dan tersenyum kepadanya.
Novel
ini menjadi sangat menarik jika unsur suspen itu dilambakkan di dalamnya.
Tetapi memandangkan Syahmi hanya berkongsi kisah paranormal hasil wawancara
bersama teman-temannya, maka unsur suspen itu tidak dapat ditimbulkan dengan
sebanyaknya. Unsur suspen yang paling berkesan adalah tentang kisah kehilangan
adiknya yang bernama Din itu di rumahnya sendiri akibat tidak ke sekolah selama
satu hari. Pembaca pasti tertanya-tanya mengapa adiknya tidak ke sekolah dan di
mana dia menyembunyikan diri sehingga gagal dikesan sendiri oleh Syahmi (yang
pada waktu itu tinggal berseorangan).
Novel
ini menarik dibaca kerana jalan ceritanya tidak dileret-leretkan. Membaca novel
ini pasti tidak akan dibungkus dengan rasa bosan. Pembaca pasti akan ‘berjalan
cepat’ untuk meneroka novel ini hingga ke akhirnya. Jalan cerita atau plotnya
memang disusun dengan sangat sempurna.
Saya
fikir kutipan Syahmi terhadap pengalaman seram orang lain dalam Facebook (Bab
10 dan Bab 12) adalah suatu yang tidak diperlukan. Membaca semua kutipan itu
adalah sesuatu yang agak membosankan. Tambahan pula, kutipan itu sekiranya
tidak dibaca, ia tidak mengganggu keseluruhan jalan cerita. Boleh saya katakan
bahawa semua kutipan itu hanyalah untuk memperbanyakkan muka surat (novel)
sahaja.
Novel
ini adalah novel Syahmi yang ketiga. Lagi dua buah novel miliknya saya belum
lagi saya baca. Apa yang saya hendak kata, novel ketiga ini adalah cemerlang
dari segi teknik penulisannya. Tetapi dari segi keseluruhan isi cerita, saya
sifatkan novel ini adalah novel yang kurang berjaya. Tetapi sekalung tahniah
daripada saya kerana Syahmi telah berjaya hasilkan novel yang ketiga.
Saya blogger yg comment sebelum ini..reply komen dari blog saya
BalasPadamOwh.. bukankah 8share tak benarkan share menggunakan blog? hehehe.. sebab sebelum ini saya pernah cuba 8share boleh la dapat RM 300 sebulan but then selepas bulan ketiga saya kena block... depa msg saya bahawa saya melanggari term and condition yg tak boleh share dalam blog...
tak pun bro ade trick lain? saja nak tahu... sebelum ini saya guna trick pop-up auto click... so earning memang lumayan...
Buku terbitan Fixi memang selalu lain daripada lain. GV suka baca novel keluaran Fixi kerana kebanyakan jalan cerita novel terbitan mereka tidak klise dan jauh berbeza novel cintan cintun arus perdana itu. hihi. Antara novel yang best GV baca ialah Asrama karya Fatrim. Cite tu best. Novel Syahmi GV belum baca lagi. Novel karya Syafiq Aizat pun best juga. Bagi GV kehadiran Fixi, Lejen Press dan Du Book press memberikan satu dimensi baru kepada dunia novel Malaysia kerana majoriti novel mereka tidak terikut dengan gaya tulisan sama seperti novel arus perdana. Ia seperti mencerminkan novel generasi Y dan Z.
BalasPadamBuku terbitan Fixi memang selalu lain daripada lain. GV suka baca novel keluaran Fixi kerana kebanyakan jalan cerita novel terbitan mereka tidak klise dan jauh berbeza novel cintan cintun arus perdana itu. hihi. Antara novel yang best GV baca ialah Asrama karya Fatrim. Cite tu best. Novel Syahmi GV belum baca lagi. Novel karya Syafiq Aizat pun best juga. Bagi GV kehadiran Fixi, Lejen Press dan Du Book press memberikan satu dimensi baru kepada dunia novel Malaysia kerana majoriti novel mereka tidak terikut dengan gaya tulisan sama seperti novel arus perdana. Ia seperti mencerminkan novel generasi Y dan Z.
BalasPadam