Khamis, 3 Ogos 2017

CARA PALING SESUAI UNTUK HANTAR RESUME KEPADA PENGURUS SUMBER MANUSIA

Image result for temuduga
Sumber : Google


 Ni akak nak share cara paling sesuai menghantar resume dan permohonan kerja kepada HR Manager:

1 – Email address menggambarkan siapa kita. Jika nama kita Ahmad, sebaiknya letak saja ahmad1282@yahoo.com berbanding perindubulan@yahoo.com atau terunasetia@yahoo.com

2 - Gambar adalah cinta pertama. Hantarkan gambar yang looks professional agar HR sudi membaca resume kita. Berpuluh malah beratur resume yang HR tengok setiap hari dan keutamaan hanya diberi kepada resume terlihat professional.

3 – English preferable. HR yang baca resume kita mungkin bukan Melayu makan sambal belacan seperti akak. Mungkin beliau adalah bangsa lain, atau hiring Manager mungkin Japanese atau Korean atau Mat Salleh. So, guna English lebih mudah dibaca.

4 – Details of employment atau working experience adalah sangat menjadi focus. HR nak tahu, current job anda ini apa gambaran tugasnya. Supaya HR boleh match dengan roles yang ada vacant di dalam organisasi.

5 – HR adalah skema. Tambahan kalau HR yang buat recruitment atau IR/ER. Mereka terbiasa bersikap cerewet, sangat berahsia, terlalu memilih dan sangat berhati-hati. So, elakkan resume yang acah-acah hipster ada bunga, tulisan kecik besar dan berwarna warni.

6 – Current salary. HR nak tahu berapa gaji dan package anda sekarang. Mudah untuk HR match position anda dengan jawatan yang lebih bersesuaian. Anda mungkin tak sesuai jawatan A tetapi lebih sesuai dengan jawatan B.

7 – Salary expectation haruslah logic. Kebiasaanya kenaikan di bawah 50% berbanding current salary melainkan memang company anda sekarang membayar harga yang “below market”. Ada yang dibayar 2x ganda gaji jika calon adalah super power.

8 – Transport ada tak? Boleh re location? Nyatakan di dalam resume tentang mobility anda. HR nak tahu dan mudah bagi HR allocate permohonan anda untuk di letak di cawangan mana.

9 – Formal dan profesional. Kita sekarang sedang bercakap dengan HR yang mewakili organisasi. Kita bukan bercakap di FB atau Instagram. Maka, bila HR call, mohon jangan buat lawak di tahap mega ya…

10 – Availibility. Jawatan yang ditawarkan mungkin urgent. Maka letakkan juga tempoh notice yang diperlukan jika anda terpilih untuk bekerja nanti. Atau jika anda super hebat mungkin HR akan pertimbangkan untuk bayar notice dan “beli” anda daripada majikan sekarang.

11 - Banyak lagi sebenarnya etika dalam menulis resume. Tapi lenguh dah jemari akak. Pesan banyak-banyak kali pun masih ada juga yang buat benda-benda yang kelakar ni kan? Hehe.. Tak pe, manusia buat silap. Cuma, jangan ulangi lagi ya. Ini semua demi kebaikan MASA DEPAN KERJAYA.

 Salam Sayang


SUMBER 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.