Sumber : Google |
Dalam beberapa bulan atau minggu
lepas berlaku satu polemik tentang pemilihan novel Pantai Kasih sebagai teks
Komponen Sastera (KOMSAS) oleh panel pemilih bagi Komponen Sastera (KOMSAS),
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Novel yang ditulis oleh Azmah Nordin
itu dikatakan terpalit dengan unsur lucah dan menonjolkan hubungan negatif
antara doktor dan jururawat.
Jujur saya tidak berpeluang membaca
novel itu tetapi dari bacaan bacaan saya, hanya perenggan di bawah ini sahaja
yang dikatakan membawa unsur lucah atau erotik itu :
Bagaikan tifdak
dapat ditangguhkan lagi, Doktor Sadiz sudah tidak mampu mengawal nafsunya.
Raiha sudah menjadi mangsa kerakusannya. Tanpa sebarang perencanaan dan tanpa
kerelaan Raiha, terlucutlah sel daripada genetik ‘istimewa’ milik Doktor Sadiz
ke dalam badan Raiha. Sel ‘istimewa’ itu pula langsung berenang untuk menemui
dan bersenyawa dengan ovum yang sihat lagi subur di dalam rahim Raiha. Lalu
terhasillah zigot yang berubah sesuai dengan proses pembesaran, dari bulan ke
bulan. Proses pembesaran yang berlaku di dalam perut Raiha. (disalin-tampal dari blog nizambakeri.wordpress.com)
Jika saya membaca perenggan ini
sebanyak sepuluh kali pun, saya tidak langsung menganggap perenggan ini lucah.
Saya tidak tahu di mana unsur lucah atau erotik di dalam perenggan ini.
Bagi saya, penulisan yang lucah atau
erotik adalah penulisan yang mampu menaikkan syahwat pembaca. Soalan saya,
dengan membaca perenggan itu, adakah syahwat pembaca boleh dinaikkan dengan
serta merta? Saya membaca perenggan itu berkali kali, sedikit pun syahwat saya
tidak naik! Jadi, dimanakah dikatakan novel ini lucah?
Membaca novel Pantai Kasih yang
didakwa lucah ini tidak sama seperti kita membaca novel Gantung karya Nadia
Khan atau novel KL Zombie karya Adib Zaini (kedua dua novel ini adalah terbitan
Fixi). Membaca kedua dua novel ini mungkin boleh menaikkan syahwat sesetengah
orang dan saya bersetuju jika ada yang mengatakan bahawa kedua dua novel itu
adalah novel lucah. Jika berbicara tentang novel Pantai Kasih itu, saya belum
lagi boleh meletakkan novel itu sebagai novel lucah.
Mahu baca novel yang lebih lucah?
Baca novel Sutan Baginda atau novel Tivi karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad.
Novel ini memang ada unsur lucah dan erotiknya. Jika Sasterawan Negara pun
boleh terbabas dalam menulis novel sebegitu, inikan pula penulis biasa. Namun,
dengan tegas saya mengatakan, Azmah Nordin tidak menggarap apa apa yang lucah
dalam novel Pantai Kasih itu.
Jujur saya bukan mempertahankan
kelucahan dalam mana mana novel lebih lebih lagi yang akan dibaca oleh pelajar
pelajar tingkatan 4 tetapi bagi saya, tuduhan terhadap novel ini terlalu berat
dan tidak wajar sama sekali.
Dan saya bersyukur kerana pihak
Kementerian Pelajaran tidak menarik balik novel Pantai Kasih ini untuk
dijadikan teks KOMSAS untuk pelajar tingkatan empat.
Perenggan itu sebenarnya mampu merangsang imaginasi dan fantasi. Cuma berapa markah 'lucahnya' tidak lah diketahui hehe
BalasPadam