Sumber : Google |
Beberapa golongan agamawan ataupun
ustaz sama ada tua atau muda perlu kurang untuk mencampuri bidang politik. Ini
kerana, semakin ramai golongan ustaz yang mencampuradukkan isu politik di dalam
ceramah agama akan menyebabkan masyarakat tambah berpecah belah. Sepatutnya
seseorang ustaz itu perlu menyatupadukan masyarakat dan bukannya menggalakkan
perpecahan.
Sebagai peminat dunia politik, pada
saya tidak salah jika seseorang ustaz itu mahu menyelitkan isu politik ketika
beliau berdakwah tetapi jangan sesekali berat sebelah! Kebanyakkan dari kita
tidak adil dalam menyampaikan kebenaran. Kita hanya nampak kebaikkan di pihak
yang kita sokong sahaja tetapi pihak yang kita lawan kita nampak keburukannya
sahaja.
Oleh kerana tiada keadilan di situ,
menyebabkan kumpulan yang ditentang mula berasa prejudis dan menimbulkan
perasaan dendam. Inilah yang menyebabkan mengapa saya meminta agar mana mana
ustaz di dalam negara ini supaya tidak campur isu politik sekiranya mereka tidak
berupaya untuk menegakkan keadilan yang sebenar di dalam sesuatu isu.
Kita harus ingat, bahawa semua yang
terlibat di dalam politik itu adalah manusia biasa. Sudah pasti mereka tidak
akan terlepas dari khilaf dan dosa. Jika seseorang ustaz itu mahu mengkritik
tentang keburukan sesuatu pihak, pihak yang satu lagi pun perlu dikritik.
Jangan hanya pandai mengkritik pihak yang kita lawan, tetapi tidak berani
mengkritik pihak yang kita sokong walaupun pihak yang kita sokong itu juga
melakukan kesilapan yang sama besar dengan pihak yang kita lawan.
Semakin lama umat Islam semakin
berpecah belah. Oleh sebab itu, saya tidak mahu sokong mana mana pergerakan
politik. Sokongan saya hanya pada kebenaran. Siapa betul saya sokong dan siapa
salah saya pasti akan lawan. Itu prinsip saya sebagai blogger. Saya bukan
blogger upahan mana mana parti politik sekalipun.
Sebagai ustaz, kita jangan
memburukkan lagi keadaan membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam.
Kita perlu gunakan ilmu yang kita ada untuk menyatupadukan masyarakat di
samping menyebarkan dakwah dan ilmu supaya masyarakat Islam menjadi satu
masyarakat yang dinamik dan berdaya maju.
Kesimpulannya, saya berharap kepada
mana mana ustaz yang tidak mampu membawa keadilan supaya tidak menyentuh isu politik
ketika kita menyampaikan ilmu dan dakwah di dalam kuliah kuliah kita. Jika kita
boleh memberi keadilan, saya bersetuju. Sekiranya tidak, lupakan sahaja niat
murni anda itu dan teruskan menyebarkan dakwah dan ilmu untuk kesejahteraan
umat Islam.
setuju 100% .
BalasPadamBetul.. kita sokong yang benar dan kita menentang yang salah.
BalasPadam'Seseorang mukmin bukan seseorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat disamping ia tidak bersifat buruk.' (Riwayat al Tirmidzi)
Saya rasa boleh tetapii jangan terlalu over sangat kerana zaman Rasulullah juga baginda berpolotik untuk menyampaikan isu2 semasa.
BalasPadamsetuju.. kalau dah ustaz pun nak berpolitik... apa yg tinggal dlm kuliah? selain2 kata2 mencemuh sesama parti.... bagi saya politik dan agama tak boleh tak bole bercampur aduk. Tapi kita boleh berpolitik berteraskan agama, jgn beragama berteraskan politik
BalasPadamSaya ada tagg MNH disini yaa : http://enyyusnizar.blogspot.com/2015/01/segmen-berkenalan-by-dr-shikin.html
BalasPadamZumal pun setuju sangat...
BalasPadamsetuju...cuma sedih bila ada golongan ulama yang menjelas perkara yg bertentangan dengan hukum terus dihalang...sedangkan kita tau pe yang dijelaskan itu adalah betul...
BalasPadam