Sabtu, 31 Januari 2015

MALAYSIA DAN DUNIA MUNGKIN AKAN MENGHADAPI KRISIS

Sumber : Google

Pada 1 Februari, harga minyak akan turun dengan sangat rendah iaitu RM1.60 untuk RON95 dan RM1.90 untuk RON97. Ini berikutan desakan rakyat (termasuk saya) yang mahu harga minyak terus turun memandangkan kenaikan harga tersebut membebankan kehidupan kita. Pemimpin pembangkang khususnya Rafizi Ramli terus memainkan isu itu untuk menarik sokongan rakyat agar menyokong mereka pada PRU yang akan datang.

Di saat kita semua rasa gembira di atas penurunan harga minyak itu, sedarkah kita bahawa kesan yang lebih buruk boleh melanda dunia dan Malaysia. Jika harga minyak terus murah, kos operasi syarikat pengeluar minyak seperti Petronas contohnya akan terus meningkat. Bagaimana Petronas mahu membayar kos operasi mereka seperti gaji pekerja di pelantar minyak sekiranya harga minyak terus rendah? Ingat, kos operasi mengeluarkan minyak di dasar laut adalah lebih tinggi berbanding kos operasi mengeluar minyak di darat seperti di negara negara Arab.

Jika harga minyak terus jatuh, syarikat syarikat pengeluar minyak di seluruh akan menjadi rugi. Oleh itu, kebarangkalian untuk syarikat syarikat pengeluar minyak untuk tidak mengeluarkan minyak dari negara mereka amat tinggi. Ini berikutan mereka mahu harga minyak menjadi tinggi terlebih dahulu di pasaran dunia barulah mereka akan mengeluarkan semula minyak mereka.


Jika negara negara Arab seperti Arab Saudi contohnya tidak mengeluarkan minyak semata mata mahu harga minyak kembali stabil, simpanan minyak dunia akan berkurangan. Ini akan memberi kesan kepada seluruh dunia termasuk Malaysia. Bagaimana kenderaan mahu bergerak jika tidak ada minyak? Bagaimana orang mahu ke tempat kerja jika kenderaan tidak boleh bergerak memandangkan minyak sudah tiada? Bagaimana syarikat mahu beroperasi jika tiada pekerja?

Oleh itu, ramalan saya kemungkinan besar ekonomi dunia dan Malaysia akan menjadi lumpuh! Kegawatan ekonomi mungkin boleh berlaku pada bila bila masa. 

Saya bukan mahu menyebarkan dakyah palsu atau menakutkan masyarakat tetapi saya cuba menghurai fakta atas situasi yang berlaku supaya kita boleh bersiap siaga sebelum terlambat. Kita tidak mahu sudah terhantuk baru terngadah. Kita tidak mahu kerajaan bertindak terburu buru semata mata kerana mahu mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.

Saya tidak kata teori saya ini benar seratus peratus tetapi ini pendapat saya atas situasi yang mungkin akan berlaku. Cuba fahami apa yang mahu saya sampaikan dan jangan sesekali memandang enteng akan pandangan kecil blogger seperti saya ini. Saya bukanlah pakar ekonomi namun sebagai blogger yang mempunyai sedikit pengetahuan, mahulah saya berkongsi apa yang saya tahu kepada anda semua.    

Saya berharap kerajaan pimpinan Najib mengkaji secara mendalam langkah menurunkan harga minyak itu. Pastikan penurunan harga minyak itu tidak memberi kesan yang lebih buruk kepada rakyat dan negara ini. Saya tidak mahu oleh kerana mahu mendapat sokongan rakyat, Najib sanggup berbuat apa sahaja hingga boleh memusnahkan rakyat dan negara ini.

Saya tidak mahu syarikat seperti Petronas akan menjadi rugi jika harga minyak terus jatuh. Oleh itu, saya berharap Najib dan para penasihatnya telah membuat kajian yang mendalam terhadap perkara ini.

Kesimpulannya, semoga ramalan dan teori saya ini tidak akan berlaku. Jika berlaku, saya tidak tahu apa akan jadi pada kehidupan kita semua di masa hadapan. Saya berharap Najib dan penasihatnya telah membuat kajian yang terperinci dan komprehensif terhadap penurunan harga minyak itu agar tidak membawa kesan yang lebih buruk  kepada rakyat dan negara ini.




7 ulasan:

  1. jika ekonomi dunia merudum..kita turut kena tempiasnya ..ramai akan kehilangan kerja..ada pengangguran dan masalah sosial akan meningkat

    BalasPadam
  2. Tulah ramai yg berhajat benar harga minyak diturunkan, padahal rakyat tidak tahu kesan drp kejatuhan harga minyak.

    Kos operasi pengeluaran lebih tinggi. Ini merugikan negara. Semoga ia tidak berlaku kepada ekonomi kita.

    BalasPadam
  3. MNH memang prihatin beginilah rakyat yang sayangkan negara... Kebanyakan orang lain hanya fikirkan faedah terhadap diri sendiri saja...

    BalasPadam
  4. Terbaca satu buku bagaimana secara tersirat dan tersurat bahawa yahudi memainkan peranan jijik memanipulsi komoditi untuk menguasai dunia..

    BalasPadam
  5. harap-harap ianya tak menjejaskan ekonomi kita.Tapi terus terang saya katakan,harga minyak sekarang mengurangkan kos sara hidup kami.Untuk orang berpendapatan rendah,memang ianya memberi kesan positif.

    Kalaulah pengusaha mahu mengurangkan harga barang seperti menjual barangan mengikut islam alangkah bagusnya.

    BalasPadam
  6. kita doa yang terbaik untuk kita semua.... :)

    BalasPadam
  7. Erkkkk..besar jugak kesannya.
    Saya kalau bab economy ni memang fail.
    * Dulu kan belajar Sains Tulen je. :D
    Huh..kesian bila teringatkan kawan saya, seorang Pengusaha Petronas. Macam2 kerugian dia pernah alami sebelum ni. Harap takde masalah baru yang timbul.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.