Jumaat, 16 Januari 2015

KENALI 12 BLOGGER PALING PERAMAH DI MALAYSIA

Sudah lama saya mahu menulis entri penghargaan ini tetapi masa sentiasa mencemburui saya untuk menghasilkannya. Di kesempatan yang sedikit ini, mahulah saya mencoret tentang 12 orang blogger paling peramah di Malaysia. Apa maksud peramah di dalam entri ini? Maksudnya setiap kali saya singgah di blog blog blogger ini, mereka pasti akan singgah semula di blog saya.

Setiap kali saya tinggalkan komen di blog mereka, mereka juga tidak akan lupa akan meninggalkan komen di blog saya. Mereka langsung tidak lokek untuk datang semula singgah di blog saya walaupun bilangan follower mereka mencecah 500 orang ke atas dan bilangan komen mereka di setiap entri mereka tidak kurang dari sepuluh komen.

Bukan di blog saya sahaja, di blog blog blogger lain pun mereka tetap melakukan perkara yang sama. Saya tidak tahu bagaimana mereka boleh mempunyai kekuatan untuk singgah, baca dan meninggalkan komen dengan ikhlas di blog blog yang mereka singgah. Saya sendiri pun begitu malas mahu melakukan blogwalking tetapi tidak blogger yang saya sebutkan ini.


Tambahan pula, mereka bukanlah seorang blogger yang sombong dan sentiasa membina hubungan yang baik dengan rakan rakan blogger mereka. Oleh itu, layaklah saya meletakkan mereka sebagai dua belas orang blogger paling peramah di Malaysia. Jadi, kepada blogger blogger baru yang ketandusan komen di blog anda, rajin rajinlah singgah di blog yang saya sebutkan ini. Pasti mereka akan singgah di blog anda semula.


1.     Cik Vitamin




Blogger ini adalah rakan seangkatan saya di dalam perniagaan Shaklee. Beliau adalah seorang blogger yang peramah dan baik. Blog beliau banyak menceritakan tentang kebaikan produk Shaklee, resepi masakan, dan pelbagai perkara lagi. Pokok pangkalnya, untuk mencari tentang info kesihatan, blog beliau adalah blog yang perlu anda kunjungi. 


2.     Eny Abdullah



Blogger ini adalah seorang blogger yang rajin memasak dan juga seorang blogger makanan. Mahu tahu pelbagai resepi yang enak enak dan mudah? Mahu tahu tentang tempat makan yang menarik? Jangan sesekali lupa untuk singgah di blog beliau. Untuk pengetahuan anda, blogger ini agak berani untuk berterus terang. Jika dia tidak setuju dengan entri anda, dia akan komen yang dia tidak setuju. Dia seorang blogger yang ikhlas dalam memberikan komen.


3.     Dunia Zumal



Blogger ini adalah blogger yang paling peramah sekali. Jika saya komen dalam satu entri dia, dua tiga entri dia akan beri komen di blog saya. Setiap kali saya blogwalking, nama blogger ini pasti ada dalam senarai komen terbanyak. Saya tidak tahu ilmu apa yang beliau pakai sehingga berupaya melakukan blogwalking di banyak blog. Di blog blogger ini menceritakan tentang kehidupan beliau seharian. Pelbagai kisah hidup beliau yang menarik boleh di baca di blog tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, dia juga adalah seorang blogger yang tidak kedekut ilmu. Tanyalah apa sahaja, dia pasti akan menjawabnya. Blogger peramah pertama yang saya kenal adalah beliau!




Jangan terkejut jika anda tahu bahawa blogger ini adalah seorang doktor perempuan.  Inilah contoh contoh anak Melayu yang berjaya menceburi bidang kedoktoran. Jika anda singgah di blog beliau, anda bukan sahaja akan baca tentang kehidupan beliau sebagai seorang doktor, kehidupan seharian beliau dan anak anak tetapi juga pelbagai perkara yang mendatangkan ilmu yang boleh anda pelajari antaranya adalah ilmu kesihatan. Untuk pengetahuan anda, nama anak beliau sama dengan nama saya iaitu Haziq! Dia juga adalah seorang blogger yang peramah. Sekali singgah di blog saya, tidak kurang lima entri sekali dia akan beri komen. Jika saya melakukan blogwalking, nama beliau pasti akan ada di blog blog yang saya singgah tersebut. Beliau juga seorang blogger yang ikhlas di dalam memberikan komen sama seperti blogger Dunia Zumal dan blogger Eny Abdullah.


5.     Sentiasa Panas



Blog ini adalah blog yang paling banyak informasi di dalam senarai blogger peramah ini. Jika anda singgah di blog beliau, pelbagai ilmu, cerita, dan maklumat yang akan anda pelajari. Perkara perkara pelik yang anda tidak pernah dengar, jumpa dan tahu memang ada di dalam blog beliau. Saya suka baca entrinya yang berkaitan dengan kisah kisah misteri. Mahu tahu lebih lanjut, silalah lawat blog itu.





Jika anda ingin pergi bercuti, blog ini adalah blog yang wajib anda kunjungi. Pelbagai kisah percutian beliau ada di dalam blog ini. Pelbagai info dan tips tentang sesuatu tempat yang beliau telah pergi anda akan dapat mengetahuinya jika anda singgah di blog beliau. Sebenarnya saya baru kenal blogger ini tetapi sikap peramahnya (tidak jemu meninggalkan komen di blog saya) telah menyebabkan saya meletakkan beliau di dalam senarai ini.


7.     Fadzi Razak



Jika baca pada nama, jika lihat dari gaya penulisan dan rupa blog, sudah pasti anda akan fikir blogger ini adalah blogger lelaki tetapi sebenarnya pemilik blog ini adalah perempuan! Sudah ramai blogger tertipu dengan jantina beliau termasuklah diri saya sendiri. Dia adalah seorang blogger yang peramah dan tidak kedekut ilmu. Jika anda singgah di blog beliau, pelbagai perkara perkara menarik dan tips akan anda jumpa di dalam blog beliau dengan gaya penulisan yang santai. Jangan sesekali pandang rendah pada beliau kerana walaupun baru setahun menulis blog, sudah pelbagai kejayaan yang beliau terima melalui blog beliau.  Dia juga seorang blogger yang tidak culas untuk mengikuti (follow) blog yang dia minati. Saya sangat tertarik dengan sikap rendah diri beliau.


8.     MZ dan Cerpens



Jangan pernah tidak percaya inilah blogger termuda dalam senarai ini. Baru berusia 16 tahun. Di awal saya aktif menulis blog pada pertengahan tahun 2014, dialah yang selalu datang singgah dan komen di blog saya. Beliau adalah seorang penulis cerpen di blog yang sangat kreatif. Saya sendiri tidak mampu menandingi kehebatan beliau dalam menulis cerpen. Beliau mampu menulis cerpen dalam pelbagai genre. Jika anda penggemar cerpen bersiri, silalah melawat ke blog beliau.


9.     Cahayacinta.com



Blogger ini juga seorang blogger yang peramah. Jika anda singgah di blog beliau, beliau berkongsi tentang kehidupan beliau seharian di dalam blog tersebut. Bukan itu sahaja, ada pelbagai ilmu dan tips yang boleh anda dapati di blog beliau. Mahu tahu lebih lanjut, rajin rajinlah singgah di blog beliau.


10.   KAMEQ DEANNA



Blogger berasal dari Malaysia Timur ini juga adalah blogger yang peramah. Selalu berkongsi tentang kehidupan beliau seharian di dalam blog. Mengapa saya kata dia peramah? Kerana setiap kali dia singgah di blog saya, tidak kurang tiga entri pasti dia akan beri komen. Pelbagai kisah menarik tentang kehidupan beliau boleh dibaca di dalam blog tersebut. Dia juga seorang blogger yang ikhlas dalam dunia blog. Tidak terlalu mengejar populariti dan pengikut. Saya suka akan sikap beliau itu.





Di sebalik kecantikan wajahnya, blogger ini adalah seorang usahawan Shaklee yang berjaya. Beliau adalah mentor saya di dalam perniagaan Shaklee selain blogger Ratu Vitamin. Jika anda singgah di blog beliau, anda bukan sahaja akan dapat mengetahui tentang kebaikkan produk Shaklee, tetapi juga anda akan dapat mengetahui pelbagai tips kesihatan dan banyak lagi maklumat lain yang boleh anda perolehi. Selain itu, beliau juga tidak lokek untuk singgah di blog anda. Rajin rajinlah mengunjungi blog beliau.





Blogger ini juga rakan seangkatan dengan saya dalam perniagaan Shaklee. Beliau tidak culas untuk meninggalkan komen di blog saya setelah saya singgah dan komen di blog beliau. Beliau sama seperti blog Cik Vitamin dan blog Permata Cintaku. Sama sama menulis tentang kebaikan produk Shaklee dan berkongsi tips tips kesihatan yang berguna buat pembaca blog mereka.



Inilah senarai 12 blogger paling peramah di Malaysia. Selain sebagai entri penghargaan, entri ini juga turut berperanan sebagai entri hebahan kepada blogger blogger baru yang ketandusan komen di blog anda. Saya masih ingat lagi ketika saya mula mula aktif berblog, tidak ada seorang blogger pun yang mahu komen di blog saya. Puas saya fikir sebab musababnya dan akhirnya kini saya menemui caranya lalu blog saya pun sudah ada blogger yang beri komen.

Komen di dalam sesuatu entri itu amat bermakna sebenarnya buat diri seorang blogger. Jika ada yang memberi komen pada entri kita, maksudnya entri tersebut ada orang yang membacanya. Kita akan berasa sangat gembira jika entri kita dikomen oleh blogger lain. 

Buat blogger yang tidak tersenarai, jangan berkecil hati atau boikot blog saya. Anda mungkin belum cukup peramah bagi saya tetapi cukup peramah bagi blogger lain. Mereka yang saya senaraikan ini begitu menepati naluri saya sebagai seorang blogger iaitu kerap singgah, kerap komen dan ikhlas untuk berkawan dengan saya. Mereka tidak pernah takut untuk beri komen walaupun blog saya berbicara soal politik semasa sedangkan ramai blogger takut untuk melakukan demikian. Mereka ini sangat istimewa bagi saya dan sebab itulah saya meletakkan mereka sebagai blogger paling peramah di Malaysia.

Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari jika 12 blogger yang disenaraikan tidak selesa dengan ulasan yang saya berikan pada blog anda. Saya tidak punya wang ringgit mahupun hadiah untuk diberi kepada anda sebaliknya mengulas blog anda secara tulus dan ikhlas adalah salah satu cara saya berterima kasih kepada anda kerana sudi singgah, baca dan komen di blog kecil saya. Ucapan saya, semoga anda semua bisa menjadi penulis blog yang berjaya satu hari nanti.

Nota : susunan di dalam senarai ini tidak dipengaruhi sebarang faktor antaranya siapa yang paling banyak meninggalkan komen. Saya sekadar meletakkan sahaja mana mana blogger di atas secara rawak.










18 ulasan:

  1. 12 blogger yang terbaik dan peramah :)

    BalasPadam
  2. Tq perkongsian, nak try sgah la jg blog2 mereka, saya pun blogger baru =)
    Danishdamiadaris.blogspot.com

    BalasPadam
  3. belum masuk senarai bukan bermakna tidak peramah....mungkin peramahnya berada di blog lain...bagus entri ini tuan!

    BalasPadam
  4. waaaa... masuk list juga yer.. terima kasih terima kasih bebanyak... bukanlah peramah sangat tapi saya memang becok... kalau banyak idea tu janganlah stop kan saya bercakap... boleh tukar hijau sebab kalau org stopkan saya akan lupa... terima kasih atas penghargaan ini

    salam singgah

    BalasPadam
  5. betul tu , hehee . terbaikk semua :)

    BalasPadam
  6. Malu~~ *lari-lari anak tutup muka sampai terjatuh tangga*

    Hahahhaha

    BalasPadam
  7. Maaflah akak ni kadang2 x sempat bw.. bukan tak peramah. even surirumah tp ada kerja jugak nak buat kadang2

    BalasPadam
  8. memang rajin dan ramah tamah mereka semua tu..

    BalasPadam
  9. terima kasih sebab ada jugak mak jemah tersenarai dalam list hehehe...marilah kita sama2 beramah tamah dengan berblogwalking mengenal sesama blogger..

    BalasPadam
  10. Hehe peramah yer... Zumal nie maybe peramah dalam blog aje tapi kat luar zumal agak pemalu... Zumal mengambil masa juga untuk ramah kalau kat dunia realiti nie. Thanks review blog zumal yer ^-^

    BalasPadam
  11. As-Salam tuan blog. Jutaan terima kasih kerana meletakkan blog SP diruangan ini. Sejujurnya SP tidak layak menjadi 12 blogger paling peramah. Ramai lagi blogger diluar sana yang memiliki kreteria yang melayakkan mereka disenarai 12 ni.. :)

    Namun, SP juga ingin meletakkan blog ini sebagai diantara blog paling peramah yang pernah SP temui. Adminnya rajin blogwalking membalas komen dan membaca informasi.

    Dan itulah sebenarnya tujuan kita berblog, untuk memberikan info kepada pembaca, tidak kiralah apa niche sekalipun.

    Tidak salah meramaikan rakan blogger biarpun bicaranya mungkin kita tidak senangi tetapi adakalanya kita menjadi matang dan pemikiran kita berkembang dengan membaca perkara-perkara yang kita tidak setuju.

    Apapun, selamat berblog kepada tuan dan rakan-rakan blogger yang dikenali mahupun belum lagi dikenali. Semoga kita semua ikhlas menyebarkan maklumat yang tepat dan berkualiti.

    Selamat maju jaya buat semua..:)

    BalasPadam
  12. wah terkejut pun ada ni.. tak sangka betul MNH sudi listkan akak dlm senarai blogger paling peramah hahahahaha.... terima kasih yaaaaaaa

    BalasPadam
  13. waahhh...mekasih MNH atas penghargaan ni....terharu tauuu...ihihihihi....sy suka komen dan singgah di blog yang rasa dekat di hati....mcm blog MNH ni...so keep it up yerr....sy setia menyokong anda....sorry tau lama xsinggah...emosi baru stabil...hihihihihi

    BalasPadam
  14. ok, saye xde... ok fine... hehehehe... anyway, entri yang bagus, boleh terjah diorang ni pulak... hehehe

    BalasPadam
  15. Salam, Ajik.
    Saya rasa saya jarang blogwalking dah sekarang ni.
    Tapi, tak bermakna saya lupakan kalian yang tak pernah lupakan saya.
    Thanx buat review ni.
    Hehe..kalau nak kata peramah tu memang tak berapa tepat..hehe..gurau je.
    Saya ni terlebih peramah.
    In reality, kalau saya dah start bercakap mmg susah nak berenti sampai mulut nak cramp.
    Cuma kalau saya pilih untuk senyap, memang susah nak keluar sepatah perkataan pun :)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.