Jumaat, 2 Januari 2015

BAHASA MELAYU TERUS DIHINA OLEH ORANG BUKAN MELAYU

Sumber : Google

Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negara terus hidup segan mati tak mahu di tanah lahirnya sendiri. Orang orang bukan Melayu terus memperlekehkan Bahasa Melayu walaupun bahasa itu mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya ingin memetik beberapa komen pembaca laman portal The Malaysian Insider yang telah ditulis dalam Bahasa Inggeris tetapi telah diterjemahkan oleh blogger Helen Ang. Terima kasih kepada Helen Ang kerana sudi menjunjung Perlembagaan Negara.

Pembaca TMI kata BM tidak ada manfaat di negara negara asing (speak BM doesn’t bring any benefits) kecuali di Malaysia. Tambahnya lagi, seseorang yang berfikir untuk menggunakan BM jika berada di Australia akan dianggap sebagai pendatang.

Pembaca TMI yang sama juga berkata “can speak BM so what” – seramai 30 000 orang lepasan universiti tempatan yang mampu bertutur BM masih lagi menganggur.

Pembaca TMI kata semua bangsa di Malaysia adalah pendatang kecuali suku kaum Sakai


Pembaca TMI kata BM tidak mendatangkan apa apa faedah, pegawai kerajaan terlalu malas untuk belajar bahasa lain (Inggeris)

Pembaca TMI kata sesetengah orang Melayu enggan mengakui BM adalah milik semua – contohnya dengan rela berkongsi kalimah ‘Allah’ – dalam peranannya sebagai Bahasa memupuk permuafakatan.   

Pembaca TMI kata BM ialah Bahasa golongan penzalim.

Pembaca TMI bertanya kenapa orang Melayu tidak reti berkomunikasi dalam Mandarin atau Bahasa Tamil?

Pembaca TMI kata orang Cina membayar lebih daripada 80% jumlah cukai pendapatan negara.

Pembaca TMI kata mereka sanggup bercakap dalam BM sekiranya diberikan layanan sama rata.

Seorang lagi pembaca menyatakan bahawa semua orang bukan-Melayu pasti tahu berbahasa kebangsaan.

Pembaca TMI ini pula berkata dia tidak kenal pun seorang warga yang lemah penguasaan Bahasa Melayunya.

Pembaca TMI ini kata orang Cina begitu mahi BM manakala orang Melayu pula tidak tahu membaca, menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin.

Pembaca TMI mendakwa 9.99 peratus orang bukan Melayu mampu berbahasa Melayu.

Nota : di atas adalah komen komen pembaca laman portal The Malaysia Insider (TMI) yang saya petik dari blog Helen Ang tanpa mengubah sedikit pun.

Lihatlah betapa prejudisnya orang bukan Melayu dalam menggunakan Bahasa kebangsaan. Mereka begitu jijik dan geli untuk menggunakan Bahasa Melayu walaupun mereka telah membesar dan lahir di Tanah Melayu (Malaysia). Saya sedih melihat bahasa ibunda saya diperlekehkan begitu sahaja oleh mereka kerana sifat chauvinis yang terlalu menebal dalam diri mereka.

Saya tidak mahu membalas satu demi satu komen komen tersebut kerana jika saya membalasnya, nescaya akal saya sama pendek seperti mereka. Bukan saya tidak mampu membalasnya, tetapi saya tidak mahu entri ini menjadi terlalu panjang. Hakikatnya semua orang tahu bahawa chauvinis memang benci akan Bahasa Melayu dan tidak mustahil mereka juga benci akan orang Melayu.

Hakikatnya mudah, mereka tidak akan sesekali memartabatkan Bahasa ibunda kita. Kitalah sebagai orang Melayu perlu memartabatkan Bahasa ibunda kita sendiri. Tidak mustahil, apabila chauninis menguasai negara ini, kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan akan dibuang dan digantikan dengan Bahasa Inggeris seperti mana yang berlaku di Singapura.

Peringatan saya, jika orang Melayu sendiri tidak mahu memartabatkan Bahasa Melayu, nescaya Bahasa ini akan hilang suatu hari nanti. Perpaduan kaum di negara ini tidak akan berlaku sekiranya chauvinis masih prejudis terhadap Bahasa Melayu. Kerajaan pula perlu tegas untuk memartabatkan Bahasa Melayu sekiranya perpaduan dan keharmonian kaum ingin dicapai.

Saya bersetuju dengan saranan pendakwah terkemuka Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang mahu kerajaan menambah masa pembelajaran Bahasa Melayu di SJKC. Ini bagi memudahkan ultrakiasu boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik seterusnya menanam rasa cinta pada bahasa itu sebagai alat perpaduan kaum di negara ini.  

Selagi kerajaan tidak tegas, selagi itulah chauvinis akan prejudis terhadap Bahasa Melayu dan selagi itulah perpaduan kaum tidak akan berjalan dengan sempurna di negara. Semoga kerajaan mengambil cakna akan ingatan daripada blogger kecil seperti saya ini.














 


4 ulasan:

  1. martabatkan semula BM sebagai bahasa semua urusan di negara :

    BalasPadam
  2. Kalau takmau cakap bahasa melayu..KENAPA DATANG 'TANAH MELAYU' dulu? Pi lah balik Tanah Besar Cina kalau nak cakap Cina or balik India kalau nak cakap Tamil. Kalau orang Melayu nak daulatkan bahasa negara lain pun BAIK TUKAR KERAKYATAN.
    Cakap guna akal, bukan otak semata.

    BalasPadam
  3. Nama pun dok MALAYSIA.
    Malay-sia...
    Bukan china-sia,
    Bukan india-sia,
    Sendiri mau pikir.
    Belajar sejarah ke tak?
    Itulah pentingnya tau sejarah....kan, MNH.
    Kalau readers xtau jugak...meh aku bgtau sini..MALAYSIA ASALNYA IALAH TANAH MELAYU HOKEY..Masa penjajahan BRITISH kep*r*t dulu tu yang dia pi bawak masuk banyak 'PENDATANG ASING' ke TM. Betul kan apa aku cakap? Ikut perjanjian kalau TM nak merdeka, kena terima semua pendatang yang dia bawak tu lah, k.
    Sekarang dah paham?
    Ada inisiatif nak belajar sejarah tak?
    Kalau korang semua x hormat sejarah negara, baik tukar negara.
    Aku kalau benda-benda sivik ni mmg bahasa aku keras ok!

    BalasPadam
  4. Kita sendiri perlu memartabatkan bahasa kita. Usah gah bertutur bahasa luar tetapi bahasa sendiri terpinggir. Bahasa melambangkan bangsa.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.