Sabtu, 3 Januari 2015

MERENUNG RAHSIA ALLAH DI SEBALIK TRAGEDI PESAWAT QZ8501

Sumber : Google

Baru baru ini negara dan dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi pesawat Air Asia QZ8501 yang terhempas di perairan Indonesia. Usaha mencari dan menyelamat masih lagi dijalankan oleh kerajaan Indonesia untuk mencari penumpang dan anak kapal pesawat tersebut. Marilah sama sama kita berdoa agar pencarian tersebut akan menjadi lebih mudah.

Sudah tiga kali sebenarnya tragedi seperti ini berlaku dan ketiga tiganya berkaitan dengan syarikat penerbangan Malaysia. Saya tidak mahu mencetuskan spekulasi tetapi terdetik di benak saya  ketiga tiga tragedi ini seolah olah berkait antara satu sama lain dan dilakukan oleh orang yang sama. Orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah orang yang benci kepada negara ini. Setakat mana telahan saya itu benar, tidak dapat saya pastikan.

Wujud juga pelbagai spekulasi dan andaian yang keluar ketika tragedi pesawat QZ801 ini berlaku. Saya tidak mahu mengulas satu demi satu segala andaian tersebut. Saya yakin para pembaca di luar sana pasti tahu akan hal ini sementelahan maklumat sekarang hanya berada di hujung jari sahaja. Taip sahaja apa yang anda ingin tahu di enjin carian Google dan sudah pasti pelbagai maklumat dan andaian berkenaan dengan tragedi ini akan keluar sama ada sahih atau tidak.


Apa yang ingin saya lontarkan dalam rencana ini adalah berkenaan dengan mayat mayat yang timbul dalam tragedi pesawat QZ8501 ini. Pelik bin aneh apabila mayat mayat dari pesawat itu boleh timbul dan terapung di lautan tetapi mengapa mayat mayat dalam pesawat MH370 tidak timbul di lautan Hindi walaupun sudah lama tragedi itu berlaku dan sudah banyak juga jentera digunakan untuk mencarinya?

Allah seolah olah mahu memberitahu kita sesuatu berkenaan dengan tragedi ini. Saya yakin seandainya pesawat MH370 itu berakhir di lautan Hindi, sudah pasti akan timbul mayat, barangan atau serpihan kapal terbang yang pecah di lautan itu. Tambahan pula, dunia sudah mempunyai satelit yang canggih untuk mengesan apa sahaja dan siapa sahaja di dunia ini. Masakan pesawat sebesar MH370 itu tidak dapat dikesan langsung oleh satelit satelit canggih yang ada pada Amerika Syarikat, Russia, China dan banyak lagi negara negara maju yang lain?

Bukan itu sahaja, dalang yang bertanggungjawab terhadap tragedi pesawat MH17 juga masih tidak dijumpai sehingga sekarang walaupun kotak hitam sudah dipulangkan kita. Seluruh rakyat Malaysia ingin tahu siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat tersebut dan mahukan pesalah itu dibawa ke muka pengadilan untuk menerima hukuman yang setimpal. Soal saya, sampai bila kita perlu menunggu?

Allah itu Maha Berkuasa. Dia tidak akan membiarkan manusia kebingungan begitu sahaja. Saya yakin Allah pasti menghantar sesuatu isyarat di sebalik semua tragedi yang berlaku. Cuma terpulanglah kepada kita bagaimana untuk kita mentafsir isyarat Allah itu menggunakan ilmu dan akal yang ada pada kita.

Apa yang penting sekarang kita perlu merenung hikmah yang mahu Allah tunjukkan disebalik semua kejadian yang berlaku. Kita sebagai umat Islam tidak boleh memandang enteng akan semua perkara itu. Marilah sama sama kita berdoa agar kejadian yang seumpama ini tidak berlaku lagi di negara kita.

Kesimpulannya, soalan yang masih tidak dapat dijawab secara tepat adalah dimanakah pesawat MH370 itu berada? Siapakah yang menembak jatuh pesawat MH17? Benarkah ada unsur sabotaj terhadap pesawat QZ8501 itu seperti yang didakwa oleh seorang blogger China? Semua misteri ini perlu dirungkai satu demi satu oleh kita semua atau biarkan sahaja sejarah menjadi hakimnya… 

6 ulasan:

  1. Still tertunggu-tunggu apa kesudahan MH370.

    BalasPadam
  2. misteri MH370 masih belom terjawab....mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini semua

    BalasPadam
  3. Apa yang lebih memilukan adalah MH370.. lenyap begitu saja. Rahsia Allah yang belum di bongkar

    BalasPadam
  4. Allah lebih mengetahui hikmah disebalik tragedi ini.

    BalasPadam
  5. Apa yang Ajik fikir tu sama je ngan saya fikir.
    Satu sebab, kerana kita ni tak boleh nak lawan kuasa besar. Tulah sebab kita dikambinghitamkan.

    BalasPadam
  6. Bagi zumal semua macam ada sesuatu...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.