Jumaat, 30 Januari 2015

ANTARA SAYA DAN GROUP BLOGGER AREA

Banner Group Blogger Area

Saya mula menulis blog pada tahun 2012 tetapi aktif di awal tahun 2014. Ketika awal awal menulis blog dulu saya langsung tidak kisah akan traffik di blog ini. Waktu itu saya hanya mengulas tentang buku buku dan novel novel yang saya baca sahaja. Saya belum sedar lagi keseronokkan menjadi seorang blogger,

Di awal tahun 2014, barulah saya mula menyedari tentang kepentingan traffik untuk sesebuah blog. Saya mula mencari cara bagaimana untuk meningkatkan traffik blog saya. Sumber utama saya pada waktu itu adalah Google. Salah satu cara untuk saya meningkatkan traffik blog adalah ping entri saya di kumpulan kumpulan blogger yang ada di Facebook.

Kumpulan blogger yang awal saya temui adalah Kelab Blogger Ben Ashaari, Kelab Blogger Belia dan sudah semestinya Group Blogger Area  (saya tidak tahu mengapa pengasas group blogger ini tidak membenarkan saya menggunakan perkataan ‘Kelab’ Blogger Area). Saya mula ping entri saya di sana dan Alhamdulillah…traffik blog saya mula melihat peningkatan yang agak ketara.   
 

Dari situ, saya mula berkenalan dengan pengasas Group Blogger Area  iaitu Tuan Blogger Area di Facebook. Dia ada sisi yang agak ‘unik’ bagi saya sebagai seorang blogger baru. Pertama, dia agak peramah dengan rakan rakan blogger. Kedua, dia akan add orang yang bernaung di bawah group bloggernya di Facebook. Ketiga, dia suka menulis tidak kurang dari lima post sehari di Facebook dan keempat dia mengucapkan Selamat Hari Raya kepada saya secara personal message di Facebook. Bagi saya, belum pernah lagi ada pengasas group blogger yang bersikap seperti itu.

Dari situ, saya mula memberi komen di kebanyakkan postnya yang memenuhi garis masa (timeline) saya di Facebook kerana sikap ‘uniknya’ itu. Entah bagaimana kami mula menjadi kawan dan akhirnya dia menawarkan saya menjadi salah seorang pentadbir (admin) di Group Blogger Area.

Apa yang menjadi tarikan Group Blogger Area ini adalah polisi kebebasan yang diberikan oleh pengasasnya untuk semua blogger berkarya melalui blog masing masing dan pingkan entri mereka di Group Blogger Area di Facebook. Slogan ‘Ini Tempat Kita Yang Punya’ memberi satu gambaran semua blogger bebas berkarya dan bebas meletakkan entri mereka di dalam group tersebut untuk dibaca dan disebarkan. Inilah satu satunya group blogger yang memberi kebebasan kepada blogger untuk mengeping entri mereka tanpa sekatan. Berapa banyak mereka mahu ping satu hari pun tidak ada masalah sehingga kadang kala iklan 8share pun turut sama dipingkan di Group Blogger Area.

Tambahan pula, tidak banyak syarat ketat yang perlu seseorang blogger itu patuhi untuk mengeping entri mereka. Pinglah apa sahaja entri mereka asalkan tidak mengganggu perjalanan kumpulan dan tidak mengganggu blogger lain untuk ping entri mereka. Itulah pegangan Blogger Area Group sehingga sekarang. Apa sahaja niche blog juga dibenarkan untuk diping di sana termasuk niche politik yang tidak melampau!

Lebih menarik, pengasas group blogger ini tidak pernah (setahu saya) memberi amaran kepada mana mana blogger yang mahu mengeping entri mereka untuk tidak boleh mengeping entri ini atau tidak boleh mengeping entri itu. Pinglah apa sahaja entri anda. Anggaplah Group Blogger Area itu sebagai group anda sendiri.

Saya bertuah kerana menjadi salah seorang ahli dan terpilih sebagai pentadbir di Group Blogger Area. Tidak banyak sumbangan besar yang boleh saya berikan kepada group blogger itu selain daripada menulis entri ini untuk menghebahkan tentang Group Blogger Area kepada mana mana blogger yang belum mengenali group blogger ini.

Saya bukan blogger terkenal atau blogger yang mempunyai pelbagai jenis kemahiran dalam dunia blog untuk menaikkan nama group blogger ini. Apa yang saya ada hanyalah minat yang mendalam terhadap dunia penulisan dan saya menggunakannya untuk menaikkan group blogger yang telah memilih saya sebagai salah seorang pentadbirnya.

Kesimpulannya, kepada mana mana blogger yang belum menyertai group blogger itu, silalah menyertainya untuk memeriahkan lagi group blogger yang sememangnya meriah itu. Jika tidak keberatan, pasanglah banner rasmi Group Blogger Area (seperti di atas) di blog anda sebagai sokongan anda kepada Group Blogger Area. Penubuhan group blogger ini bukan bertujuan untuk mencipta garis sempadan atau berlawan dengan mana mana kumpulan blogger yang lain sebaliknya untuk memeriahkan lagi dunia blogger yang sedia meriah ini dengan kemunculan blogger blogger baru. Marilah kita bekerjasama sebagai blogger untuk menggunakan pena kita yang tajam itu bagi kemajuan agama, bangsa dan tanah air kita yang tercinta ini.


Nota : Harap maaf! Entri ini agak bercelaru dari segi penggunaan bahasa, susunan ayat dan kefahaman kerana beberapa sekatan perlu saya patuhi seperti tatabahasa, nama khas dan penggunaan Bahasa Inggeris. Harap anda faham apa yang cuba saya sampaikan.   

8 ulasan:

  1. ekin dah join... :) selalu gak post blog... tu la kebanyakan group blogger ada syarat-syarat2nya

    BalasPadam
  2. Owh... dia add facebook saya... saya igtkan dia siapa hehehe...

    BalasPadam
  3. Wah postingan yang menarik sekali, saya blogger Indonesia gan salam kenal ya.

    Jika berkenan, sobat dapat mampir ke blog sederhana ini http://puloblog.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Zumal pun ada gak dalam group tu kalau tak silap ^-^

    BalasPadam
  5. Banyak sebenarnya group di FB sebagai platform untuk ping artikel kita kan. Tahniah buat MNH kerana diberi kepercayaan menjadi salah seorang admin. Cuma, kalau nak alexa rank kita turun dan stabil, jangan pos terlalu banyak artikel di FB. Bounce ratenya terlalu tinggi. Itulah antara rahsia yang enggan dikongsi ramai blogger terkenal. Share di FB harus ada batasnya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh macam tu ye Bro HP. Saya pun baru tahu ni. Tq atas info ni. :)

      Padam
    2. oooo...yeke...sy pon baru tauuuu.....neway...thniah MNH kerana dilantik jd admin group...hihihiihi

      Padam
  6. Teruskan menyokong blogger area

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.