Rabu, 14 Januari 2015

ARTIS PERLU JAGA AGAMA KETIKA BERLAKON, MENGARAH, DAN MENYANYI

Iffah Raziah berpelukkan dengan Hisyam Hamid di konsert Gegar Vaganza
Sumber : Google

Isu perangai artis yang berkelakukan tidak senonoh, bertentangan dengan ajaran Islam, dan budaya Melayu bukanlah isu baru. Isu ini sudah lapuk sebenarnya. Sudah banyak pihak terutama peminat dan agamawan telah menegur artis artis kita yang sudah seperti orang orang Barat ketika menjalani aktiviti aktiviti seni – berlakon, mengarah dan menyanyi namun keadaan masih tidak berubah. Tegas pepatah, bagai menyiram air ke daun keladi.

Terbaru, pelakon dan penyanyi terkemuka, Iffah Raziah telah mencetuskan kontroversi apabila beraksi ghairah bersama pelakon Hisyam Hamid ketika persembahan di konsert akhir GegarVaganza ketika beliau menyanyikan lagu Matahari. Perlakuan tersebut telah mengundang kritikan daripada juri malam itu iaitu Rosyam Nor.

Saya tidak mahu mengulas komen Rosyam kepada Iffah dan saya juga tidak mahu mengulas komen balas Iffah pada Rosyam. Pada saya, kelakuan Iffah memang salah dari segi apa pun. Mengapa? Kerana beliau orang Islam! Seorang perempuan Muslim adalah haram bersentuhan apatah lagi berpelukkan dengan mana mana lelaki yang bukan mahram. Tidak kira sama suami beliau memberi keizinan atau tidak, sama ada itu lakonan atau bukan dan sama ada itu professional atau tidak.


Pokok pangkalnya, haram tetap haram. Hukum di dalam Islam tidak boleh diatasi dengan keizinan suami, lakonan atau professional. Jika kita telah melakukan dosa, kita sepatutnya bertaubat, memohon keampunan kepada Allah dan bukannya berbangga atas dosa yang kita lakukan serta mencari kesalahan orang lain untuk menutup dosa dosa yang telah kita lakukan.

Dalam hal ini, Iffah, Hisyam dan Astro tetap bersalah kerana melanggar hukum Tuhan. Saya tidak kata saya ini maksum tetapi saya menegur kerana jelas perbuatan itu salah dan Iffah pula seperti ‘menghalalkan’ perbuatan tersebut atas alasan mendapat keizinan suami dan itu adalah salah satu cara penceritaan beliau ketika menyanyi.

Saya selalu menulis di dalam blog ini supaya Islam perlu diresapkan di dalam seni hiburan kita. Islam agama yang baik dan tidak menghalang untuk umatnya berhibur tetapi mesti mengikut hukum hakam yang betul. Apa yang haram tetap haram dan tidak boleh dilakukan.

Saya pernah melemparkan cadangan supaya ketika berlakon tidak perlu berpegangan tangan, berpelukkan, tidur sekatil antara pelakon lelaki dan pelakon wanita yang bukan mahram. Jelas perbuatan itu berdosa. Pengarah pun tidak sepatutnya mengarahkan pelakon untuk melakukan babak babak seperti itu. Babak babak seperti itu hanya boleh dilakukan oleh orang orang Barat kerana mereka bukan Islam.

Banyak keburukannya jika kita memaparkan babak babak seperti itu sama ada di atas pentas atau di dalam televisyen/wayang. Perbuatan tersebut bukan sahaja mengundang dosa kepada si pelaku, malah penonton juga terutama remaja akan mengikuti perbuatan seperti itu. Lama kelamaan, perbuatan semacam itu akan menjadi budaya lalu merosakkan masyarakat kerana masyarakat sudah tidak kenal lagi yang mana halal dan yang mana haram.

Pada saya, antara sebab mengapa banyaknya masalah penzinaan di Malaysia ini adalah kerana perbuatan media media kita yang acapkali memaparkan aksi aksi berahi di dalam televisyen. Oleh sebab itu, saya menasihati kepada artis supaya menjaga agama ketika anda berlakon, mengarah dan menyanyi.

Kesimpulannya, Iffah, Rosyam dan Hisyam sama sama bersalah kerana telah bekerja secara melanggar hukum Islam iaitu bersentuhan antara lelaki dan perempuan dengan yang bukan mahram. Jelas perbuatan itu berdosa dan tidak ada alasan untuk menghalalkan perbuatan tersebut. Nasihat saya kepada para artis, hati hati dalam berkarya. Jaga agama dan maruah kita ketika kita berlakon, mengarah atau menyanyi. Jangan sampai kita melanggar hukum Allah ketika kita mencari rezeki.



7 ulasan:

  1. pedas dan bernas.saya sokong pendapat ni.

    BalasPadam
  2. dunia akhir zaman.... manusia semakin jauh dr fahaman agama, apatah lagi pengamalannya

    BalasPadam
  3. Atas alasan "itu kehendak pengarah", "sudah tertulis dalam skrip" dan banyak alasan lagi memang memualkan dunia artis dan hiburan di malaysia. Mutu filem dan drama yang teruk mungkin punca sentuhan2 dan aksi2 haram itu terpaksa dilakukan sebab tiada lagi daya penarik lain yang boleh dilakukan..

    BalasPadam
  4. Mereka nie kebanyakkannya hanya fikir tentang populariti, rating dan untung aje kan...

    BalasPadam
  5. sebab tu lah bila anak gadis peluk artis Kpop kita melatah, tapi kita tak sedar, anak anak muda belajar dr apa yg mereka lihat di persekitaran mereka kan... contohnya yg ni lah...

    BalasPadam
  6. kadang diorang selalu aggap arahan dari directo adalah yg mutlak..tp arahan dari Allah SWT jd sampingan jer....semoga Allah memberi hidayah kepada mereka

    BalasPadam
  7. Betul, Ajik.
    Yang haram tetap haram.
    Hukum tu hukum Allah.
    Bukan oleh suami atau mana pihak media hiburan.
    Kerana ingin hiburkan peminat, hukum Allah dipinggirkan & dipandang enteng.
    Entah apalah nak jadi dengan manusia akhir zaman ni.
    Mana tak turun bala berulangkali kat Malaysia ni. Tapi ramai yang masih x sedar. Tetap leka dengan hiburan dunia.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.