Isnin, 12 Januari 2015

DUNIA AKHIR ZAMAN : ULAMAK DIGANTUNG, ARTIS KOREA DIJUNJUNG!!!

Sumber : Google

Isu beberapa orang gadis Melayu bertudung (sudah semestinya Islam) berpeluk dan bercium di atas pentas bersama dengan artis lelaki Korea cukup memanaskan media media sosial semalam. Masing masing mengeluarkan pendapat terhadap isu tersebut. Ramai yang mahu memanaskan isu yang sudah sedia panas itu.

Pada saya, perkara seperti itu memang tidak sepatutnya berlaku. Kita tidak boleh menyalahkan artis Korea tersebut sepenuhnya kerana mereka tidak memahami budaya masyarakat kita di sini. Pihak yang bersalah di sini adalah pihak penganjur yang tidak menerangkan tentang pantang larang yang perlu mereka patuhi dan juga pihak perempuan itu sendiri turut bersalah kerana tidak menjaga agama serta kehormatan diri sebagai perempuan Islam.

Islam agama yang baik. Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur tetapi mesti mengikut hukum hukum yang telah ditetapkan oleh Allah. Jangan sesekali kita sengaja melanggar hukum hukum tersebut semata mata untuk berhibur. Inilah akibatnya apabila kita terlalu taksub dan terlalu seronok sehingga kita terlupa akan diri kita sendiri. Akibatnya, kita melakukan perbuatan yang mencemar maruah diri.


Jujur saya katakan saya juga peminat kepada dunia hiburan Korea selepas dunia hiburan Malaysia dan dunia hiburan Hollywood. Tetapi saya tidak taksub sehingga seluruh kehidupan saya perlu memperkatakan tentang artis Korea yang saya minati. Saya juga tidak mahu berhabis duit semata mata kerana mahu menonton konsert mereka. Cukup sekadar saya meminati dari jauh sahaja.

Ketaksuban terhadap artis atau ahli politik memang tidak akan membawa kita ke mana. Oleh itu, kita perlu berhati hati dalam hal ini. Meminati seorang artis itu boleh, tetapi jangan terlalu taksub sehingga melupakan soal agama dan budaya Melayu yang kita pegang sejak sekian lama.

Itulah realiti akhir zaman. Kita lebih suka berdamping dengan artis Korea dari berdamping dengan ulamak. Akhirnya masyarakat Islam menjadi rosak. Budaya kuning, liberalism, pluralism dan sebagainya mula meresap masuk ke dalam pemikiran masyarakat kita akibat ketaksuban terhadap duniawi semata semata.

Kita sebagai orang Islam dan Melayu perlu menjaga tatasusila kita apabila kita berhibur. Jangan sampai kita berhibur seperti orang Barat, tanpa batasan dan kekangan.

Saya kecewa dengan sikap sesetengah orang yang mengecam orang orang yang menegur budak perempuan tersebut di laman sosial. Mereka mengatakan budak perempuan itu seorang manusia dan sudah pasti melakukan kesalahan. Mereka juga mengatakan bahawa orang orang yang menegur budak perempuan itu bukan baik sangat dan bukan juga maksum.

Ya, saya akui hakikat itu tetapi kita harus ingat, jika mahu tunggu semua orang menjadi baik sebaik malaikat dan baru kita mahu mencegah kemungkaran maknanya kemungkaran pasti akan bertambah berleluasa. Tiada manusia yang sempurna. Seorang Islam perlu menegur saudara seIslamnya supaya tidak jauh tersesat lagi ke lembah yang lebih hina.

Sabda Nabi Muhammad : jika kamu melihat kemungkaran, cegahlah ia dengan tangan. Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidah. Jika tidak mampu juga, cegahlah di dalam hati tetapi itu adalah selemah lemah iman. Saya menyokong orang orang yang menegur sikap budak budak perempuan tersebut di dalam media sosial kerana kita tidak mahu perkara yang sama berulang lagi.

Walaubagaimanapun, saya membantah keras orang orang yang menegur budak budak perempuan itu dengan menggunakan bahasa yang kesat dan kasar. Islam bukan agama seperti itu. Islam tidak suruh kita menegur seseorang yang melakukan kesalahan dengan cara yang kesat. Mahu berdakwah dengan seseorang ada caranya dan bukannya secara melulu dan membabi buta.

Kesimpulannya, saya berharap agar perkara karut marut seperti ini tidak lagi berulang pada masa akan datang. Perkara semacam itu tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia. Pihak berkuasa agama perlu memantau setiap aktiviti hiburan yang mahu dilakukan di negara ini. Mungkin hari ini kita mendengar peminat hanya berpeluk dan bercium dengan artis Korea. Jangan suatu hari nanti kita dengar ada peminat yang sanggup membuka pakaian pula bersama artis Korea di atas pentas!



















9 ulasan:

  1. saya rasa ayat akhir tu patut di highlight... mungkin ada juga yg dah pernah buat.... bukan di pentas tapi akan sanggup kalau di belakang pentas...

    BalasPadam
  2. Sebenarnye nak tau macamana budak pompuan tu boleh ada kat atas pentas?
    Zam..zam ala kazam ke?
    Tengok jugak short video yg dah viral...
    Erghhhhhh...
    Astaghfirullahhala'zim..

    BalasPadam
  3. Beginilah jadinya kalau budak-budak sekarang dah terlalu taksub dengan dunia hiburan.
    Cuba tasmiq al-Quran surah lazim ada hapai ka?
    Kalau lirik lagu..bukan main hapal lagi..

    BalasPadam
  4. Alahai tak tahu la nak cakap apa benda dah..Kalau kita terlebih cakap kan ada pulak yang kata kita ni jaga tepi kain diaorang..Tapi kalau kita dah nampak yang terang lagi bersuluh kita kena la tegur ..Fah macam ni jadinya kena tegur la biar diaorang reti adab sopan ...Dah la betudung ..Susahnya susahnya nak cakap ..Nak kata apa lagi kalau dah macam ni jadinya..

    BalasPadam
  5. amin . kerana nila setitik rosak susu sebelanga

    BalasPadam
  6. Memang mengecewakan apabila lihat gadis melayu di peluk cium oleh artis KPOP tu. Sepatutnya perkara ini dapat dielakkan. Sedih!

    BalasPadam
  7. Ketaksuban terhadap K-Pop nie semakin dahsyat yer... Moga mereka terlibat tu sedar atas kesilapan mereka dan kepada yang ada impian nak buat gitu, mohon sedar segera...

    BalasPadam
  8. Tiada sebarang alasan bagi SP untuk meminati Kpop. Seksinya menaikkan syahwat menonton paha gebu. Wajahnya plastik, suara merdunya tidak pun mengalahkan kehebatan artis-artis kita..

    BalasPadam
  9. Betul, Islam itu syumul.
    Hanya penganut agama Islam itu sendiri yang merosakkan imej nya & menjatuhkan martabatnya.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.