Jumaat, 30 Januari 2015

BLOG SAYA BLOG LUCAH?

Sumber : Google


Jika anda selalu singgah dan komen di blog saya, pasti anda perasan tentang perubahan yang berlaku setelah anda selesai memberi komen iaitu komen anda perlu mendapat kelulusan dari saya terlebih dahulu sebelum komen anda disiarkan. Sebelum ini, saya tidak membuat sebarang tapisan jika anda mahu komen di blog saya. Komenlah sebanyak mana yang anda mahu, katalah apa sahaja, kritiklah saya sekiranya anda rasa saya perlu dikritik, saya tidak akan menapis komen anda. 

Saya memberi kebebasan kepada anda untuk menyuarakan pendapat anda di blog saya dengan syarat tidak mencetuskan isu perkauman, tidak menghina mana mana pihak, tidak melanggar undang undang negara dan tidak melanggar hukum hakam Islam. Selain dari itu, tulislah apa sahaja yang anda mahu tulis. Saya tidak akan menapisnya.

Tetapi, kebebasan yang saya beri telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak hairan  dengan spammer spammer yang gemar spam di blog saya tetapi jangan spam perkara perkara lucah!


Satu ketika apabila saya menyemak email saya di mana komen komen yang masuk ke dalam inbox email saya, saya melihat begitu banyak pautan pautan atau link video video lucah diletakkan di ruang komen dengan banyak sekali. Bukan di satu entri, tapi di lapan entri sekaligus pautan pautan lucah itu diletakkan! Memandangkan saya tidak mahu persepsi buruk diletakkan kepada diri saya dan di blog kesayangan saya ini, maka saya telah memadam pautan pautan lucah itu dan membuat keputusan untuk menapis terlebih dahulu komen yang ditulis oleh pengomen di blog saya.

Blog ini adalah satu blog yang 'suci' dan jangan sesekali kotorkannya dengan perkara yang karut marut semacam itu. Saya tidak kisah sekiranya anda mahu komen kemudian tinggalkan link aktif ke entri terbaru anda tetapi jangan sesekali letakkan link aktif yang mempunyai unsur unsur lucah dan bersifat terlalu perniagaan. Selain dari itu, saya akan membenarkannya. 

Saya tidak mahu menanggung dosa dengan menjadikan blog saya sebagai 'lubuk lucah' bagi mencari kepuasan sesetengah pihak yang sudah tidak dapat lagi menahan nafsu serakahnya. Cukup cukuplah kata kunci carian yang menuju ke blog saya dengan kata kunci seperti 'cikgu suraya', 'cerpen lucah', 'seks dengan cikgu' dan sebagainya oleh kerana saya menulis entri Cerpen Nafsu Si Penghantar Surat dan entri Nafsu Si Penghantar Surat vs Cikgu Suraya di blog ini walaupun entri itu bukan entri lucah. 

Memandangkan sudah ada pihak pihak yang tidak bertanggungjawab seperti itu, adalah lebih baik saya menapis dahulu segala komen yang ditulis di blog saya sebelum menyiarkannya. Saya tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali. Untung sahaja saya segera sedar akan perkara itu sebelum terlambat. Jika tidak, tentu parah jadinya. Apalah persepsi orang terhadap saya jika mereka jumpa pautan pautan lucah seperti itu di blog saya? 

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau atau khuatir akan komen yang anda mahu berikan di blog ini. Jika anda mahu puji, kritik, dan beri pendapat terhadap satu satu entri saya, saya menerimanya dengan tangan terbuka dan saya tetap akan menyiarkannya. Dasar dasar yang saya pegang dahulu tetap saya teruskan walaupun terdapat sedikit perubahan. 

Akhir kalam, semoga kita semua dapat berblog dengan lebih tenang selepas ini tanpa ada gangguan daripada mana mana pihak yang tidak bertanggungjawab. 

7 ulasan:

  1. betul tu MNH, lebih baik letak comment moderation kalau ada terima link dr spammer lucah.. biar susah sedikit janji blog kita tak tercemar dengan benda2 mcm tu

    BalasPadam
  2. lemah betul bila banyak bog2 lucah sekarang ni..ntah apa2

    BalasPadam
  3. Memang sangat merimaskan bila dapat komen-komen lucah ni. Dan biasanya pelawat dari tanah seberang yang suka meninggalkan jejak-jejak noda..

    BalasPadam
  4. ooooo begitu sabar nah MNH ya... spammer blog ekin ada gak tapi ekin terus delete... ekin punya blog guna comment moderation... inshaAllah akan balas satu per satu :)

    BalasPadam
  5. Btul tu bro..kita ptut gantung pengomen2 ats pokok..

    BalasPadam
  6. Zumal pun ada gak jumpa komen yang meragukan nie... Sekarang lebih banyak kat cbox...

    BalasPadam
  7. haah...mmg patut kena wat mcm tu kan..kalau x..makin banyak laa link lucah diletakkan di ruangan komen tuhhh...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.