Khamis, 29 Januari 2015

SPRM PERLU TELUS DAN TULUS MENJALANKAN TUGAS



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditubuhkan di zaman Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di bawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 berperanan sebagai badan yang membebaskan negara ini dari masalah rasuah dan mendakwa orang orang yang terlibat di dalam masalah itu. Peranan badan ini memang diiktiraf dan berauthoriti untuk menghapuskan rasuah yang boleh merosakkan negara.

Kita semua tahu akan keburukan rasuah kepada negara. Bukan itu sahaja, salah guna kuasa dan menggunakan wang negara atas kepentingan peribadi juga merupakan salah satu kesalahan rasuah sebenarnya. Oleh itu, SPRM yang diberi kuasa untuk menangani masalah ini perlu bertindak bagi memastikan individu individu terbabit tidak terus bermaharajalela dan gejala rasuah tidak terus berleluasa.

Walaubagaimanapun, sejak akhir akhir ini, kreadibiliti yang ada pada SPRM sering dipertikaikan kerana SPRM hanya menangkap individu yang terlibat di dalam rasuah hanya bertaraf ‘ikan bilis’ sahaja sedangkan individu yang bertaraf ‘jerung’ masih aktif menjalankan kerja kerja terkutuk itu dan masih bebas di luar sana.

Sebagai badan yang diberi kuasa untuk menghapuskan rasuah, SPRM tidak boleh memilih bulu dalam menjalankan tugasnya. SPRM perlu telus dan tulus dalam menjalankan tugas bagi membanteras rasuah di negara ini. Kita tidak mahu negara ini hancur dan musnah kerana rasuah yang dilakukan oleh individu individu yang tidak bertanggungjawab.

SPRM perlu menangkap dan mendakwa sesiapa sahaja yang terlibat di dalam rasuah tidak kira sama ada dia penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang. SPRM tidak boleh membiarkan manusia manusia yang tidak bertanggungjawab ini bebas liar di luar sana oleh kerana dia adalah penyokong kerajaan dan rapat dengan kepimpinan tertinggi negara.

Jika SPRM terlalu memilih bulu, tidak telus dan tulus tatkala menjalankan tugas, nescaya negara ini akan sukar untuk bebas dari rasuah. Negara ini juga akan hancur lebur sekiranya individu yang terlibat di dalam rasuah tidak diambil tindakan ke atas mereka. Mereka akan terus melakukan rasuah untuk kepentingan diri mereka sendiri.   

Kesimpulannya, SPRM perlu telus dan tulus ketika menjalankan tugas. Tangkap sahaja mana mana individu yang terlibat di dalam rasuah tanpa memilih bulu. Mereka yang melakukan kerja kerja terkutuk ini perlu didakwa sama ada mereka adalah penyokong kerajaan mahupun penyokong pembangkang.





















2 ulasan:

  1. Malangnya kalau terlalu telus, nanti kena tukar tempat kerja atau 'dibuang' terus..

    BalasPadam
  2. kadang manusia lebih takutkan manusia yg ada kuasa dan jawatan berbanding dengan Allah...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.