Esok adalah hari pengundian untuk PRK
DUN Pengkalan Kubor yang menyaksikan perlawanan tiga penjuru iaitu Barisan
Nasional, PAS dan Bebas. BN diwakili oleh Mat Razi Mat Ail manakala PAS pula
diwakili oleh Wan Rosdi Wan Ibrahim. Calon Bebas pula diwakili oleh Izat
Bukhary Ismail Bukhary yang sekali lagi mencuba nasib setelah tewas pada PRU13
yang lalu di tangan calon BN iaitu Datuk Noor Zahidi Omar dengan hanya mendapat
65 undi sahaja pada waktu itu.
Sebagai penulis dan pemerhati politik,
BN yang diwakili oleh saudara Mat Razi Mat Ail ini mampu untuk mengekalkan
kerusi itu sementelahan kerusi itu dimiliki oleh BN selama tiga penggal
berturut turut. Walaubagaimanapun, Mat Razi tidak boleh terlalu yakin akan
kemenangan itu kerana dalam politik pelbagai perkara boleh berlaku. Bila bila
sahaja rakyat Pengkalan Kubor boleh menukar pilihan lebih lebih lagi apabila
isu royalti minyak sering kali ‘diulang tayang’ oleh pihak PAS walaupun kes itu masih lagi
dalam perbicaraan mahkamah.
Namun begitu, BN masih mempunyai
kekuatan sendiri untuk memenangi kerusi itu lebih lebih lagi PAS dan Pakatan
Rakyat hampir mahu pecah dan terbelah sejak belakangan ini. Kes Menteri Besar
Selangor masih hangat diperkatakan dan pelantikan Azmin Ali sebagai pemegang
kerusi panas itu belum lagi mampu menamatkan kemelut politik dalam Pakatan
Rakyat.
Wujud cakap cakap politik yang
mengatakan ada orang orang dari PKR yang sengaja mensabotaj calon PAS di
Pengkalan Kubor kerana tidak berpuas hati dengan pendirian PAS yang mahu
mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, mengambil semula
kerusi Pengkalan Kubor itu yang dipinjamkan kepada PKR dan kerap mengkritik PKR
sejak belakangan ini. Setakat mana kebenaran khabar khabar angin itu tidak
dapat saya pastikan.
Sejujurnya saya sendiri tidak mahu
merendah rendahkan kebolehan dan kemampuan calon Bebas iaitu Izat Bukhary
Ismail Bukhary untuk memenangi kerusi itu tetapi mengikut sejarah pilihanraya
yang lampau calon Bebas hanya sekadar memeriahkan ‘pesta’ demokrasi di dalam
setiap pilihan raya sahaja. Sukar untuk mana mana calon Bebas memenangi mana
mana kerusi dalam pilihan raya jika tidak mempunyai sesuatu keunikan tersendiri jika
hendak dibandingkan dengan calon BN, PAS, PKR atau DAP.
Walaubagaimanapun, kita hanya mampu
merancang tetapi Allah juga yang menentukan. Siapa yang tewas di Pengkalan
Kubor ini perlulah menerima kekalahan mereka dengan tangan terbuka. Bagi yang
menang pula, jangan terlalu mabuk kuasa sehingga melupakan rakyat yang telah
mengundi anda sehingga dapat menduduki kerusi itu. Samalah samalah kita
nantikan siapakah yang dapat menjadi ADUN Pengkalan Kubor esok? PAS atau BN?
Alhamdulillah kemenangan milik BN ^_^
BalasPadam