Gambar Hiasan |
Akibat isu MB Selangor, PAS yang
merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam telah terpecah dua dan
membentuk PasMa – sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk mengekalkan PAS dalam
Pakatan Rakyat dan mengelak kerjasama dengan UMNO!
Amat dangkal sebenarnya kata kata
pemimpin PasMa yang lebih tega berganding bahu dengan DAP yang terang terang
menolak Islam dari berganding bahu dengan UMNO yang sudah pasti dianggotai oleh
orang Islam. PAS sebagai sebuah parti Islam sepatutnya bekerjasama dengan UMNO
dari segi menjaga kepentingan rakyat dan Islam itu sendiri dan bukannya masuk
UMNO atau Barisan Nasional!
Saya tidak faham mengapa pemikiran
sesetengah pemimpin PAS seperti Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ustaz Ahmad Awang dan
Datuk Husam Musa sejumud itu? Ingatlah,
kita sekarang bercakap tentang Islam dan perpaduan Islam. Tidak tahukah mereka
yang umat Islam sekarang sudah berpecah belah kerana politik? Mengapa mahu
dipecahkan lagi apa yang sudah hancur berderai?
Ingatlah, orang Melayu hari ini
menjadi hebat sebab adanya Islam. Apa akan jadi jika Islam itu telah runtuh
oleh kerana pemimpin terlalu tamakkan kuasa politik? Mahukah pemimpin pemimpin
PAS melihat Melayu itu musnah di buminya sendiri kerana kesilapan anda?
Sekarang talian hayat yang ada pada
bangsa Melayu adalah Islam. Hanya kerana Islamlah Melayu kekal kuat sehingga ke
hari ini. Apa lagi yang tinggal untuk Melayu selain Islam? Ekonomi kita
dikuasai Cina. Politik kita pun sudah mula goyah. Bangsa kita pun sudah semakin
lemah dan berpecah. Apa yang tinggal hanyalah Islam. Hanya Islam sahaja yang mampu untuk menguatkan bangsa kita.
Apakah akan jadi kepada Melayu sekiranya Islam lemah?
Inilah masalahnya sekiranya pemimpin
pemimpin politik meletakkan kepentingan politik dihadapan dan bukannya
kepentingan Islam di hadapan. Mereka akan lebih peduli dengan kuasa politik dari menjaga agama Allah yang suci
ini. Mahukah pemimpin pemimpin PAS melihat agama Allah ini musnah begitu sahaja?
Mahukah pemimpin pemimpin PAS melihat anak bangsanya mengemis di buminya
sendiri?
Sudah acapkali saya menulis di dalam
blog ini supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan berdiri dengan sendiri. PAS
tidak perlukan PKR dan DAP untuk menewaskan UMNO. Ingatlah, kemenangan PAS
bukan terletak ditangan DAP, PKR, UMNO atau pengundi tetapi terletak di bawah
kekuasaan Allah. Kalau Allah kata PAS akan menang suatu hari nanti, PAS pasti
akan menang.
Tetapi saya yakin dan pasti PAS tidak
akan percaya dengan kata kata saya kerana PAS tidak meletakkan seluruh jiwa dan
raganya kepada Allah sebaliknya kuasa politik yang berkiblatkan PKR dan DAP!
Sebab itulah kita lihat pada hari ini PAS lebih banyak berkompromi dengan
pelbagai perkara termasuk menggunakan kalimah Allah di dalam Bible Bahasa
Melayu!
PAS sepatutnya sudah lama membuang mana
mana pemimpinnya yang berfikiran liberal dan berkiblatkan Anwar Ibrahim. Tetapi
akibat lebih cinta kepada kuasa politik, PAS membiarkan sahaja golongan golongan
ini diternak di dalam PAS sejak sekian lama dan akhirnya golongan golongan ini
yang akan menghancurkan PAS suatu hari nanti.
Sekarang PAS sudah hampir pecah dan
terbelah. Bersoraklah orang orang kafir di luar sana melihat orang Islam bergaduh sesama
sendiri. Mereka tahu kekuatan Islam itu terlatak pada perpaduan. Jika perpaduan
sudah rapuh, di manakah mahu dicari lagi sumber kekuatan itu?
Sebagai penulis yang tidak menganut
apa apa fahaman politik, saya nasihatkan kepada pemimpin pemimpin PAS supaya
letakkanlah Islam di hadapan dan bukannya kuasa politik di hadapan. Bersatulah
dengan UMNO dalam menjaga kebajikan rakyat dan menjaga Islam itu sendiri.
Buanglah mana mana pemimpin yang berfikiran liberal dan berkiblatkan Anwarinas
dari terus menguasai dan menjahanamkan PAS. Keluarlah dari Pakatan Rakyat dan
berdirilah sendiri dalam politik demi keselamatan Islam, Melayu dan Malaysia.
http://MNH7.sharethisstory.net/my-880736-5706
Betul tu, letakkanlah Islam melebihi yang lain...
BalasPadam