Khamis, 25 September 2014

BLOGGER YANG SOMBONG

blog
Diambil dari Google


 
Blogger yang sombong,
Di sebalik ketampanan wajahmu,
Di sebalik kesasaan tubuhmu,
Terselit noda noda hitam,
Akibat kesombongan dan keangkuhanmu.

Blogger yang sombong,
Namamu kerap menjadi sebutan,
Blogmu kerap menjadi ikutan,
Disenarai dalam bloglist blogger picisan,
Namun dirimu tidak pernah bersyukur,
Atas nikmat kurniaan Tuhan.

Blogger yang sombong,
Luaranmu tidak begitu,
Dalamanmu sahaja seperti itu,
Keangkuhan yang terselah,
Di sebalik kata katamu,
Di dalam aksara aksara penulisanmu,
Dan di ruang entri blogmu.
 
Ingatlah, 
Wahai blogger yang sombong,
Tidak selamanya kau akan berada di atas,
Kelak kau juga akan berada di bawah,
Kerana sifat kesombonganmu,
Kerana diketahui oleh ramai blogawan,
Yang kian berkembang,
Bak cendawan selepas hujan.

Related Posts:

  • SAJAK : SALAM PERJUANGAN BUAT TEMAN Duhai temanku di luar sana, Masih butakah mata hatimu? Masih butakah mata kepalamu? Melihat dunia ini Yang serba serbi dilanda gelora Sebuah ge… Read More
  • SAJAK : POLITIK BAHAYA Politik, Sungguh dahsyat penangan kuasa mu, Sungguh hebat peranan mu, Dalam melaga lagakan pemimpin, Sehingga mampu mencemar agama, bangsa dan ne… Read More
  • SAJAK : CUKUP CUKUPLAH KAWAN Jangan hanya kerana sebuah tempat, Kita bergaduh bersama sama, Jangan kerana satu teguran, Kita mencetuskan api persengketaan. Kenapa kita mesti ber… Read More
  • SAJAK : KEINGINAN Mereka merentas jalan raya, Melancong bersama sama, Sedangkan aku pula, Hanya memerhati sahaja, Kerana aku jauh dari mereka, Aku tidak hampir de… Read More
  • SAHABAT BLOGGER Normal 0 false false false MicrosoftInternetExplorer4 st1\:*{behavior:url(#ieooui) } /* … Read More

11 ulasan:

  1. Moga akak tak tergolong dalam gelaran blogger sombong.. kemahsyuran kadang2 merosakkan sebab kemahsyuran kadang2 buat seseorang itu rasa dia sentiasa betul dalam tindakkannya bila apa saja dia kata, apa saja dia buat banyak yang menyokong walau mereka kadang2 tak setuju tapi demi mendapat kepentingan di sisi orang yang mahsyur rela jadi dungu. Itulah dugaan terbesar bila menjadi seseorang yg di kenali

    BalasPadam
    Balasan
    1. erkk.. apakah puisi ni untuk someone. saya ingat sekadar nukilan jer... komen berdasarkan pandangan peribadi bukan di bayangi sesiapa.

      Padam
    2. Betul tu. Saya setuju dengan hujah hujah kak Suria.

      Padam
    3. Saya sebenarnya beri nasihat kat semua blogger supaya dah terkenal nanti jangan jadi sombong. Tapi kak Suria jangan risau, Kak Suria bukan blogger yang sombong. hehehe

      Padam
  2. tu la. teringin gak nak tahu siapa blogger sombong tu..

    BalasPadam
  3. Alahai siapa la yang sombong tu? Zumal tak yer ^_^

    BalasPadam
  4. Maksud saya blogger yang sombong tu adalah cara dia menulis kat blog dia menampakkan kesombongannya. Kat luar orang takkan nampak dia sombong tapi bila baca entri dia kita boleh nampak kesombongannya di situ.

    BalasPadam
  5. ish ish ish...harap-harapnya saya taklah tergolong dalam golongan blogger yang sombong...
    sy menulis blog pun sekadar hobi, sekarang pun dah jarang2 bukak blog sendiri, nak blog walking lagilah jarang2... takut jugak digelar sombong pula... :/

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.