Azmin Ali |
Teka
teki siapakah yang akan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor sudah
terjawab semalam. Desas desus yang mengatakan Timbalan Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Azmin Ali sebagai calon yang akan
menduduki kerusi panas itu sejak belakangan ini sudah pun menjadi
kenyataan apabila Sultan Selangor mengesahkan bahawa Azmin akan
dilantik menduduki jawatan itu hari ini. Azmin akan mengangkat sumpah
untuk memegang jawatan itu pada hari ini.
Walaupun secara peribadi saya tidak bersetuju Azmin menduduki
jawatan itu namun siapalah saya untuk menghantar sembah
derhaka kepada Sultan Selangor. Sultan mempunyai kuasa mutlak
untuk melantik sesiapa sahaja bagi menduduki jawatan itu mengikut
lunas lunas yang ada dalam Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Suka atau tidak saya
perlu bersetuju dengan pelantikan Sultan Selangor itu kerana saya
percaya bahawa Tuanku telah menimbang buruk dan baik perlantikan
Azmin tersebut.
Nasihat saya kepada Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru
adalah jangan terlalu gembira dengan pelantikan itu walaupun cita
cita anda sudah tercapai. Ingatlah, masih ramai musuh musuh anda di
luar sana dan akan cuba mencari jalan untuk menjatuhkan anda. Kedua,
Azmin juga jangan terlalu banyak berpolitik sebaliknya selesaikanlah
pelbagai masalah yang melanda rakyat Selangor pada masa kini. Ketiga,
jangan sesekali membatalkan perjanjian bekalan air dengan kerajaan
pusat kerana itu akan membuatkan rakyat tambah merana dan menderita.
Teruskanlah perjanjian yang telah dibuat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim
suatu ketika dahulu bersama kerajaan pusat. Keempat, selesaikan masalah politik antara semua
pemimpin Pakatan Rakyat yang sudah hampir mahu pecah dan terbelah
itu. Pastikan mereka tidak berkelahi lagi kerana isu yang remeh
temeh. Tidak bagus sebenarnya jika pemimpin selalu bergaduh kerana
akan memberi kesan yang buruk kepada rakyat bak kata pepatah gajah
sama gajah berbalah, pelanduk mati di tengah tengah!
Kelima, Azmin juga perlu membina hubungan yang baik dengan kerajaan
pusat kerana itu akan memudahkan Azmin jika memerlukan bantuan dari
kerajaan di bawah pimpinan Najib itu. Keenam, Sebagai pemimpin yang
beragama Islam dan berbangsa Melayu, Azmin perlu menjaga Islam dan
Melayu seperti mana dia menjaga dirinya sendiri. Jangan sesekali
membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu dan
jangan sesekali memulangkan Bible yang telah dirampas oleh Majlis
Agama Islam Selangor kepada pihak yang terlibat dan yang terakhir
binalah hubungan yang baik dengan Sultan Selangor kerana baginda
adalah Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu
Negeri Selangor.
Buat Anwar Ibrahim yang tidak bersetuju dengan pelantikan Azmin itu,
jangan sesekali melakukan kekacauan di dalam negeri Selangor lagi
seperti mana yang telah beliau lakukan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Terimalah keputusan Sultan Selangor itu dengan hati yang terbuka
walaupun Tuanku tidak memilih isteri beliau sebagai MB yang baru.
Buat Tan Sri Khalid Ibrahim, janganlah rasa sedih dan kecewa kerana
terpaksa meletak jawatan akibat permainan kejam musuh musuh beliau.
Teruskan berjuang untuk rakyat walaupun tidak bersama PKR mahupun
Pakatan Rakyat. Jika beliau merasakan yang beliau sudah jelak dengan
permainan politik, kembalilah kepada bidang kekuatan beliau sendiri
iaitu bidang perniagaan. Saya yakin yang beliau mampu untuk menjadi
tokoh perniagaan yang terkemuka seperti dahulu.
ermm no komen..
BalasPadam