Sabtu, 20 September 2014

PAS : KEBERANIAN, PERPECAHAN DAN SENJATA MAKAN TUAN

PAS
Gambar Hiasan
 

           Keberanian perwakilan PAS Wilayah Persekutuan iaitu Dr. Azhari Ariffin membacakan doa mengutuk Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu dan dua ADUN Selangor iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang menyokong Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor haruslah dipuji. Ini kerana sudah sampai masanya ahli ahli PAS perlu mengkritik pemimpin pemimpin mereka sendiri yang semakin tersasar jauh dalam perjuangan Islam yang sebenar. 

            Selama ini, kebanyakkan ahli ahli PAS hanya menjadi yesman dan pak turut sahaja kerana ketaksuban mereka yang maha dahsyat terhadap parti yang memperjuangkan Islam itu. Tetapi kini, kebanyakkan ahli ahli PAS sudah sedar bahawa parti yang mereka sertai ini sudah jauh tersasar dari landasan Islam yang betul. Kebanyakkan pemimpin pemimpin parti itu lebih banyak memfokuskan kepada kepentingan politik sendiri dan parti berbanding kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia. 

            Walaubagaimanapun, tindakan Dr. Azhari Ariffin amatlah tidak wajar sama sekali. Orang Islam seharusnya tidak boleh berdoa untuk mengutuk dan melaknat orang Islam yang lain. Sepatutnya Dr. Azhari Ariffin perlu mengkritik dengan cara yang baik walaupun dengan nada yang pedas dan sinis.


         Sikap berani seperti inilah yang sepatutnya dicontohi oleh ahli ahli PAS yang lain. Jangan takut kepada kepimpinan parti tetapi takutlah kepada Allah s.w.t. Sekiranya tidak ada ahli parti sendiri yang berani menegur dan mengkritik, siapa lagi? Ahli ahli PAS tidak boleh lagi meletakkan kepentingan politik di hadapan semata mata tetapi letakkanlah kepentingan agama, bangsa dan tanah air di hadapan. 

        Jika tidak ada ahli PAS  seperti Dr. Azhari Ariffin ini, nescaya pemimpin pemimpin parti itu pasti tidak akan sedar. Mereka pasti akan terus mabuk kuasa sehingga sanggup bersetongkol dengan parti yang jelas anti Islam dan sanggup membubarkan agenda negara Islam yang menjadi idaman parti itu sejak sekian lama. PAS juga dilihat bersetuju untuk menggunapakai kalimah Allah di dalam Bible Bahasa Melayu walaupun mereka sendiri tahu begitu banyak keburukkan berbanding  kebaikannya. 

          Walaupun dari satu segi sudah ada tanda tanda PAS sudah mula sedar dari mimpinya yang lena, namun perpecahan dalam PAS semakin lama semakin besar untuk berlaku. Pertikaian antara golongan yang pro ulamak dengan golongan yang pro liberal tetapi bertopengkan Islam semakin menjadi jadi sejak akhir akhir ini.                

       Sepatutnya PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak boleh berpecah belah. Pepecahan sebenarnya akan tambah melemahkan PAS. Jika ahli ahli PAS sayangkan parti, mereka perlu bersatu padu dan merapatkan saf kepimpinan ulamak yang tulin. Mereka juga harus berani untuk 'menendang' mana mana pemimpin mereka yang berfikiran liberal tetapi menggunakan Islam untuk kepentingan politik dan diri sendiri. Mereka juga harus berani untuk mendesak kepimpinan parti supaya keluar dari Pakatan Rakyat dan bertanding secara bersendirian.

           Jika PAS kekal dalam Pakatan Rakyat nescaya perpecahan di dalam PAS semakin ketara. Ini kerana Anwar Ibrahim (PKR) dan DAP akan terus menunggang PAS untuk kepentingan politik mereka sendiri. Anwar akan menggunakan proksinya di dalam PAS supaya mengikut segala rentak politiknya. Oleh itu, PAS perlu segera keluar dari Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan parti itu dari terus pecah dan terbelah. 

        Selama ini sudah banyak pihak memberitahu kepada PAS supaya jangan sesekali melaknat atau mengutuk mana mana pihak yang tidak sehaluan dengan mereka khususnya UMNO kerana perbuatan itu amatlah tidak wajar sama sekali. Tetapi PAS terus berdegil dengan masih mengamalkan sikap 'jahiliyahnya' sehingga ke hari ini. Mereka tega membuat solat hajat untuk berdoa agar UMNO 'K.O' suatu ketika dahulu.

           Ternyata apa yang diajar oleh Mursyidul Am parti itu iaitu Nik Aziz Nik Mat telah diikuti oleh ahli partinya sendiri dengan berdoa agar pemimpin parti Islam itu dilaknat. Inilah kifarah dari Allah kepada PAS yang gemar melaknat orang orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Senjata yang digunakan oleh Nik Aziz itu ternyata sudah makan kembali tuannya oleh kerana keangkuhannya selama ini sebagai ulamak PAS dan pemimpin tertinggi parti itu.

         Sebagai sebuah parti Islam, ahli ahli PAS perlu sedar dan bangun dari tidurnya yang panjang agar tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang. Ingatlah, Allah sedang memberi kifarah kepada parti itu yang gemar melaknat dan meraikan perpecahan umat Islam dari bersatu padu dengan saudara seagama dan sebangsa dengan mereka sendiri. PAS boleh bekerjasama dengan DAP di dalam politik tetapi tidak dalam mempertahankan Islam bersama UMNO.

          Nasihat saya kepada PAS adalah membuat muhasabah diri dan sedarlah bahawa anda sudah semakin terpecah dan terbelah. Ambillah teguran yang ikhlas ini sebagai satu pedoman untuk kalian agar tidak mengulang kesilapan yang sama pada masa akan datang. Ambillah teguran di dalam blog ini supaya meletakkan kepentingan Islam di hadapan dan bukannya kepentingan politik di hadapan. Jika PAS tidak mengambil langkah langkah pencegahan sekarang, tunggulah saat saat kehancuran parti itu tidak lama lagi!

1 ulasan:

  1. Motif mereka bertanding pun meragukan nak tegak hak rakyat atau nak naikkan diri sendiri saja.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.