Sabtu, 6 September 2014

MENGAPA ANWAR MESTI INGKAR PADA SULTAN SELANGOR?

Mengapa Anwar Mesti Ingkar Pada Sultan Selangor
Sultan Selangor
           Tindakan Anwar Ibrahim melalui partinya iaitu PKR dan DAP tetap menghantar nama Dr. Wan Azizah sebagai calon MB Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim walaupun Sultan Selangor telah meminta supaya memberikan lebih dari dua nama menunjukkan Anwar, PKR dan DAP sengaja mencipta permusuhan dengan pihak istana Selangor.

      Mengapa Anwar begitu teruja mahu meletakkan isterinya di kerusi MB itu? Apakah rakyat Selangor tidak dapat membaca agenda tersembunyi yang dicipta oleh Anwar dan kuncu kuncunya? Mengapa Anwar tidak ikut sahaja arahan Sultan Selangor supaya memberikan lebih dari dua nama untuk dipertimbangkan ke jawatan MB itu? Inilah politik yang menyusahkan rakyat!

     Pada hemat saya, Anwar sepatutnya tidak lagi memberikan nama Wan Azizah sebagai calon MB itu. Punya ramai manusia di dalam PKR, mengapa Wan Azizah juga yang mesti dipilih? Mengapa tidak Azmin Ali, Saifuddin Nasution Ismail, atau mana mana anak kelahiran Selangor yang bernaung di bawah PKR?

         Mengapa Anwar mesti berlawan dengan pihak istana semata mata untuk menegakkan benang yang basah? Apabila Sultan Selangor meminta supaya diberikan lebih dari dua nama, maksudnya Sultan Selangor tidak mahu Wan Azizah dilantik sebagai MB! Mengapa Anwar masih tidak faham makna tersirat di sebalik semua itu? Adakah Anwar faham tetapi pura pura tidak faham semata mata untuk mengembungkan tembolok politiknya?


          Jalan penyelesaian terhadap kemelut ini ialah Anwar dan PKR perlu menghantar lebih dari dua nama kepada Sultan Selangor, itu sahaja! Mengapa perlu berdegil dan berkeras? Ingat, masalah ini tidak akan selesai sekiranya pihak Anwar dan PKR masih lagi berdegil dan tetap dengan pendirian mereka.

           Anwar perlu sedar ini bukan masalah MB atau Sultan tetapi ini adalah masalah rakyat! Selagi keadaan politik Selangor masih terumbang ambing, rakyat Selangor tidak dapat hidup dengan aman dan tenteram. Sekarang orang sedang fikir tentang masalah bekalan air yang akan melanda negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Dalam keadaan sekarang, bolehkah rakyat dapat menarik nafas lega terhadap masalah itu?

        Sebagai pemimpin Anwar perlu fikir tentang rakyat dan bukannya tembolok politiknya. Inilah masalahnya jika ahli politik lebih menumpukan kepada kuasa politik daripada memikirkan soal kesusahan yang ditanggung oleh rakyat. Nasihat saya kepada Anwar, berhentilah bersandiwara sekarang. Jangan terlalu banyak berpolitik kerana itu akan menyusahkan rakyat. Ikut sahajalah permintaan Sultan supaya persembahkan lebih dari dua nama kepada baginda sebagai calon MB Selangor itu. Jangan sampai DUN dibubarkan dan pilihanraya akan diadakan semula kerana belum tentu Pakatan Rakyat boleh menang sekali lagi di Selangor!

2 ulasan:

  1. setuju..nmpk sgt kebenarannya apa yg dikejarnya..

    BalasPadam
  2. pantang atok nenek saya dengan suku sakat PKR ni....hidup UMNO...ikhlas dari wakil puteri umno bahagian wangsa maju....

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.