Khamis, 11 September 2014

JANGAN POLITIKKAN FILEM ITU!


 


 
               Mungkin isu ini sudah agak basi tetapi sebagai penulis saya perlu meluahkan sesuatu untuk membongkar kebenaran dan menabalkan keadilan. Apabila saya menonton filem Tanda Putra yang diarahkan oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba yang ditayangkan oleh Astro sempena sambutan hari kemerdekaan yang lalu, saya boleh katakan kualiti filem ini adalah bagus walaupun sedikit hambar.

         Jalan ceritanya agak cepat dan mudah difahami. Kita tidaklah  mengantuk untuk menghadap filem sejarah seperti ini. Selain dapat mengetahui sejarah sebenar peristiwa 13 Mei 1969, kita juga dapat mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh Tun Razak sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri dalam menghadapi situasi huru hara dalam negara seperti itu di samping bertarung dengan penyakit leukemia yang dihidapinya.

           Dengan menonton filem ini, secara tidak langsung kita dapat mengenali Tun Razak sebagai bekas Perdana Menteri kita yang telah banyak berjasa kepada negara ini. Kita juga dapat mengetahui tentang ramai lagi tokoh tokoh pemimpin seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Tan Sri Abdullah Ahmad, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tunku Abdul Rahman dan ramai lagi.

           Pada saya filem ini tidak sepatutnya dicemuh  sebaliknya perlu diangkat setaraf dengan filem The Iron Lady yang mengisahkan tentang kehidupan Perdana Menteri Britain – Margaret Thatcher. Orang yang membenci filem ini adalah orang yang tidak dapat menerima kebenaran dan cuba menafikan kebenaran demi kuasa politik! Filem ini adalah gambaran sebenar peristiwa 13 Mei itu dan filem ini sepatutnya menjadi sandaran agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama pada masa akan datang. Mengapa kita mesti membenci satu karya yang mendedahkan kebenaran yang sebenar?

          Pada saya, filem ini langsung tidak berdosa sehingga perlu diharamkam di sebuah negeri yang terletak di utara tanah air. Yang berdosa adalah orang yang sengaja mencetuskan isu politik dan perkauman terhadap filem itu. Jangan sesekali mempolitikkan filem sejarah yang tidak berdosa itu. Sudahlah kita malas membaca buku buku sejarah untuk mengetahui tentang sejarah negara, dengan adanya filem Tanda Putera ini dapatlah kiranya kita memahami peristiwa besar yang terjadi dalam negara kita sendiri. Nasihat saya, jangan politikkan filem ini dan jangan terlalu jumud untuk menerima sesuatu kebenaran kerana kebenaran itu kadang kala datangnya membawa kesakitan dan bukannya kebahagiaan! 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.