Isnin, 15 September 2014

AMARAN UNTUK PERDANA MENTERI



Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak




       Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikan dengan Akta Harmoni adalah satu tindakan yang tidak bijak sebenarnya. Ini kerana akta tersebut bertujuan untuk melindungi negara ini daripada sebarang ancaman yang boleh menggugat ketenteraman negara agar peristiwa 13 Mei 1969 tidak berulang lagi pada masa akan datang.

        Akta itu digubal oleh ayahanda beliau sendiri iaitu Tun Abdul Razak Hussein bertujuan untuk melindungi empat perkara sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, bahasa kebangsaan, kewarganegaraan dan kuasa Raja raja Melayu. Mana mana individu yang cuba mengganggu gugat mana mana perkara sensitif tersebut boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

         Akta itu tidak sepatutnya dimansuhkan sebaliknya perlu dipinda iaitu dengan memasukkan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia (Islam sebagai agama Persekutuan) ke dalam syeksyen 3(1)(f) Akta Hasutan bersama sama Perkara 152, 153, 181 dan Bahagian III.

       Sudah terang lagi bersuluh bahawa akta ini sangat berguna dalam menjaga keempat perkara sensitif tersebut namun akibat ketakutan Najib terhadap suara pembangkang menyebabkan beliau bersetuju untuk memansuhkan akta tersebut. Sebelum ini Najib telah mengambil tindakan yang juga tidak wajar iaitu dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga menyebabkan golongan golongan ultrakiasu ini begitu berani menghina Islam, bangsa Melayu dan Raja Raja Melayu tanpa rasa takut dan gentar.

          Tidakkah Najib sedar bahawa tindakan beliau memansuhkan ISA itu adalah satu tindakan yang tidak wajar? Akibat ketiadaan akta itu, Islam, Melayu dan Raja Raja Melayu semakin dipijak pijak oleh golongan ultrakiasu ini. Sudah banyak kes yang boleh dirujuk sebagai bukti namun perkara yang sama masih berulang kerana mereka sudah tidak takut lagi berbuat demikian memandangkan ISA sudah dimansuhkan.

        Sesebuah negara yang merdeka lebih lebih lagi yang mempunyai masyarakat majmuk seperti  Malaysia perlu mempunyai akta seperti ini. Singapura dan Amerika Syarikat juga tidak menghapuskan akta seperti ini tetapi mengapa kita sengaja mencari penyakit dengan menghapuskan satu akta yang mampu menjaga negara dari porak peranda? Sekarang Najib mahu memansuhkan Akta Hasutan, tidakkah Najib sedar bahawa tindakkannya itu boleh menyebabkan negara ini hancur dan musnah?

        Saya tahu Najib melakukan seperti itu kerana beliau takut kuasa politiknya akan hilang memandangkan pembangkang akan memainkan isu ini untuk menarik pengundi dalam pilihanraya. Soalan saya ialah Najib mahu pilih yang mana? Mahu hilang kuasa politik atau mahu melihat negara ini jahanam? Najib perlu sedar pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim itu akan melakukan apa sahaja untuk menarik pengundi termasuk membuat pelbagai fitnah dan penipuan untuk meraih undi. Adakah Najib fikir dengan menghapuskan kedua dua akta yang penting ini akan menyebabkan Barisan Nasional akan menang besar dalam pilihanraya akan datang?

        Najib perlu ingat bahawa apa sahaja yang beliau lakukan tidak akan mengembalikan sokongan ultrakiasu kepada beliau dan Barisan Nasional. Mereka akan tetap bersama pembangkang kerana mereka percaya hanya pembangkang sahaja yang boleh merealisasikan cita cita mereka untuk menghancurkan Melayu dan Islam di bumi Malaysia ini. Najib jangan sesekali bermimpi di siang hari untuk meraih sokongan mereka lagi pada masa akan datang kerana perkara itu tidak mungkin akan terjadi!

       Jika Najib tidak menghapuskan akta akta penting ini, saya yakin yang beliau akan terus mendapat mandat daripada rakyat pada pilihanraya akan datang dengan cara beliau mentadbir negara ini mengikut lunas lunas yang sebenar yang perlu ada sebagai seorang pemimpin Islam iaitu menjaga kebajikan rakyat, menghapuskan rasuah dan menyelesaikan segala macam masalah yang berlaku di negara ini.

         Selagi perkara perkara yang saya sebutkan di atas tidak dapat diselesaikan oleh Najib, selagi itulah sokongan kepada beliau dan Barisan Nasional akan terus berkurangan dan bakal hilang tidak lama lagi. Isunya sekarang mudah, kembalikan ISA, jangan hapuskan Akta Hasutan dan selesaikan segala masalah yang berlaku di negara ini dengan sebaik mungkin. Saya yakin jika Najib dapat melakukan itu semua, sokongan rakyat akan kembali semula kepada Najib.
  
       Najib dan pihak berkuasa tidak boleh takut untuk mengambil tindakan terhadap mana mana individu yang menghina Islam, Melayu, Malaysia dan Raja Raja Melayu. Jika Najib takut maka mereka akan semakin berani dan akhirnya peristiwa 13 Mei pasti akan berulang semula. Sebagai Perdana Menteri Najib perlu tegas dalam hal ini seperti mana yang pernah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika era pentadbiran beliau.

        Sesungguhnya saya tidak rela melihat Islam, Melayu, Raja Raja Melayu dan Malaysia dihina dengan dahsyat sekali oleh puak puak ultrakiasu ini. Apa yang lebih menyedihkan mereka masih bebas di luar sana tanpa sebarang tindakan yang wajar diambil terhadap mereka. Mereka  bebas dan tidak takut untuk melakukan perkara yang sama berulang ulang kali kerana mereka tahu kerajaan tidak akan berani untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

         Amaran saya kepada Najib adalah jangan sesekali menghapuskan Akta Hasutan itu kerana tindakan anda boleh menyebabkan negara ini akan musnah pada masa akan datang. Sebaiknya Najib dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap mana mana individu yang cuba menghina perkara perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum rakyat mengambil tindakan mereka sendiri!


Lihat juga : Sony Ericson W810i lebih canggih dari Iphone6? Klik Sini

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Hahaha. Terkejut ea? Saja buat gempak sikit. Hihi. Terima kasih Zumal sebab selalu singgah lawat blog saya yang tak seberapa ni walaupun Zumal dah popular.

      Padam
    2. Zumal tak popular pun. SS jer. Hihi ^_^

      Padam
  2. as salam tuan tanah..
    saya setuju dgn anda..
    tahniah anda ada blog yg banyak info

    jemput blogworking
    www.yatiadam.com

    BalasPadam
  3. arhhhh..suara hati saya!! Saya sgt takut dan sekarang saya tak lagi baca apa2 post di laman sosial kerana sakitnya hati bila melayu dan islam dihina tapi tiada tindakan kerana mereka takut dgn golongan ultrakiasu ini. Saya sgt setuju ISA dikembalikan dan Akta hasutan dikekalkan.

    (agak-agak PM kita tak tengok filem Tanda Putera kot)

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.