Ahad, 16 Oktober 2016

SITUASI YANG MESTI MANUSIA HADAPI BERKAITAN DENGAN INSURANS

 01e8


Tidak dapat dinafikan bahawa insurans pada masa kini adalah suatu perkara yang sangat penting dalam hidup seorang manusia. Walaupun ada sesetengah orang agak skeptikal dengan insurans, tetapi dia tidak boleh menafikan kepentingan insurans itu dalam kehidupannya. Meskipun insurans itu agak menjengkelkan bagi sebilangan orang, tetapi ia adalah suatu perkara yang sangat penting pada masa sekarang. Suka ataupun tidak, kita mesti mengakui bahawa insurans adalah suatu yang sangat penting dalam hidup semua orang. 

Insurans ada pelbagai jenis sebenarnya. Ada insurans nyawa, insurans kereta, insurans pendidikan, insurans kesihatan, dan sebagainya. Semua insurans ini membawa kebaikan kepada kita semua. Ini kerana, apabila kita berada dalam keadaan terdesak, kita amat memerlukan wang untuk membantu kita. Dengan adanya insurans yang kita beli, kita tidak akan pening untuk mencari duit ke sana ke mari. Duit insurans itu boleh membantu kita sebagai pengganti.

Walau bagaimanapun, saya tidak berasa hairan jika ada dalam kalangan kita yang tidak suka akan insurans. Ini berlaku kerana ada bermacam kerenah yang kita hadapi apabila kita mahu mengeluarkan duit insurans tatkala kita berada dalam keadaan kesusahan. Semasa kita mahu membeli, pelbagai janji janji manis ditaburi. Apabila tiba masa wang insurans itu diberi, bermacam kerenah yang perlu kita hadapi. Itulah dunia insurans yang mesti kita harungi. 

Walau apa pun yang kita kata kepada insurans, ia tetap penting kepada kita. Insurans itu tidak salah, yang salah adalah agen insurans yang banyak kerenah. Sudah sampai masanya sistem insurans itu mesti diubah supaya perjalanan urusan insurans itu menjadi mudah.

Dalam hal ehwal insurans ini, kita tidak dapat lari daripada berhadapan dengan situasi ini. Inilah Situasi Yang Mesti Manusia Hadapi Berkaitan Dengan Insurans Semua situasi ini  akan kita semua hadapi apabila berhadapan dengan insurans.  Terpulanglah kepada kita bagaimana untuk kita berhadapan dengan situasi ini. Ya, tidak dapat saya nafikan bahawa ia menjengkelkan sekali. Dan semoga kita harunginya dengan penuh rasa tabah dalam hati.





 












 

 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.