Liberalisme adalah suatu penyakit
pada masa kini yang melanda umat Islam di Malaysia. Fahaman yang dibawa oleh
beberapa orang rakyat Malaysia itu sangat menggusarkan orang agama terutama
para ulamak dan para agamawan terkemuka. Mereka takut jika orang Melayu di
Malaysia boleh jadi seperti orang Indonesia yang begitu ghairah menerima
fahaman liberalisme dalam kehidupan mereka.
Kegusaran ulamak itu ada asasnya.
Liberalime itu adalah suatu penyakit pemikiran yang sangat bahaya dan sudah ramai
orang Melayu sudah begitu taksub dengannya. Jika liberalisme ini tidak
ditangani dengan sempurna, nescaya ia akan serang orang Melayu semua.
Tidak dinafikan bahawa ada orang
Melayu dan ada badan badan tertentu dalam negara ini yang menyebarkan fahaman
itu. Dan sebilangan orang Melayu yang tidak cukup ilmu terpesona dengan fahaman
itu lalu mereka pun bersetuju. Dan mereka secara beramai ramai ‘mengimani’
fahaman songsang yang dianggap baik itu.
Walau bagaimanapun, tidak semua orang
Melayu suka dengan fahaman itu. Ini kerana, fahaman itu mentafsirkan agama
mengikut logik akal semata mata. Ia tidak ikut apa yang Al Quran dan Hadis
minta, tetapi mereka ikut apa yang akal mereka kata. Islam yang dalam
liberalisme itu ikut acuan Islam yang manusia suka bukannya apa yang Allah
suka. Dan sebab itulah liberalisme tidak mahu diikuti oleh orang Melayu kerana
ia bertentangan dengan agama mereka.
Liberalisme juga memang selalu
menggunakan bahasa yang indah dan berbaur Islamis untuk menarik golongan muda.
Mana mana golongan muda yang tidak tinggi ilmu agama dan mahu ikut agama secara
mudah tanpa selari dengan Al Quran dan Hadis memang suka dengannya. Maka,
ramailah penganut liberalisme dalam kalangan anak muda.
Orang Melayu memang tidak boleh
terima fahaman itu kerana ia menghakis hak mereka. Segala apa yang terkandung
dalam Perlembagaan negara seperti hak istimewa orang Melayu, Raja Raja Melayu,
Agama Islam, dan bahasa Melayu boleh terhapus jika mereka menganut fahaman
liberalisme yang songsang itu. Liberalisme yang songsang itu mengutamakan
keadilan untuk semua tidak kira agama ataupun bangsa. Dan keadilan bagi mereka
adalah sama rata dan sama rasa tetapi keadilan yang sebenarnya adalah
meletakkan hak pada tempatnya.
Oleh sebab itu, tidak ramai orang
Melayu tidak tertarik dengan fahaman itu. Hanya orang Melayu yang kurang ilmu
sahaja yang suka dan mahu. Orang Melayu yang suka itu kerana mereka mahu
mengamalkan agama mengikut nafsu di samping mahu dapat kuasa politik yang merosakkan
itu. Lalu mereka menggunakan liberalisme yang songsang itu bagi mencapai apa
yang mereka mahu tanpa segan silu.
Seandainya ‘pendakwah pendakwah’
liberalisme boleh menjamin kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan, nescaya mudahlah liberalisme itu diserap. Maka, ramailah orang
Melayu yang masuk perangkap. Mereka sudah tidak mengamalkan Islam seperti yang
Rasulullah bawa dahulu lagi, sebaliknya mengamalkan Islam mengikut nafsu dan
hati. Orang yang terlalu mengikut hati, boleh membawa kepada mati.
Bagus juga liberalisme itu tidak
mempertahankan kedudukan orang Melayu. Jika tidak, ramailah lagi orang Melayu
yang tertipu. Jika mereka pertahankan pun, itu hanyalah dusta semata mata.
Mereka pertahankan hanyalah sementara dan disebabkan untuk mendapatkan kuasa
politik sahaja. Selepas mereka dapat kuasa, mereka buang orang Melayu tanpa ada
rasa berdosa.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.