Khamis, 13 Oktober 2016

6 SEBAB ORANG SUKA MENONTON FILEM THE GIRL ON THE TRAIN

 The Girl on the Train Poster


Filem yang sedang hangat di pawagam saat ini - The Girl On The Train - telah menemui penonton sejak 7 Oktober 2016 yang lalu. Filem yang diadaptasi daripada sebuah novel hasil karya Paula Hawkins ini begitu banyak menerima maklum balas daripada penonton. Ia ada sebuah filem thriller dan sudah pasti ada unsur unsur saspen di dalamnya.  Filem ini dilakonkan oleh Haley Bannet, Rebecca Ferguson, Emily Blunt, dan ramai lagi.  

Sinopsis

Film ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Rachel Watson yang telah bercerai dengan suaminya. Setiap hari, Rachel akan ke tempat kerjanya di kota New York dengan menggunakan kereta. Dalam perjalanan untuk menuju ke tempat kerja, dia selalu melalui jalan ke rumah lamanya.

Rumah itu adalah suatu yang sangat memberi nostalgia dalam hidup Rachel kerana dia pernah tinggal di situ bersama bekas suaminya. Kini, rumah tersebut didiami oleh bekas suaminya dengan isteri baru suaminya dan anak anak mereka. 
Selain daripada mengamati rumah lamanya, dia juga suka mengamati sebuah rumah yang dihuni oleh pasangan Megan dan Scott Hilwell. Rachel suka melihat kehidupan Megan dan Scott yang harmoni dan bahagia. Dia berimpian untuk menjadi seperti mereka berdua. 
Suatu hari, ketika dia lalu di hadapan rumah Megan dan Scott, dia melihat pasangan itu sedang bertengkar dengan sangat dahsyat. Keesokan harinya, ketika dia bangun daripada tidur, dia melihat begitu banyak luka pada tubuh badannya. Dia langsung tidak ingat apa yang terjadi kepadanya semalam. Perkara yang dia ingat adalah ada sesuatu kejadian buruk yang telah menimpa dirinya. 
Kemudian dia mendapat berita bahawa Megan telah menghilangkan diri. Rachel telah disiasat oleh pihak polis di atas kes tersebut. Dia cuba menyiasat apa yang telah terjadi kepada Megan, di mana dia berada pada malam itu dan kejadian apa yang menimpa dirinya pada malam Megan menghilang. 
Sebab Sebab Filem Ini Disukai Ramai Orang
Oleh kerana filem ini mendapat maklum balas yang positif daripada penonton, maka saya ingin kongsikan kepada anda semua ---> 6 Sebab Orang Suka Menonton Filem The Girl On The Train <--- Saya kongsikan kepada anda sebab sebab ini adalah kerana saya mahu anda mendapat gambaran yang baik mengenai filem ini sebelum anda pergi menonton di pawagam. Jangan lepaskan peluang untuk pergi menonton filem yang menarik ini di pawagam berdekatan anda. Selamat menonton...

1 ulasan:

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.