Jumaat, 21 Oktober 2016

SENARAI PICK UP LINES PALING RAMAI ORANG GUNA

 ad19


Pick up lines adalah sebuah budaya (layakkan dipanggil budaya?) yang sudah sebati dengan generasi masa kini. Entah di mana datangnya gaya atau trend ini tidaklah diketahui. Tetapi rata rata anak muda memang suka menggunakannya. 

Pick up lines dipercayai diberikan kepada orang yang diminati (crush). Orang yang diminati itu boleh terdiri daripada lelaki ataupun perempuan. Boleh dikatakan, pick up lines itu digunakan untuk mengorat mana mana orang yang seseorang itu suka atau berkenan.  

Semua orang tertanya tanya, siapakan pencipta atau pencetus kepada budaya pick up lines ini. Sesungguhnya, orang yang mencipta itu sangat bijak sekali. Apa yang telah dia cipta itu, telah digunakan sehingga ke hari ini.  

Pick up lines secara umumnya telah memberi nilai tambah dalam cabang cabang bahasa. Walaupun secara kasarnya ia tidak menguntungkan bahasa - terutama bahasa Melayu - tetapi ia adalah suatu perkembangan yang unik dalam kehidupan berbahasa masyarakat Malaysia. Tidak diketahui sampai bila pick up lines ini akan ada. 

Sebagai seorang blogger, inginlah saya berkongsi kepada anda semua, senarai pick up lines yang paling ramai orang guna. Pick up lines yang saya senaraikan ini telah diketahui dan biasa digunakan oleh kita semua. Jom terjah ---> Senarai Pick Up Lines Paling Ramai Orang Guna <--- untuk mengetahuinya. Mungkin anda boleh gunakan semua pick up lines ini untuk mengorat lelaki ataupun perempuan yang anda suka. Selamat mencuba...

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.