Jumaat, 7 Oktober 2016

20 BARANG YANG KANAK KANAK DULU SUKA SANGAT KUMPUL

 B4da

Jika anda lahir dalam tahun 60an, 70an, 80an, dan 90an, anda pasti mempunyai barang barang tertentu yang anda suka kumpul untuk dijadikan koleksi. Barang barang yang anda kumpul itu terdiri daripada pelbagai jenis antaranya duit syiling, setem, penutup botol, guli, pelekat, dan sebagainya. Tujuan anda mengumpul semua barang barang itu sama ada untuk bermain ataupun sekadar hobi semata mata. 

Saya yakin anda pasti berbangga dengan koleksi barang barang yang anda pernah kumpul itu. Anda pasti suka melihatnya berkali kali dan sentiasa menambah koleksi barang barang tersebut untuk ditunjukkan kepada rakan rakan. Seandainya anda mempunyai koleksi yang cantik atau sukar dijumpai, anda pasti akan dipuji rakan kerana berjaya menemuinya. Ia adalah sesuatu yang sangat menggamit memori kepada kita semua yang lahir pada zaman dahulu.

Saya sendiri mempunyai koleksi barang yang saya suka kumpul untuk dibuat koleksi. Barang yang saya suka kumpul adalah pelekat Digimon. Pelekat Digimon itu saya kumpul kerana mengikut rakan rakan yang turut mengumpul pelekat yang sama. Setiap hari saya membeli pelekat itu untuk ditampal ke dalam sebuah buku. Tetapi sayang seribu kali sayang, buku yang menyimpan semua pelekat Digimon itu telah hilang entah ke mana.  

Walau bagaimanapun, barang barang yang sering dikumpul oleh kanak kanak dahulu sudah tidak lagi dikumpul oleh kanak kanak sekarang. Kanak kanak zaman sekarang lebih gemar bermain telefon pintar atau permainan video untuk mengisi masa lapang. Barangkali barang barang yang disenaraikan ini tidak diketahui pun oleh kanak kanak pada zaman sekarang. 

Bagi menggamit memori anda yang membaca entri saya pada hari ini, ingin saya senaraikan barang barang yang sering dikumpul oleh kanak kanak zaman dahulu seperti saya dan anda. Semoga senarai ini boleh menggamit semula kenangan anda semasa anda kecil dahulu. Mari lihat ke laman web ini ---> 20 Barang Yang Kanak Kanak Dahulu Suka Sangat Kumpul <--- untuk melihat barang barang yang kanak kanak zaman dahulu suka kumpul. Saya sangat yakin dan percaya, anda pasti akan bernostalgia apabila melihat barang barang yang disenaraikan itu. Siapa tahu barang barang yang disenaraikan itu adalah barang barang yang anda pernah kumpul suatu waktu dahulu. Selamat membaca... 

1 ulasan:

  1. Biji asam untuk buat kira kira (maths) , biji getah untuk main congkak - koleksi budak dulu2
    Budak2 sekarang ada barbies dan lego .

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.