Rabu, 12 Oktober 2016

MENUANG SIMPATI KEPADA PELAKON AIDIL AZIZ



 Mengedar Dadah Pelakon Aidil Aziz Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Sungguh kasihan apabila mendapat berita bahawa pelakon Aidil Aziz bakal dikenakan hukuman gantung sampai mati akibat terjebak dalam kes dadah. Ini adalah suatu kes yang sangat mengejutkan dan begitu asing dalam dunia hiburan kita. Biasanya, ramai artis terlibat dalam kes penagihan dadah, tetapi Aidil Aziz ini terlibat dalam kes mengedar dadah. Kes yang Aidil hadapi ini sama dengan kes yang dihadapi oleh anak pelakon Allahyarhamah Azean Irdawaty iaitu pelakon Benji beberapa tahun sudah.

Hukuman yang bakal diterima oleh Aidil ini pun agak berat juga. Jarang sekali atau mungkin tidak pernah langsung kita mendengar artis digantung sampai mati. Kita biasa dengar artis dihukum penjara atau dimasukkan ke pusat sehenti tetapi artis yang digantung sampai mati kita belum pernah dengar lagi. Sebab itu kes yang dihadapi oleh Aidil ini begitu mengejutkan sekali.

Saya tidak pasti kes yang dihadapi oleh Aidil ini boleh dibicarakan lagi di mahkamah ataupun tidak. Tetapi sebagai seorang penulis blog dan peminat hiburan, diharapkan kes Aidil ini boleh dibicarakan lagi. Moga moga mahkamah boleh meringankan sedikit hukuman yang diterima oleh Aidil itu. Jika boleh, cukuplah Aidil dimasukkan ke dalam penjara untuk seumur hidup sahaja. Hukuman gantung sampai mati terlalu berat bagi saya.

Saya tidak bermaksud untuk membela seorang penjenayah atau menganggap perbuatan Aidil itu tidak salah, jauh sekali untuk mempertikai keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah. Tetapi melihat kepada diri Aidil itu, sukar untuk saya anggap dia sebagai seorang penjenayah. Saya tidak pasti sebab sebab Aidil terlibat dengan kes dadah tetapi pasti ada sebab yang munasabah.

Aidil memanglah bukan pelakon yang sama tarafnya dengan Fattah Amin ataupun Zul Ariffin tetapi lakonan Aidil boleh tahan hebat juga. Banyak kali juga wajahnya menghiasi drama drama di televisyen kita. Wajah kacaknya itu boleh menarik ramai orang terutama perempuan untuk menonton banyak drama yang dilakonkan olehnya. Pendek kata, Aidil ini adalah seorang pelakon yang komersial dan bukannya pelakon bertaraf suam suam kuku sahaja.

Ramai orang kenal dengannya dan suka menonton drama atau filem yang dilakonkannya. Oleh kerana banyak drama yang dia terlibat, maka untuk kata dia tidak berduit itu adalah suatu tuduhan yang sangat dahsyat. Tetapi orang masih tertanya tanya mengapa dia boleh terlibat dalam jenayah yang sungguh berat.   

Tiada apa yang boleh dibuat jika hukuman gantung itu sudah menjadi keputusan mahkamah. Diharapkan kes Aidil ini boleh menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak terlibat dengan sebarang najis dadah. Jika Aidil menjalani hukumannya, dunia hiburan akan kehilangan pelakon yang baik bakatnya. Semoga ada sinar harapan dan kebaikkan buat diri Aidil hendaknya.

6 ulasan:

  1. Tak tahu nama dia tapi bila tengok gambar dia, baru perasan. *bukan peminat drama Melayu*

    tapi bila tengok gambar tu rasa macam tak sangka pulak

    BalasPadam
  2. Xpernah tenguk lakonannya.
    Harap2 dia X bersalah.

    BalasPadam
  3. semoga urusan aidil aziz di permudahkan... amin...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.