Mirza begitu seronok pada pagi itu. Dia akan pergi ke rumah sepupunya yang terletak di Bukit Besi sempena sambutan hari lahir sepupunya, Shamir. Sudah lama dia tidak bertemu dengan sepupunya itu. Maklum sahajalah, mereka tinggal berjauhan. Mereka hanya boleh bertemu jika ada sesuatu majlis atau perayaan sahaja seperti Hari Raya Aidilfitri. Jika tidak, mereka pasti tidak boleh bertemu. Dia bukan sahaja boleh bertemu dengan Shamir, malah sepupu sepupunya yang lain juga seperti Fitri, Arman dan beberapa orang lagi.
Sampai sahaja di rumah Shamir, Mirza bersalam dengan ibu saudara, bapa saudara, datuk dan neneknya yang turut hadir sama. Kemudian dia mengajak Shamir bermain di luar rumah.
"Shamir, mari kita bermain basikal. Cantik betul basikal kau itu." Mirza memuji basikal yang dimiliki oleh Shamir. Dia tidak mempunyai basikal. Bapanya tidak membenarkan dia bermain basikal.
"Main baik baik. Jangan pergi jauh jauh. Main dalam kawasan halaman rumah sahaja." Mak long Dahlia memberi peringatan kepada Shamir, anaknya dan Mirza.
"Baik mak." Jawab Shamir. Memandangkan Shamir mempunyai dua basikal, dia memberi Mirza meminjam salah sebuah basikalnya. Mirza begitu seronok bermain basikal di hadapan rumah Shamir. Kawasan rumah Shamir agak besar. Mereka bebas bermain bersama sama.
"Mirza, jangan bermain basikal itu. Basikal itu tinggi untuk kamu. Nanti kamu jatuh." Ibu Mirza, Puan Rohani memberi amaran kepada Mirza.
"Mak jangan risaulah. Saya pandai kawal basikal ini." Ujar Mirza. Basikal itu agak tinggi sebenarnya buat Mirza. Namun kedegilannya dia tetap bermain juga.
"Jangan main basikal itu Mirza. Nanti kamu jatuh. Mari tolong mak apa yang patut. Tak lama lagi majlis hendak bermula." Puan Rohani memberi nasihat kepada Mirza.
"Sebentar sahaja mak. Sebentar lagi saya berhenti." Mirza masih berdegil. Dia tidak mahu mendengar kata kata ibunya. Puan Rohani hanya memandang sahaja. Mirza memang degil. Dia memang tidak suka mendengar nasihat.
Mirza tetap bermain bersama Shamir. Jika hendak dibandingkan, Shamir lebih pandai mengawal basikalnya berbanding dengan Mirza. Mungkin kerana Shamir biasa bermain basikal berbanding Mirza. Tiba tiba mereka terdengar suara ibu Shamir memanggil dirinya.
"Mak aku panggil. Aku nak masuk sebentar. Kau mainlah dahulu. Tetapi jangan keluar dari kawasan rumah ini." Shamir memberi peringatan kepada Mirza sebelum masuk ke dalam rumah.
"Baiklah." Mirza menjawab. Dia hanya memandang sahaja langkah Shamir memasuki rumahnya. Kawasan rumah Shamir itu agak berbukit. Tiba tiba muncul satu idea di fikiran Mirza. Dia berdiri di atas bukit itu. Dia mahu terbang seperti mana yang biasa ditontonnya di televisyen. Dia suka melihat sukan permotoran yang boleh terbang dari bukit ke bukit. Dia mahu mencubanya.
Dia lantas turun dari bukit itu. Malang tidak berbau apabila dia gagal mengawal basikalnya. Kemudian dia terjatuh di bawah bukit itu. Shamir yang baru keluar dari rumah mula mencari Mirza.
"Mirza! Mirza!" Shamir memanggil namun tiada jawapan. Shamir terdengar seperti ada bunyi orang jatuh di bawah bukit rumahnya. Dia mula rasa tidak sedap hati. Dia lantas menuju ke bukit tersebut. Dia mendapati Mirza sudah tertiarap di atas tanah itu bersama basikalnya. Tahulah dia bahawa Mirza sudah jatuh. Dia lantas berlari ke dalam rumah untuk memberitahu ibunya. Beberapa orang bapa saudaranya membantu Mirza yang berada di bawah bukit itu.
Mirza sudah pengsan. Dia dibawa ke klinik apabila dia telah sedar. Kedua dua belah tangannya telah patah. "Saya betul betul menyesal mak. Kalau saya ikut nasihat mak sudah tentu tidak jadi begini." Ujar Mirza dalam nada kesal.
"Sebab itu mak kata jangan main basikal itu tapi kamu degil. Lain kali dengarlah nasihat orang yang lebih tua." Puan Rohani memberi ingatan. Sejak itu, Mirza sudah tidak degil lagi. Dia selalu mendengar nasihat ibunya.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.