Selasa, 17 Disember 2013

SAJAK : POLITIK BAHAYA

Politik,

Sungguh dahsyat penangan kuasa mu,

Sungguh hebat peranan mu,

Dalam melaga lagakan pemimpin,

Sehingga mampu mencemar agama, bangsa dan negara.


Politik,

Dirimu dijulang megah,

Kadang kala mengatasi Tuhan,

Oleh mereka pentamak kuasa,

Yang mencintai diri mu,

Melebihi cintanya kepada Tuhan, bangsa dan negara,


Politik,

Dirimu lebih berharga,

Dari nyawa seorang manusia,

Dirimu lebih berharga,

Dari maruah sebuah bangsa,

Dirimu lebih berharga,

Dari kedaulatan sebuah negara.


Politik,

Kau bisa mencemar agama,

Kau bisa memusnahkan bangsa,

Kau bisa menjahanamkan negara,

Oleh para pencinta mu,

Dari manusia yang terlalu rakus.


Hentikan wahai politk,

Hentikan sandiwara ini,

Cukup cukuplah nyawa manusia terkorban kerana dirimu,

Cukup cukuplah bangsa musnah gara gara mu,

Cukup cukuplah negara hancur akibat perbuatan mu.


Sudah tiba masanya kini,

Politik Islam perlu dicari,

Bagi mengimbangi dunia ini,

Yang kian hancur dimamah politikus,

Yang tidak kenal yang mana kanan dan yang mana kiri.


Politik Islam perlu diseru,

Agar agama menjadi penentu,

Supaya bangsa manusia bersatu,

Supaya negara tidak berseteru,

Agar hidup kita tidak buntu.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.