Isnin, 23 Disember 2013

CERPEN : DI DAPUR SEBUAH RESTORAN

Zain begitu teruja kerana telah mendapat kerja sebagai seorang tukang masak di Restoran Mawar. Itu adalah cita citanya. Menjadi seorang tukang masak adalah cita citanya sejak kecil. Dia begitu mengagumi beberapa orang chef selebriti seperti Chef Wan. Anthony Bordain, Jamie Oliver dan sebagainya. Dia berhasrat untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti. 

Semalam dia pergi menghadiri temuduga di Restoran Mawar. Apa yang paling mengejutkan hanya dia sahaja yang hadir dalam temu duga itu. Dia ditemuduga oleh tiga orang tukang masak. Seorang bernama Chef Karman, seorang yang tegas dan garang. Sentiasa serius dan jarang senyum. Dia amat ditakuti oleh kebanyakkan pekerja pekerja di restoran itu. Seorang lagi adalah Chef Razak, seorang yang baik namun agak tegas. Dia agak disenangi oleh para pekerja di restoran itu dan yang terakhir adalah Chef Badar. Sikapnya hampir sama dengan Chef Razak cuma dia agak suka berleter. Tidak seperti Chef Razak dan Chef Karman yang pendiam dan bercakap apabila perlu sahaja.


Keesokannya, seawal pukul 7.30 pagi, Zain sudah terpacak tegak di hadapan Restoran Mawar itu. Sebenarnya restoran itu beroperasi pada pukul lapan malam namun dia dibuka pada awal pagi untuk membuat persediaan. Maklum sahajalah, restoran untuk golongan golongan kaya dan elit. Sudah pasti restoran itu membuat persediaan yang rapi untuk menjaga kualiti makanan dan perkhidmatan mereka.

"Assalamualaikum." Zain terdengar orang memberi salam di belakangnya.

Apabila dia menoleh, dia melihat seorang lelaki yang lengkap berpakaian seperti seorang tukang masak sedang berdiri di hadapannya. Seorang yang agak kacak dan tegap. Kulitnya agak cerah dan berkumis nipis.

"Waalaikumussalam." Jawab Zain.

"Adik cari siapa kat sini?" Soal lelaki ini.

"Semalam Chef Karman suruh saya datang sebab hari ini hari pertama saya bekerja." Jawab Zain.

"Oh, begitu. Kalau macam tu kita ni rakan sekerjalah. Nama abang Fazli. Panggil abang Chef Fazli." Ujar lelaki itu sambil memperkenalkan diri.

"Saya Zain. Panggil Zain saja." Kata Zain pula. Mereka bersalaman.

"Bukan Zain la tapi Chef Zain." Kata Fazli. Zain tersenyum mendengar kata kata Chef Fazli itu. Terselit perasaan bangga dalam dirinya.

"Masuklah. Biar saya bukakan pintu dulu." Kata Chef Fazli.

Setelah pintu dibuka, mereka masuk bersama. Fazli menunjukkan bilik loker kepada Zain. Bilik itu dikhaskan untuk tukang masak dan pekerja pekerja di restoran itu berehat dan menyimpan barang.

"Elok sangatlah adik kerja kat sini. Ringan sikit kerja kami kat sini." Ujar Fazli.

"Kenapa pula bang?" Soal Zain ingin tahu.

"Maklum sajalah. Dah banyak orang berhenti sekarang ni. Jadi kami yang tinggal ni terpaksa buat banyak kerja. Nak kerja lebih masa Chef Karman tak bagi." Jawab Fazli ketika mereka beriringan menuju ke dapur.

"Kenapa pula ramai orang berhenti?" Zain bertanya lagi.

"Untuk pengetahuan adik, bukan semua orang sanggup kerja kat sini. Chef Karman tu nampak saja baik tapi sebenarnya dia seorang yang tegas, cerewet dan garang. Semua orang kena marah kecuali orang yang mengampu dia saja. Lagipun dia tu kedekut. Bila kita buat kerja lebih masa, dia tak nak bayar gaji. Dia juga suka kerah tenaga orang lepas tu bila minta gaji lebih sikit dah mengamuk tak tentu fasal. Sebab tu ramai orang berhenti sebab tak tahan. Hanya orang yang tahan saja yang sanggup kerja kat sini." Jawab Fazli. Zain agak terkejut dengan kata kata Fazli itu.

Tidak lama kemudian, semua kakitangan Restoran Mawar mula masuk kerja. Zain dapat berkenalan dengan mereka semua. Semua kakitangan di restoran itu baik baik belaka. Walaupun Zain adalah pekerja baru, namun Zain tidak berasa kekok untuk bergaul dengan mereka. Tiba tiba Chef Karman, Chef Wan dan Chef Badar masuk ke dapur. Suasana dapur yang agak hingar bingar tadi mula senyap sunyi.

"Kamu semua ni ada buat pesta ke? Bukan main meriah lagi saya tengok." Soal Chef Karman dengan wajah yang serius. Suasana yang bising tadi bertukar menjadi senyap sunyi. Semua pekerja yang berada di dapur itu mula menikus ketakutan.

"Kamu datang ke Restoran Mawar ni untuk bekerja! Bukan untuk bergelak ketawa macam pesta! Kalau nak gelak gelak pergi berambus kat tempat lain." Ujar Chef Karman. Sungguh pedas dan kasar bahasanya.

"Kamu semua kena tingkatkan prestasi kerja supaya restoran ini boleh jadi terkenal. Itu pesanan Datuk Adnan kepada saya semalam. Untuk pengetahuan kamu, restoran kita ini banyak dah menang anugerah. Restoran kita ni berprestij. Jangan kamu jatuhkan martabat restoran ini serendah harga diri kamu. Faham?" Ujar Chef Karman.

Zain agak terkejut dengan tingkah laku Chef Karman. Dia tahu Chef Karman seorang yang serius tetapi dia tidak menyangka yang dia akan bekerja dengan manusia seperti Chef Karman ini. Chef Karman lebih layak menjadi seorang tentera daripada seorang tukang masak.

"Apa yang kamu tunggu lagi? Cepat buat kerja!" Chef Karman menjerit.

Serentak dengan itu semua kakitangan di dapur restoran itu mula beredar untuk membuat tugasan masing masing. Chef Wan dan Chef Badar hanya memerhatikan sahaja. Mereka tidak berkata apa apa. Zain yang tidak tahu apakah yang harus dilakukan lantas memberanikan diri untuk berjumpa dengan Chef Karman yang sedang berdiri di pintu dapur itu.

"Chef." Zain memanggil dengan lembut dan sopan.

"Apa yang kau nak?" Soal Chef Karman kasar.

"Saya orang baru Chef. Apa yang saya kena masak hari ini?' Soal Zain takut takut. Dia gerun melihat wajah Chef Karman yang seperti mahu menelan orang itu.

"Mana ada kau masak. Kerja kau cuci pinggan. Dah mahir nanti baru kau masak." Jawab Chef Karman.

Zain agak terkejut dengan kata kata yang baru sahaja keluar dari mulut Chef Karman itu. "Razak, kau tunjuk kat budak ni kerja apa yang dia kena buat." Ujar Chef Karman lalu beredar dari situ..

"Baik Chef." Jawab Chef Razak.

"Mari ikut saya." Kata Chef Razak kepada Zain. Zain membuntuti Chef Wan menuju ke bahagian belakang restoran itu. Ada banyak besen besen besar yang terdapat di situ. Terdapat juga sebuah pili air yang agak besar. Kelihatan seorang lelaki berada di situ dan sedang menyusun pinggan mangkuk di tempat disediakan.

"Orang yang baru masuk kerja biasanya tak memasak. Tugas pertama yang dia buat adalah basuh pinggan. Sekarang kamu kena tolong Yasin untuk basuh pinggan dan susun kat rak rak tu." Ujar Chef Razak. Chef Razak tidak garang cuma dia jarang senyum.

"Habis, bila saya boleh masak Chef?" Soal Zain.

"Ikut kepada Chef Karman dan kekosongan. Kalau ada kekosongan dan kalau Chef Karman benarkan baru kamu boleh masak." Jawab Chef Razak.

"Agak agak bila tu Chef?' Soal Zain lagi. Dia tidak akan berpuas hati selagi dia tidak diberi tugas memasak.

"Bergantung kepada keadaan. Saya tak ada jawapan tepat untuk itu." Chef Razak menjawab.

"Yasin, ini kawan baru awak. Nama dia Zain. Saya harap kamu dapat bantu membantu dan berbaik baik." Chef Razak memperkenalkan Yasin kepada Zain. Mereka bersalaman kemudian Chef Razak pun beredar.

"Apa yang saya kena buat bang?" Soal Zain. Dia memanggil Yasin dengan panggilan 'bang' itu kerana Yasin tua tiga tahun daripadanya.

"Kau tolong aku susun pinggan ni dulu." Kata Yasin. Yasin seorang yang baik dan peramah. Zain senang berkawan dengan dia.

"Berapa lama abang dah kerja kat sini?" Soal Zain.

"Sudah tiga tahun." Jawab Yasin. Rahim agak terkejut apabila mendengar jawapan yang keluar dari mulut Yasin.

"Abang tak pernah masak lagi selama ni?" Zain bertanya.

"Tak pernah. Lagipun abang tak ada diploma atau ijazah dalam bidang masakan. Jadi suka atau tak abang kena kerjalah kat sini." Ujar Yasin.

"Habis abang tak nak cari kerja lain?" Zain bertanya buat sekelian kalinya.

"Buat masa ni tak kot sebab kerja kat sini gajinya tinggi. Abang boleh dapat RM1500 sebulan dengan basuh pinggan kat sini. Sebab tu abang suka kerja kat sini. Dapatlah abang menyara anak dan isteri abang." Jawab Yasin jujur.

"Cukup ke gaji bang?" Soal Zain.

"Kalau ikutkan memang tak cukup. Maklumlah, hidup kat Kuala Lumpur ni semuanya kena pakai duit dan mahal mahal berlaka. Tapi isteri abang kerja. Dapatlah tampung hidup kami sekeluarga. Kita kena ingat ni, rezeki yang halal walaupun sedikit pasti banyak. Tak guna ada gaji banyak kalau tak halal. Nanti pasti tak cukup." Kata Yasin yang diselangi dengan nasihat.

Zain mengangguk setuju. Benar kata abang Yasin. Itulah yang selalu dipesan oleh ibunya. Biar sedikit duit kita asalkan duit itu daripada hasil yang halal. Zain terus menjalankan tugas tugasnya. Setelah tiga minggu dia bekerja di bahagian cuci pinggan mangkuk dan periuk belanga itu, dia dibenarkan memasak. Selama ini kerjanya hanya menghadap periuk belanga sahaja. Kini, dia perlu menghadapi bahan bahan makanan pula.

"Sekarang kamu sudah masuk ke bahagian penyediaan makanan pula. Apa yang paling penting adalah kualiti dan kebersihan. Restoran Mawar ini menjadi terkenal kerana adanya dua perkara ini. Pastikan kamu menjaga kedua dua perkara ini." Ujar Chef Badar.

"Baik Chef. Sekarang saya kena masak apa? Saya dah tak sabar ni." Soal Zain. Dia benar benar teruja. Sekarang barulah dia boleh mempraktikan apa yang dia telah pelajari di kolej dahulu dalam bidang kulinari di dalam masakannya di restoran itu. Jika dahulu dia tidak dapat memperaktikkan apa yang telah dia pelajari di kolej kerana hanya membasuh pinggan sepanjang hari, namun kini cita citanya tercapai. Tinggalah Yasin seorang diri membasuh pinggan mangkuk di belakang kedai.

Membasuh pinggan dan periuk bukannya mudah. Sakit sakit pinggangnya keran terlalu lama duduk membasuh semua pinggan mangkuk itu. Bukan itu sahaja, kadang kadang dia sedih melihat makanan yang tidak habis dibuang begitu sahaja oleh pelanggan restoran itu. Itu adalah pembaziran. Orang orang di negara lain begitu dihambat dengan kelaparan akibat kekurangan makanan tetapi kita pula sewenang wenangnya membuang makanan.

"Sabar dulu. Kamu tak boleh masak sesuka hati kamu. Sekarang ni kamu kena masak stok dahulu. Masak dahulu stok ayam, stok daging dan stok stok yang lain." Jawab Chef Badar.

"Tapi kenapa pula Chef? Kenapa saya tak boleh masak macam Chef Fazli tu?" Soal Zain tidak berpuas hati.

"Kamu belum mahir lagi. Kamu kena belajar dari bawah. Lagipun stok adalah bahan penting dalam masakan. Jangan terlalu memandang rendah tentang kelebihan stok." Jawab Chef Badar.

Zain hanya mengangguk. Benar kata Chef Badar. Stok adalah perkara penting dalam penyediaan makanan terutama makanan makanan Barat. Dia mula memulakan tugasnya sebagai penyedia stok di restoran itu. Dia mula bekerja bersama dengan dua lagi rakannya iaitu Suhaila dan Rohana. Mereka berdua juga baik. Merekalah yang mengajar Zain cara membuat stok.

Satu hari, ketika Zain sedang leka memotong bahan untuk memasak stok ayam, dia terdengar suara Chef Karman menjerit. "Kalau macam ni la kerja kau lebih baik tak payah kerja. Membazir saja duit syarikat membayar gaji kau!" Nyaring sungguh suara Chef Karman bak halilintar membelah bumi.

"Saya minta maaf Chef. Lain kali saya tak buat lagi." Kata Cici yang sudah mula menangis kerana ketakutan.

"Maaf saja yang kau boleh buat? Kau tahu tak, sebab kau restoran rugi kau tahu tak? Kau memang bodoh!" Jerit Chef Karman. Serentak dengan itu, dia menghempas pinggan yang berisi makanan ke lantai. Habis berkecai pinggan itu di lantai. Semua yang berada di situ diam membisu. Mereka semua ketakutan.

"Sekarang kau berambus dari restoran ini. Mulai hari ni kau dipecat!" Kata Chef Karman dan mula beredar. Cici terus berlari keluar dari dapur dalam keadaan menangis. Beberapa orang tukang masak perempuan pergi mendapatkan Cici untuk memujuknya. "Kenapa Chef Karman marah kat Cici?" Soal Zain kepada Suhaila.

"Ada pelanggan buat laporan ada rambut dalam menu yang Cici masak. Pelanggan tu tak nak bayar dan nak saman restoran ni." Jawab Suhaila.

Zain mengangguk faham. Tahulah dia bahawa peraturan di restoran ini amat ketat. Setiap kesilapan akan mengundang padah. "Tapi Chef Karman pun tak patut buat Cici macam tu. Kalau ya pun tak payahlah sampai nak hempas pinggan ke lantai. Teruk betul Chef Karman ni. Patutlah ramai pekerja tak suka dia. Kejam mengalahkan Kim Jong Il." Suhaila merungut.

Zain hanya tersenyum mendengar rungutan daripada Suhaila. Namun, apa yang dikatakan oleh Suhaila itu ada betulnya. Chef Karman tidak sepatutnya memarahi Cici dengan cara seperti itu. Setelah keadaan kembali tenang, mereka menyambung tugas masing masing.

Setelah beberapa minggu, Chef Karman membenarkan Zain untuk memasak makanan pembuka selera pula. Zain begitu gembira. Sekali lagi dia dapat berkenalan dengan tiga orang yang bekerja di bahagian itu iaitu Emah, Siew Ling dan Rozana. Hanya Emah dan Rozana sahaja yang rapat dengan dirinya kerana Siew Ling adalah seorang yang pendiam. Dia jarang bercakap. Dia hanya melakukan tugasnya sahaja.

"Bila kau dah masuk kat bahagian ni, nama kau akan disenaraikan dalam calon calon pekerja terbaik." Ujar Emah ketika mereka sedang berehat pada waktu itu.

"Calon calon pekerja terbaik? Apa tu?" Soal Zain tidak mengerti.

"Setiap pekerja bermula dengan bahagian pembuka selera akan dinilai prestasi kerja mereka. Siapa yang bagus dalam prestasi kerja dia, dia akan menang. Biasanya, orang orang yang rapat dengan Chef Karman saja yang selalu menang." Jawab Rozana.

"Macam mana nak rapat dengan Chef Karman?" Soal Zain ingin tahu,

"Kau kenalah kipas dan ampu dia selalu. Macam yang Siew Ling buat." Emah menjawab.

"Hah? Siew Ling yang duduk satu bahagian dengan kita tu?" Mencerlang mata Zain memandang kedua dua gadis itu.

"Yalah, siapa lagi? Dia selalu masuk bilik Chef Karman. Dia bagilah hadiah ke, dia buatlah minuman ke untuk orang tua botak tu. Sebab tu dia selalu menang. Jika dia buat silap pun dia mana ada kena marah. Chef Karman cakap lembut je dengan dia. Sebab tu ramai pekerja kat sini 'berbulu' dengan dia." Kata Emah.

Barulah Zain faham apa yang telah berlaku. Rupanya politik tetap berlaku di restoran mewah seperti ini. Setahunya hanya politik di pejabat sahaja yang muncul. Di restoran pun orang boleh berpolitik juga. Tiba tiba dia teringat tentang Siew Ling yang tidak dimarahi oleh Chef Karman apabila ada pelanggan mengatakan sandwich yang dibuat oleh Siew Ling itu ada tali di dalamnya. Tali apa dia tidak tahu pula tetapi Chef Karman langsung tidak memarahi Siew Ling. Dia hanya memberi nasihat dengan lembut sekali.

Suatu malam, ketika Zain sibuk menyiapkan sandwich telur yang dipesan oleh pelanggan, tiba tiba Chef Karman masuk ke dapur. "Siapa yang buat sandwich tuna ni?" Soal Chef Karman dengan lantang sambil menunjukkan sepinggan sandwich. Suasana restoran itu menjadi sepi.

"Saya." Jawab Zain. Hatinya mula berasa berdebar debar. Malapetaka apakah yang akan menimpa dirinya kali ini.

"Mari sini kau!" Chef Karman mengarah. Perlahan lahan Zain datang menghampiri Chef Karman. Perasaan takut dan berdebar debar mula menguasai dirinya. Apabila sampai dihadapan Chef Karman, lelaki itu terus membaling sandwich tuna itu di muka Zain. Semua orang terkejut termasuk Chef Wan dan Chef Badar yang berada di situ. Zain benar benar bengang. Chef Karman sudah melampau!

"Kau belajar kulinari kat mana? Kat kolej ke kat tepi jalan? Kau tahu tak, pelanggan buat aduan kau punya sandwich ni tak sedap. Takkan buat sandwich yang senang pun tak boleh buat. Kau punya sandwich ni adalah sandwich paling teruk yang pernah aku rasa." Ujar Chef Karman.

"Kalau pandai sangat buat sendiri la." Zain membalas. Tersentak semua orang yang berada di situ termasuk Chef Karman. Belum pernah ada lagi orang yang berani melawan kata katanya.

"Apa kau cakap?" Chef Karman menjerit. Mahu gugur jantung orang apabila mendengar Chef Karman menjerit.

"Hai, pekak pula? Apa kata Chef pergi hospital. Rawat telinga Chef yang pekak tu termasuk otak Chef yang dah mereng tu." Jawab Zain.

"Kurang ajar! Keluar kau dari sini. Mulai hari ni kau dipecat!" Chef Karman menjerit kemarahan.

"Saya pun tak batak la kerja kat sini. Buat apa kerja dengan Chef yang kurang ajar, diktator dan pilih kasih macam ni. Buang masa saja. Lama lama restoran ni pasti muflis bila ada Chef yang bengong macam ni jadi ketua." Ujar Zain selamba. Dia sudah tidak takut lagi. Dia sudah nekad. Dia pasti melawan kali ini.

"Hoi, budak hingusan! Aku dah jadi Chef dua puluh tahun tau. Bila masa yang aku pilih kasih? Cakap? Bila?" Chef Karman jika sudah marah memang akan menjerit.

"Tak guna jadi Chef dua puluh tahun kalau perangai macam Yahudi! Kerah orang sesuka hati mak kau. Lepas tu bila buat salah sikit kau marah. Kau tak ingat apa yang kau buat kat Cici? Sebab rambut kau dah pecat dia. Kenapa kau tak pecat Siew Ling masa ada pelanggan buat aduan ada tali dalam sandwich yang dia buat? Sebab dia kipas kau kan? Sebab tu kau tak marah dia." Ujar Zain.

Puas betul hatinya dapat menghamburkan segala kemarahan dalam hatinya. Kata kata Zain itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada pekerja pekerja di dapur itu. Zain adalah wira. Zain adalah pembela mereka. Mereka bersorak untuk memberi sokongan kepada Zain.

"Diam!" Chef Karman menjerit lagi. Dia tergamam apabila mendengar kata kata Zain. Keadaan menjadi sunyi semula.

"Sekarang aku nak kau berambus! Keluar!" Kata Chef Karman.

"Dengan senang hati." Jawab Zain. Semua orang tertawa mendengar kata kata Zain. Zain keluar dari restoran itu dengan perasaan gembira. Walaupun dia dipecat namun dia berani untuk mendedahkan kebenaran. Selama ini, semua orang takut kepada Chef Karman tetapi tidak dia. Dia tidak kisah dibuang kerja asalkan hatinya puas.


ZAIN sedang berehat rehat di rumah. Sudah puas dia mencari kerja sepanjang hari namun tidak jumpa. Semua restoran yang dikunjunginya tidak ada kerja kosong. Tiba tiba telefon bimbitnya berdering. Dia lantas menekan butang JAWAB. "Hello!" Ucap Zain. Dia tidak kenal dengan nombor telefon itu. "Assalamualaikum." Ucap suara si pemanggil. "Waalaikumussalam." Jawab Zain. Dia cuba mengingati suara itu namun dia tidak mampu. 

"Saya Datuk Adnan. Ini Zain kan?" Datuk Adnan meminta kepastian.

"Ya. Ada apa Datuk?" Soal Zain pula. Pada awalnya dia tidak ingat siapa Datuk Adnan, kemudian dia teringat semula. Dia pernah berjumpa dengan Datuk Adnan di Restoran Mawar beberapa minggu dahulu. Datuk Adnan adalah pemilik Restoran Mawar. 

"Saya nak ambil awak bekerja semula di Restoran Mawar. Ramai pekerja di sana mengagumi keberanian awak dalam menentang Chef Karman." Ujar Datuk Adnan.

"Minta maaflah Datuk. Saya dah tak nak bekerja dengan Chef yang kejam macam Kim Jong Il itu." Kata Zain menolak dengan baik.

"Itu awak jangan risau. Saya dah pecat dia minggu lepas." Ujar Datuk Adnan. 

"Datuk pecat dia? Kenapa?" Soal Zain yang agak terkejut dengan kenyataan Datuk Adnan itu.

"Saya hairan sebab ramai sangat orang kena pecat kat dalam restoran tu. Jadi saya buat siasatan. Rupa rupanya Chef Karman itu memang seorang pengurus yang teruk. Seorang pelanggan saya beritahu dia banyak menengking para pekerja di restoran tu. Restoran tu pun banyak tanggung kerugian sebab dia. Dia dah curi beberapa ribu duit keuntungan restoran tu." Jawab Datuk Adnan.

Barulah Zain faham setelah menerima penjelasan dari Datuk Adnan. Dia yakin yang batil pasti akan tewas jika melawan yang hak. "Jadi? Awak nak tak kerja kat situ semula? Saya bercadang nak naikkan gaji pekerja pekerja bulan depan." Soal Datuk Adnan.

Apabila mendengar berita itu Zain bersorak riang. "Saya pasti akan kerja di situ semula." Jawab Zain.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.