Selasa, 17 Disember 2013

SAJAK : PENTADBIR KUMPULAN SUNYI

Setelah ditinggalkan,

Kini aku adalah pentadbir,

Sebuah kumpulan sunyi,

Yang keseorangan,

Tanpa teman,

Tanpa ahli kumpulan.

Aku adalah pentadbir,

Yang ditinggalkan,

Akibat kepenuhan kumpulan,

Yang disertai teman teman,

Yang meninggalkan diriku,


Bertapa sedih hati ku,

Ditinggalkan berseorangan,

Mentadbir sebuah kumpulan,

Tanpa ahli dan teman.


Dahulu aku boleh berhubung dengan mereka,

Melalui kumpulan ini,

Kini aku berseorangan,

Sampai bila?

Aku tidak tahu,

Mungkin bila tertubuh kumpulan baru,

Aku akan dijemput menyertainya.


Bila?

Aku tidak tahu,

Hanya masa yang menentukan,

Bila kumpulan itu akan ditubuhkan,

Walaupun hatiku sedih dan pedih,

Akan aku tahan.


Selama ini,

Hanya aku menjaga hati mereka,

Namun mereka,

Jarang sekali menjaga perasaan ku,

Hati ku dihiris dengan kata kata mereka,


Aku cuba bersabar,

Demi sebuah persahabatan,

Tambahan pula,

Aku tiada teman,

Dan teman ku adalah mereka,


Semoga satu hari nanti,

Aku beroleh teman,

Yang memahami diri ini,

Teman yang mampu menjaga perasaan,

Dan hati ku,

Buat selamanya,

Teman yang akan bersama ku,

Saat susah mahupun senang,

Bukan seorang teman,

Yang menghiris perasaan ku,

Dengan sebuah senjata,

Yang diberi nama,

Gurauan keterlaluan.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.