Selasa, 17 Disember 2013

SAJAK : LELAKI TAMPAN

Lelaki yang tampan,

Sungguh beruntung dirimu,

Mempunyai wajah kacak kurniaan Tuhan,

Hati hatilah dengan nikmat itu,

Agar kamu tidak terjerumus,

Dalam kemaksiatan.


Lelaki yang tampan,

Sungguh hebat dirimu,

Mempunyai ketulan otot di badan,

Hati hatilah dengan kelebihan itu,

Agar kamu tidak merosakkan hati,

Insan bernama perempuan.


Lelaki yang tampan,

Sungguh besar dirimu,

Mencapai gemilang kejayaan,

Dalam bidang pekerjaan,

Janganlah kamu,

Menjahanamkan diri seorang perempuan.


Lelaki yang tampan,

Sungguh bagus dirimu,

Mempunyai banyak kekayaan,

Janganlah kamu,

Meniduri seorang perempuan,

Yang bukan milik mu.


Wahai kaum perempuan,

Hati hatilah dengan lelaki yang tampan,

Bukan semua mereka mempunyai iman,

Jangan kamu mudah menyerahkan,

Satu mahkota dipanggil perawan,

Supaya kamu tidak terima sebarang penyelesalan.


Duhai orang perempuan,

Berwaspadalah dengan lelaki yang tampan,

Jangan sampai kamu melahirkan,

Seorang bayi yang dilemparkan,

Di surau  yang berdekatan,

Atau di longkang yang penuh kekotoran,

Akibat bayi itu,

Bukan bayi yang disahkan.


Lelaki yang tampan,

Penuhkan dirimu dengan ilmu dan dan iman,

Agar bisa memberi perlindungan,

Kepada manusia bernama perempuan,

Janganlah mereka kamu rosakkan,

Kerana mereka itu,

Kadang kala kurang menggunakan akal fikiran.


Lelaki yang tampan,

Janganlah kamu mempunyai keberanian,

Menjatuhkan benih mu,

Ke dalam rahim seorang perempuan,

Yang bukan isteri mu.


Lelaki yang tampan,

Jadilah suami yang budiman,

Kepada perempuan yang telah kamu rosakkan,

Janganlah kamu tinggalkan,

Mereka keseorangan,

Bertanggungjawablah atas apa yang telah kamu lakukan,

Supaya mereka tidak sawan dan meroyan.


Wahai kaum perempuan,

Bukan semua lelaki yang tampan,

Mempunyai seribu kejahatan,

Ada di antara mereka,

Yang mempunyai sejuta kebaikan,

Janganlah kamu selalu salah tanggapan.


Pesanan ku buat perempuan,

Pilihlah lelaki yang tampan,

Yang mempunyai takwa dan iman,

Agar hidup mu di masa depan,

Senantiasa cerah tanpa kegelapan.

Related Posts:

  • SAJAK : KEINGINAN Mereka merentas jalan raya, Melancong bersama sama, Sedangkan aku pula, Hanya memerhati sahaja, Kerana aku jauh dari mereka, Aku tidak hampir de… Read More
  • SAJAK : CUKUP CUKUPLAH KAWAN Jangan hanya kerana sebuah tempat, Kita bergaduh bersama sama, Jangan kerana satu teguran, Kita mencetuskan api persengketaan. Kenapa kita mesti ber… Read More
  • SAJAK : POLITIK BAHAYA Politik, Sungguh dahsyat penangan kuasa mu, Sungguh hebat peranan mu, Dalam melaga lagakan pemimpin, Sehingga mampu mencemar agama, bangsa dan ne… Read More
  • SAJAK : DILEMA SEORANG PENULIS Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis, Apatah lagi untuk menjadi penulis yang berjaya, Pelbagai rintangan dan cabaran perlu dihadapi, Untuk me… Read More
  • SAJAK : SALAM PERJUANGAN BUAT TEMAN Duhai temanku di luar sana, Masih butakah mata hatimu? Masih butakah mata kepalamu? Melihat dunia ini Yang serba serbi dilanda gelora Sebuah ge… Read More

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.