Ahad, 15 Disember 2013

SAJAK : HUTAN BOTAK

Apabila ku selusuri jalan raya,

Ku pandang dari tingkap kereta, 

Dari Barat ke Selatan Malaysia,

Ku lihat hutan di negara kita,

Sudah botak di makan pembangunan.


Hatiku sedih dan merintih,

Sampai bila perkara ini mahu berhenti,

Akibat kerakusan manusia,

Hutan kini menjadi botak,

Botak akibat dilanda penyakit,

Penyakit yang bernama pembangunan,

Penyakit yang tidak mengenal belas kasihan,

Penyakit yang bisa menjahanamkan.


Aku bukan perwira,

Aku hanya manusia biasa,

Manusia yang cintakan alam sekitar,

Manusia yang punya rasa belas,

Terhadap sebuah hutan dara,

Yang kini dihambat kepupusan. 


Dua puluh tahun dahulu,

Ku lihat meranti, keruing dan cengal ada situ, 

Kini hanya bangunan dan rumah yang tegak berdiri,

Di atas tapak hutan botak itu,

Sampai bilakah pemandangan ini,

Akan bisa akan ku lihati,

Aku benci benci dan benci,

Dengan keadaan ini


Oleh kerana tidak ada hutan, 

Sudah pasti tidak ada perlindungan,

Panas terik semakin berleluasa,

Ais di kutub semakin mencair,

Dan manusia pula semakin menderita.

Inilah padah buat manusia,

Yang rakus mengejar pembangunan dan kemajuan,

Sehingga lupa kepada kurniaan Tuhan.


Related Posts:

  • BERTEMAN DENGAN SENI Sumber : Google Sepi yang lena telah keluar dari kamar kalbu, Runsing yang pegun telah berdiri tanpa kaku, Petaka yang senyap sudah tidak la… Read More
  • KENCING RAKYAT Sumber : Google Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE … Read More
  • BICARA SEORANG SENIMAN Sumber : Google   Aku yang bergelar seorang seniman, Hanya mampu berlakon di pentas teater yang kurang tontonan, Engkau yang bergelar… Read More
  • PERJUANGAN TANPA MUSIM Sumber : Google Menggunakan pena dan juga kertas, Kita tulis bantahan dengan sangat keras, Ketika kita turun ke jalan raya, Kita arakkan ker… Read More
  • HADIAH KEADILAN Sumber : Google  Ketika kau beri sejambak bunga cinta, Tubuh munggilku kau nikmati sepuasnya, Lalu kau kongsi bersama teman-teman, Yang… Read More

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.