Selasa, 14 April 2015

YUSRY TIDAK BIJAK PILIH CICAK DAN PELAWAK SEBAGAI ADIWIRA

Sumber : Google

Sejujurnya saya adalah peminat filem Cicakman. Di awal kemunculan filem itu di mana Saiful Apek menjadi teraju utamanya, semangat untuk saya menonton filem tersebut sangat berkobar kobar. Ini kerana saya berasa bangga kerana Malaysia sudah ada superheronya sendiri setaraf dengan Amerika yang punya Spiderman, Batman dan Superman. Selain itu, di dalam filem tersebut ada kehadiran Aznil Haji Nawawi sebagai Professor Klon. Dahulu saya adalah peminat nombor wahid kepada Aznil tetapi sejak sikapnya yang tidak menentu semasa mengendalikan rancangan On Air, minat saya pada pengacara itu pun terkubur!

Namun saya tidak sempat menonton filem itu di pawagam kerana masa itu saya masih bersekolah. Duit pun tidak banyak untuk pergi menonton wayang jadi saya hanya menonton di rumah sahaja apabila filem itu ditayangkan di Astro.

Tatkala saya menonton filem itu, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk filem mencapai tahap yang setaraf dengan Batman atau Spiderman kerana teraju utama filem itu adalah Saiful Apek! Yusry sebenarnya sudah menyongsang dalam pembikinan  filem tersebut dengan memilih seorang pelawak yang kurus kering sebagai adiwira! Belum pernah lagi mana mana pengarah besar dunia yang memilih pelawak sebagai adiwira! Tetapi itu tidak memadamkan keterujaan saya menonton filem tersebut kerana Aznil ada sebagai pengubat kepada kekecewaan itu.


Apabila disebut perkataan superhero, secara automatik gambaran yang keluar adalah seorang lelaki yang kacak, tegap, berotot, berkarisma dan mahir dalam seni mempertahankan diri. Tetapi ciri ciri itu tidak ada pada Saiful Apek sebagai seorang superhero dalam Cicakman. Seni mempertahankan diri juga tidak dikuasai langsung oleh pelakon itu menyebabkan filem itu tidak ada nilai tambah yang boleh dibanggakan. Seni mempertahankan diri yang dipaparkan hanya menggunakan teknik CGI semata mata.

Filem itu juga gagal mengangkat budaya Melayu/Islam di dalam pembikinannya. Budaya kebaratan jelas terpapar dalam setiap inci filem tersebut. Gambaran bandar Metrofulus jelas memaparkan ciri ciri kebaratan itu. Mengapa tidak dipaparkan sahaja bandar Kuala Lumpur? Mengapa mesti menggunakan bandar yang tidak pasti kewujudannya? Mengapa pula bandar Metrofulus itu kelihatan seperti New York?

Seni silat yang melambangkan budaya Melayu/Islam juga langsung tidak dipaparkan dalam filem itu kerana unsur unsur Barat sudah meresap jauh dalam pembikinannya. Jelas Yusry menganggungkan budaya Barat daripada budaya Melayu/Islam yang menjadi teras pembentukkan negara ini. Ironinya, walaupun diresapi unsur unsur Barat, filem itu tidak ditonton pun oleh orang orang Barat!

Maka filem itu menjadi gagal. Kegagalan filem pertama dan kedua dibawa pula ke dalam filem ketiga dengan kehadiran Zizan Razak sebagai teraju utamanya. Jika Saiful Apek sendiri gagal membawa kesan yang besar kepada penonton menerusi filem itu, Zizan apatah lagi. Pelakon yang sering dihambat kontroversi itu terus mewarisi kegagalan filem tersebut daripada Saiful Apek walaupun telah digarap dari dua tangan pengarah yang tersohor – Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar. 

Sekali lagi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk filem ketiga ini mencapai tahap yang setaraf dengan Batman dan Spiderman kerana dilakonkan oleh pelakon yang lebih kurang sama perwatakannya.

Muncul pula kritikan di laman sosial seiring dengan kemunculan filem itu di pawagam apabila masyarakat mengkritik pemilihan cicak sebagai superhero dalam filem tersebut. Cicak tidak digambarkan sebagai haiwan yang baik di dalam Islam namun haiwan itu juga yang menjadi pilihan Yusry sebagai watak adiwiranya. Ironinya, orang Barat pula yang mengangkat labah labah sebagai superhero apakala labah labah digambarkan sebagai haiwan yang baik di dalam Islam.

Kritikan yang semacam itu wajar direnungi oleh Yusri dan KRU sewaktu pembikinan filem tersebut. Namun, saya yakin Yusri pasti terlepas pandang akan hal itu.

Ketika menonton trailer Cicakman 3 di televisyen, keterujaan saya untuk menonton filem itu langsung tidak ada seperti mana ketika munculnya Cicakman 1 dan Cicakman 2. Itu mungkin berlaku kerana tidak ada daya tarikan yang besar untuk saya pergi menonton filem tersebut di pawagam. Watak antagonisnya pun saya fikir tidak menarik maka saya hanya pandang sebelah mata sahaja filem tersebut. Sebagai peminat filem, saya merasakan Cicakman 3 ini tidak menarik langsung!

Ternyata rasa hati saya itu benar. Setelah beberapa hari ditayangkan di pawagam, jelas begitu banyak kritikan terhadap filem tersebut. Saya tertarik dengan kritikan daripada blogger Orang Perlis Menulis yang anda boleh baca di sini. Walaupun saya tidak lagi menonton filem itu, saya tetap bersetuju dengan pandangannya. Kegagalan demi kegagalan terus menghambat filem itu dan amat jauh untuk dibandingkan dengan filem Captain America ataupun Ironman. 

Pada saya, filem itu menjadi tidak menarik kerana dilakonkan oleh Zizan Razak sebagai adiwiranya. Sepatutnya watak tersebut perlu diberi kepada pelakon yang lebih sesuai seperti Hisyam Hamid, Syahrul Ridzwan, Syukri Yahaya, Hafreez Adam, Anding Indrawani, Ryzal Jaafar atau sesiapa sahaja yang mempunyai wajah yang kacak, berkarisma, mahir seni mempertahankan diri, dan tegap walaupun tidak berotot. Zizan Razak dan Saiful Apek memang tidak sesuai dengan watak sebagai Cicakman itu.


Kesimpulannya, saya berharap filem itu boleh diubah semula formatnya dengan mengambil pelakon yang baru dan lebih sesuai. Jalan ceritanya juga mesti diperkemaskan dan ditambah dengan unsur unsur yang lebih hebat supaya filem ini lebih berkualiti untuk dipertontonkan dan mencapai taraf seperti mana filem filem superhero di negara Barat sana dengan mengangkat budaya Melayu/Islam di dalamnya!

7 ulasan:

  1. Tulah...saya pun pelik kenapa nampak kebaratan..dari segi tempat tggl metrofulus n pakaian.
    Mmg nampak weird.
    What yusry kru trying to show sebenarnya?
    Ermmm...
    Pilih cicak? Lg 1 yg pelik.
    Dah pulak saya geli-geleman dengan cicak...yarghhhh...

    BalasPadam
  2. hehehe..banyak yang akak setuju dalam hal ni.pertama pasal ambil cicak sebagai hero.kedua cicakman 3 yang agak hambar.lebih hambar daripada yang pertama dan kedua.ketiga elemen kebaratan.keempat hero yang tak sesuai.

    agaknya yusri nak buat filem ni macam filem lawak ke sebenarnya?

    BalasPadam
  3. Stuju ..mmg tak suka laa cicak man..tak kira laaa cicak man berapa sekalipon mmg tak suka..cerita pon ntah apa2 kan..nk tgk pon malas ..nj klau nak ajak ank2 tgk kena fikir 5 nam puluh ribu kali ni.. tak mencerminkan super hero langsung..tajuk dah adaw melayu tapi cerita tak nampak adat budaya melayu..tak tahu apa nk kata lagi dah..

    BalasPadam
  4. tak minat cerita tu.. yg 3 lagilah tak layan.. apa pun, harap pasni ada perubahanlah klu nak sambung siri 4..

    BalasPadam
  5. fikirkan satu watak baru tak semestinya mesti haiwan sebab nak lawan cerita "Spiderman", "Batman" "Antman" dll. Letaklah nama melayu contohnya "Johari Hairi" lawan cerita "Joe Wick".. Ubah jalan ceritanya berdasarkan persekitaran Malaysia. Watak utama jangan beraksi tiru "Ong Bak" tapi buat aksi guna silat. Jalan cerita dan watak memainkan peranan penting..

    BalasPadam
  6. x tgk lg cerita ni. tggu download je la jwb nyer kalau x berbaloi tgk di pawagam.

    BalasPadam
  7. Sy xpernah tertarik dgn citer tuu...tgk iklan kt tv pon dh xde rasa menarik pe tah lg nk tgk...pd sy citer yg d hasilkan tidak langsung mendidik masyarakat hanya memfokuskan hiburan semata2...

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.