Sekarang
ini sudah menjadi semacam trend apabila ramai dalam kalangan orang Melayu
sendiri yang suka menghina orang Melayu. Mereka bangga melakukan perbuatan
sedemikian sehingga mereka acapkali melakukannya.
Mereka
beranggapan bahawa orang Melayu ini bodoh, malas, tidak tepati janji dan
sebagainya. Pendek kata, semua sikap buruk itu ada pada orang Melayu dan tidak
ada pada bangsa lain.
Sikap
buruk itu ialah sikap individu, bukan bangsa. Jika ada seorang Melayu yang
malas, jangan sinonimkan bangsa Melayu itu sebagai bangsa yang malas. Hal ini
kerana, penyakit malas ini pun ada pada bangsa lain juga.
Jika
orang Melayu ini bangsa yang malas, masakan mereka mampu membina empayar
seperti empayar Kesultanan Melayu Melaka yang hebat itu?
Oleh
kerana bangsa Melayu ini sering dimomokkan dengan pelbagai pelbagai sikap yang
tidak baik, maka ramai dalam kalangan orang Melayu sendiri malu untuk mengaku
sebagai Melayu. Maka, mereka cuba untuk menjadi orang Barat. Sebab itulah kita
menjumpai ramainya orang Melayu tidak fasih berbahasa Melayu tetapi fasih
berbahasa Inggeris.
Orang
Melayu ini sebenarnya hebat-hebat belaka. Namun, kerana kesilapan mereka
sendiri di samping dasar penjajah yang cuba ‘membodohkan’ orang Melayu sejak
sekian lama, maka mereka menjadi bangsa yang lemah sehingga ke hari ini.
Seandainya
ada pihak-pihak tertentu di negara ini yang ingin menjadikan orang Melayu
menjadi bangsa yang maju, menghina orang Melayu bukanlah caranya. Ada pelbagai
cara lain yang boleh digunakan untuk untuk menjadikan orang Melayu ini sebagai
bangsa yang maju.
Orang
Melayu amat lemah dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Justeru, bantulah mereka
dalam kedua-dua bidang itu. Pemikiran orang Melayu sebagai bangsa ‘makan gaji’
hendaklah dihapuskan dalam kalangan generasi muda sebaliknya tanamlah dalam
pemikiran mereka sebagai ‘bangsa suka berniaga’.
Orang
Melayu ini pun selalu berpecah dalam bidang politik. Semua sedia maklum bahawa
perpecahan membawa kelemahan dan kekalahan. Orang Melayu perlu bersatu padu
dalam mengungkapkan hak-hak bangsa mereka di tanah air ini walaupun mereka
berbeza parti politik.
Melayu
itu bangsa yang hebat tetapi kerana kesilapan mereka dan kerana peranan
penjajah yang tidak mahu melihat orang Melayu menjadi maju, maka jadilah orang
Melayu seperti yang kita lihat pada hari ini. Menghina orang Melayu tidaklah
menjadi mereka bertambah maju sebaliknya bertambah lemah dan mundur.
Sy sgt setuju...! Cukup lah jika bangsa lain tlh menghina & merendahkan bangsa Melayu / Islam. Marilah kita bersatu padu, sokong menyokong agar kita jadi kuat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh...Bersekutu bertambah mutu... Bukannya dgn mengutuk & mengatakan kelemahan...Akhirnya mereka yg bersatu...Kita berpecah belah...Suara & tangan mereka jadi majoriti kita tlh berpecah kpd 5,6,7 & entah brp lagi hingga mereka jadi kuat...Kita jadi LEMAH...Kembalilah mengingat & memegang kata Kekasih kita...Rasul s a w
BalasPadamKadang2 orang Melayu juga yang menjahanamkan bangsa Melayu
BalasPadamBetul tu, cheq setuju. Sikap negatif tu adalah masalah individu, bukannya masalah bangsa. Asalkan namanya manusia, masing-masing ada baik buruknya yang tersendiri.
BalasPadamFollower #235