Sabtu, 15 September 2018

MENGAPA ANDA PERLU KAHWIN DENGAN BLOGGER?


 Image result for penulis blog

Bukan semua orang di dunia ini minat menulis dan bukan semua orang di dunia ini mempunyai blog. Pada masa kini, amat sukar untuk mencari orang yang mempunyai hobi menulis blog atau bergelar seorang blogger. 

Dengan kewujudan media sosial seperti Facebook dan Twitter, orang yang berminat untuk menjadi seorang blogger semakin berkurangan. Orang yang masih lagi bergelar seorang blogger ini semakin sukar dijumpai dalam masyarakat kita pada hari ini. 

Orang yang menjadi blogger ini sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan. Justeru, jika anda mempunyai teman lelaki atau teman wanita yang mempunyai hobi menulis blog, segeralah berkahwin dengannya sekarang. Mengapa? Ini sebab-sebabnya :

Blogger biasanya seorang yang setia

Seorang blogger mempunyai hobi suka menulis, menghadap komputer, dan membuat carian di internet. Banyak masa mereka digunakan untuk mencari bahan atau idea untuk menulis dan mengemaskini blog mereka. Mereka tidak banyak menghabiskan masa mereka di luar rumah. Oleh itu, kebarangkalian untuk mereka berlaku curang itu amat rendah.

Blogger biasanya sangat memahami pasangan mereka   

Oleh kerana blogger ini banyak membuat carian di internet (membaca) bagi mendapatkan idea untuk menulis (mengemaskini) blog mereka, jadi mereka sangat memahami pasangan mereka. Hal ini kerana, mereka tahu apa yang suami/isteri mereka perlu, ingin dan rasa memandangkan mereka telah banyak membaca apa yang lelaki/wanita lain tulis di blog yang mereka temui.

Blogger biasanya seorang yang bijak

Memandangkan blogger adalah seorang yang banyak membaca maka mereka mempunyai banyak maklumat. Jika ada sebarang masalah, mereka akan segera mencari jawapannya di internet. Begitu juga jika mereka tidak mengetahui tentang sesuatu perkara, mereka pasti akan membuat carian di internet.

Blogger biasanya seorang yang terbuka

Seorang blogger sangat terbuka dengan pasangan mereka. Mereka bukanlah seorang yang mudah merajuk atau mudah memendam rasa. Hal ini kerana, seorang blogger memang telah dilatih untuk meluahkan apa yang terpendam atau terbuku di hati dan minda mereka. Oleh itu, jika mereka tidak berpuas hati akan sesuatu perkara, mereka akan terus meluahkannya sama ada secara berdepan atau melalui penulisan. Mereka juga terbuka untuk menerima pandangan dan boleh menjadi tempat pasangan mereka meluahkan masalah.

Blogger biasanya pandai menguruskan rumahtangga

Seorang blogger memang pandai menguruskan rumahtangga. Jika blogger itu seorang isteri, maka mereka pasti pandai memasak makanan yang enak kerana mereka banyak membaca blog-blog yang menulis tentang resepi yang enak. Memandangkan seorang blogger banyak membuat carian di internet, maka banyak perkara yang berkaitan rumahtangga mereka dapat jalankan dengan sempurna. Jika mereka tidak tahu akan sesuatu perkara, mereka pasti akan merujuk internet.

Itulah sebab-sebab mengapa anda perlu berkahwin dengan seorang blogger. Apa yang kami tulis ini hanyalah pendapat kami sahaja. Kami pasti anda juga mempunyai pendapat yang lain. Oleh itu, jika anda mempunyai teman lelaki atau teman wanita yang merupakan seorang blogger, nikahi mereka dengan segera!  


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.