Ahad, 9 September 2018

FAKTA MENARIK TENTANG CUKAI


 Image result for cukai

Sekarang ini heboh seluruh negara berkenaan cukai SST yang dikuatkuasakan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Cukai SST ialah cukai yang menggantikan cukai GST yang dikuatkuasakan sebelum ini.

Terdapat pelbagai polemik yang timbul dengan penguatkuasaan cukai SST itu. Ramai yang kata harga barang semakin meningkat sebaik sahaja cukai SST itu dikuatkuasakan pada 1 September 2018.

Kami tidak bercadang untuk berbahas tentang cukai SST itu. Cuma pada hari ini kami ingin kemukakan fakta-fakta menarik tentang cukai. Fakta-fakta tersebut ialah : 

1.     Di Amerika Syarikat, jika seseorang membuat laporan tentang sesebuah syarikat yang mengelak daripada membayar cukai, orang tersebut akan mendapat 30% daripada hasil cukai tersebut.

2.     Maharaja Rom Vaspian mengenakan cukai pada air kencing pada abad pertama Masehi. Air kencing pada masa itu dkumpulkan dan digunakan sebagai sumber ammonia untuk mencuci dan menyamak pakaian.


3.     Amerika Syarikat mengamalkan sistem cukai progresif iaitu semakin banyak orang mendapat duit, semakin banyak orang tersebut membayar cukai pendapatan.  

4.     Cukai terbahagi sama ada langsung (direct) atau tidak langsung (indirect). Cukai langsung adalah cukai yang dibayar terus kepada kerajaan seperti pendapatan, jualan, dan harta. Cukai tidak langsung ialah cukai yang dihantar kepada orang lain atau kumpulan. Sebagai contoh, kos bahan api termasuk cukai yang dibayar oleh pengguna. Dengan kata lain, bukan syarikat minyak membayar cukai itu sebaliknya mereka menyerahkannya kepada pengguna.

5.      Pada tahun 1691, England mengenakan cukai pada bilangan tingkap di setiap rumah. Akibatnya, rumah mula dibina dengan tingkap yang sedikit atau orang akan membuang tingkap yang sedia ada. Apabila orang mula mengalami masalah kesihatan akibat kekurangan udara kerana ketiadaan tingkap, cukai itu akhirnya dimansuhkan pada tahun 1851.

6.      Maharaja Rusia, Peter the Great, mengenakan cukai janggut pada tahun 1705. Baginda berharap cukai itu akan menggalakkan lelaki supaya mempunyai wajah yang bersih yang popular di Eropah Barat ketika itu. 

7.      Salah satu faktor penyumbang kepada Revolusi Perancis ialah cukai garam yang dipanggil gabelle. Cukai ini adalah salah satu cukai yang paling dibenci dan tidak adil.

8.      England mengenakan cukai ke atas televisyen. TV berwarna lebih mahal daripada TV hitam putih. Walau bagaimanapun, jika orang buta mempunyai televisyen, dia hanya perlu membayar separuh daripada cukai sahaja.

9.      Menurut Jimmy Carter, setiap presiden A.S. telah mengeluarkan pulangan cukai mereka kecuali Donald Trump.

10. Albert Einstein pernah berkata : "Perkara paling sukar di dunia ini untuk difahami ialah cukai pendapatan.”

Itulah fakta-fakta menarik tentang cukai yang kami telah kongsikan kepada anda. Semoga perkongsian ini memberi anda maklumat baru tentang cukai yang wujud di dunia ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.