Sumber : Google |
Berdasarkan bacaan bacaan saya
terutama di blog blog dan di media media sosial, ramai yang kata lebih bagus
sokong DAP pada PRU akan datang kerana sokong UMNO pun Melayu sudah banyak
rugi. Mereka kata UMNO pun sudah banyak tidak jaga kepentingan Melayu lagi.
Justeru, apa perlunya sokong UMNO yang banyak masalah dan sudah tidak lagi
menjaga kepentingan Melayu itu. Lebih baik sokong DAP yang mereka percaya boleh
membawa ‘rahmat’ ke seluruh alam daripada sokong UMNO yang mereka kata membawa
banyak masalah.
Hujah mereka itu tidak saya kata
salah dan saya boleh berdamai lagi dengan hujah itu. Cuma saya tetap juga tidak
setuju. Saya beri analogi begini : Jika kita ada sebuah perniagaan, dan
perniagaan kita itu rugi, kita mahu rugi atau kita mahu muflis terus? Saya
yakin ramai yang pilih untuk rugi kerana muflis terus lebih banyak buruk dari
baiknya.
Begitu juga dalam konteks politik
kita pada hari ini. Saya bukan mahu ajak pembaca semua supaya sokong UMNO pada
PRU akan datang tetapi saya mahu pembaca semua berfikir, anda mahu rugi atau
mahu terus gulung tikar. Jika anda sokong UMNO, memang anda akan rugi besar,
tetapi jika anda sokong DAP, anda akan terus muflis.
Dalam Islam, apabila kita memilih,
kita wajar pilih pilihan yang paling kurang mudaratnya walaupun pilihan itu
kira rasa sangat tidak kena dengan selera dan cara kita. Jangan sesekali kita
pilih pilihan yang besar atau banyak mudaratnya walaupun pilihan itu nampak
baik pada permukaannya. Buruk dan baik kita juga yang tanggung di kemudian hari.
Pilih sesuatu itu mengikut acuan Allah dan cuba lihat kesannya pada masa akan
datang. Jika kita pilih untuk satu tempoh jangka pendek yakni hanya untuk
melepaskan diri kita daripada sesuatu perkara buat masa yang singkat sahaja,
pilihan itu tidak wajar kita ambil sebagai pilihan kita.
Kita semua sedia maklum bagaimana
sikap DAP terhadap Islam. Lihat sahaja maklum balas mereka tatkala Presiden PAS
yang mahu membuat usul meminda akta mahkamah syariah itu, mereka pakat pakat
menentangnya secara beramai ramai padahal apa yang dibuat oleh Presiden PAS itu
tidak banyak pula kena pada mereka. Ironinya, mereka pula yang bising gegak
gempita. Mengapa? Kerana sikap jengkel mereka terhadap Islam dan Melayu itu
terlalu tebal sejak sekian lama. Tetapi, ramai pula orang Islam dan orang
Melayu yang sokong mereka kerana terlalu cintakan dunia.
Orang Melayu sekarang dalam dilema –
tidak tahu siapa yang harus dipangkah atau diundi dalam pilihan raya.
Alternatifnya sekarang ada pada PAS tetapi adakah PAS bersedia untuk menerajui
Putrajaya di saat partinya dalam keadaan cacar marba? Jika PAS bersedia, orang
Melayu boleh gantikan UMNO dengan PAS tetapi persoalannya, adakah PAS betul
betul bersedia? Jika PAS tidak sedia, wajarlah UMNO yang terus menerajui
negara. Bagi orang Melayu/Islam yang cintakan agama, bangsa, dan negara,
mengundi parti parti yang dikuasai oleh ultrakiasu tidak akan sesekali
terlintas dalam fikiran mereka. Mereka tahu buruk dan baiknya jika beri undi
kepada DAP.
Jika sokong UMNO Melayu banyak rugi,
apa jaminan yang sokong DAP, Melayu tidak rugi? Saya khuatir juga jika kita
sokong DAP, Melayu bukan sahaja rugi tetapi terus muflis! Nasib Melayu Malaysia
tidak mustahil boleh jadi macam nasib Melayu Singapura!
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.