Rabu, 13 Julai 2016

BANTAHAN UMNO SUDAH TIDAK DISAMBUT LAGI



 
 
Baru baru ini, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan berhimpun dan cuba merempuh ibu pejabat parti DAP untuk menghantar memorandum kepada parti tersebut di atas kebiadapan Nga Kor Ming – Pengerusi DAP Perak yang telah menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri di laman Facebooknya.

Boleh dikata apa yang Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan buat itu betul sementelahan mereka cuba mempertahankan bangsa dan agama mereka daripada terus diperlecehkan oleh DAP. Kita sedar sekian banyak ultrakiasu seperti Nga Kor Ming itu yang suka memperlecehkan Melayu dan Islam. Penghantaran memorandum itu bukan sahaja sebagai tanda amaran kepada Nga Kor Ming sahaja tetapi turut kepada semua bangsa yang ada di Malaysia supaya tidak bermain dengan isu kaum dan agama atas tujuan politik pada masa akan datang.

Meskipun apa yang dibuat oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu baik namun tidak semua orang terutama anak muda menyokong apa yang Pemuda UMNO itu buat. Sebaliknya, mereka mengecam UMNO kerana membuat perkara itu. Contoh jelas boleh dilihat dalam Twitter Syed Saddiq – mahasiswa yang lantang dan kritis terhadap kepimpinan Najib dan UMNO sejak akhir akhir ini.


Syed Saddiq mendakwa apa yang dibuat oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan itu adalah dua kali lima sahaja dengan apa yang dibuat oleh Nga Kor Ming. Syed Saddiq yang dikatakan lantang itu bertindak mengecam Pemuda UMNO tetapi beliau tidak pula mengecam Nga Kor Ming. Maka, Syed Saddiq pun sudah terjun ke dalam kolam ketidakadilan itu. Dia hanya mengecam satu pihak tetapi tidak mengecam pihak yang tetap lakukan perkara yang sama dan menjadi dalang kepada terjadinya isu itu. Pendek kata, Syed Saddiq pun dua kali lima sahaja dengan Pemuda UMNO dan Nga Kor Ming. Masing masing bertindak atas kepentingan masing masing.   

Sepatutnya semua orang yang berbangsa Melayu perlu menyokong apa yang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan buat tidak kira tua atau muda. Mempertahankan agama, bangsa, dan negara dari diperleceh oleh sesiapa sahaja adalah satu tindakan yang mulia. Tetapi, oleh kerana sekian banyak masalah dan isu yang menimpa UMNO, maka apa yang UMNO buat itu tidak mendapat sokongan lagi. Apa yang UMNO buat itu bukan sahaja tidak disokong, malah dikecam pula oleh anak bangsanya sendiri.

Jika UMNO tidak bermasalah dan telus dalam menjalankan pentadbiran negara, sudah pasti apa yang UMNO lakukan itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua orang. Tetapi, oleh kerana UMNO bermasalah, perkara yang diharap harapkan itu tidak lagi berlaku.

Sebab itu penting untuk UMNO berlaku telus dalam pentadbirannya di samping membersihkan diri mereka daripada segala masalah, isu, dan skandal. Jika perkara itu tidak berlaku, agenda UMNO untuk memperkasa agama, bangsa, dan negara hanya akan dipandang sinis sahaja oleh sekalian rakyat jelata. 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.