Fauziah
menikmati pawana pagi itu dengan duduk di sebuah bangku yang diperbuat daripada
plastik dihadapan rumah sewa milik Farah dan Hamad. Dia tidak melakukan apa apa
pada waktu itu. Hanya sekadar duduk duduk sahaja untuk menghilangkan kebosanan
yang melanda. Dia duduk berseorangan di rumah pada waktu itu memandangkan
Razali pergi bersenam di tasik yang berhampiran, Hamad pergi memandu teksi
manakala Farah pula pergi bekerja seperti biasa di Paradigma Mall sebagai
jurujual. Iman seperti biasa akan ke sekolah.
Fauziah sendiri tidak tahu apa yang
harus dia lakukan pada waktu itu. Dia benar benar bosan. Mahu menonton
televisyen, tidak ada pula drama yang bagus bagus yang boleh ditontonnya
sementelahan Hamad tidak memasang Astro di rumah tersebut. Mahu bersarapan
pagi, Razali sendiri masih belum pulang untuk membawa sarapan pagi untuknya.
Apa yang dia boleh lakukan pada waktu itu hanyalah duduk sahaja di luar rumah
sambil menikmati alam ciptaan Tuhan berupa langit dan tumbuh tumbuhan itu.
“Menung apa tu?” Seseorang telah
menegurnya dengan suara yang lembut. Dia segera menoleh ke arah pemilik suara
tersebut. Sebuah senyuman tersungging bi bibirnya.
“Oh, Latifah rupanya. Saya tak menung
apa apa. Cuma tengok langit pagi yang cantik ni je. Tak tahu nak buat apa dalam
rumah tu. Nak tengok tv, bosan pula. Yalah, anak saya ni orang susah. Dia tak
pasang Astro kat rumah.” Jawab Fauziah sambil melihat wajah Latifah yang muda
tiga tahun darinya itu.
Latifah adalah jiran yang tinggal
selang tiga rumah dari rumah Farah dan Hamad. Wanita itu juga sama nasibnya
dengan Fauziah. Sering ditinggal oleh anak anak ketika anak anaknya keluar
bekerja. Fauziah mula berkenalan dengan Latifah setelah dua hari dia tinggal di
rumah Hamad. Sejak itu mereka selalu berbual bual kosong di luar rumah apabila
bertemu.
“Rumah saya tu ada je Astro yang anak
saya pasang tapi saya malas nak tengok. Yalah, dah tua tua ni nak tengok tv tu
dah tak berapa nak sedap dah. Kalau awak bosan bosan, datanglah rumah. Boleh
tengok tv yang ada Astro kat rumah saya.” Kata Latifah.
tu
“Oh terima kasih sajalah. Saya memang
nak tapi suami saya pasti tak bagi. Dia tak suka saya merayap kat rumah orang
tak tentu pasal.” Ujar Fauziah.
“Samalah dengan arwah suami saya dulu.
Sekarang dia dah takde, boleh la saya merayap rayap. Hahaha.” Latifah dan
Fauziah tertawa bersama mendengar kata kata lucu daripada Latifah itu.
“Awak dah sarapan?” Soal Latifah.
“Belum lagi. Tengah tunggu suami saya
balik dari bersenam. Dia balik nanti dia akan beli sarapan sekali.” Fauziah
menjawab.
“Eh, menantu awak tu tak masak ke
makan pagi untuk awak?”
“Hmm...menantu saya tu malas sikit
orangnya. Bukan makan pagi je, makan tengah hari dan makan malam pun dia beli
kat kedai je. Lagipun saya malas nak makan masakan dia. Dia masak tak sedap.”
“La ye ke? Maknanya dia ni perempuan
yang tak reti memasak la ye?”
“Bukan tak reti masak je, pemalas
lagi. Baju tak nak lipat, rumah berkerak kerak, kemas rumah pun sekali sekala,
sebab tu saya tak berapa nak suka duduk rumah ni. Saya ada ni, saya la yang
buat semua kerja kat rumah ni. Pagi pagi saya la yang sidai baju, kemas rumah,
basuh pinggan apa semua. Kalau harapkan dia, alamatnya melingkuplah rumah ni.
Saya ni sebab tak boleh masak je memandangkan barang dapur tak ada, kalau tak
dah lama saya masak dah.”
“Tak sangkanya menantu awak macam tu?
Dia kerja apa je sampai sibuk sangat?”
“Dia jurujual kat pusat membeli belah
yang terkenal yang dekat dengan rumah kita ni je tapi sibuk mengalahkan Perdana
Menteri. Anak saya yang peguam tu pun tak sibuk macam tu.”
“Ehem ehem.”
Faudiah dan Latifah menoleh apabila
mendengar suara itu. Terlihat Razali sedang berdiri tidak jauh dari tempat
duduk Fauziah dan Latifah sambil menjinjing sebuah beg plastik berwarna merah.
“Okaylah Latifah. Suami saya dah balik
tu. Dia bawa sarapan pagi. Ada masa nanti kita borak ye.” Ujar Fauziah.
Kemudian mereka bersalam.
“Baiklah.” Balas Latifah sambil
tersenyum. Kemudian dia berjalan menuju ke rumahnya meninggalkan Fauziah dan
Razali.
“Rancaknya berborak. Borak apa tadi
tu?” Soal Razali sambil menyerahkan plastik merah yang berisi bungkusan roti
canai dan kuah dal itu kepada Fauziah.
“Borak orang perempuan.” Jawab
Fauziah. Kemudian dia menuju ke dapur untuk mengambil pinggan dan mangkuk bagi
meletakkan roti canai dan kuah dal itu supaya mereka boleh makan.
“Kalau borak orang perempuan takpe,
jangan borak pasal benda lain dah la.” Kata Razali sambil membuka bajunya lalu
duduk di bawah kipas untuk menghilangkan keringat dan peluh yang menghiasi
tubuh tuanya.
“Borak pasal benda lain apa pula bang.
Memang saya borak pasal hal orang perempuan la tadi.” Balas Fauziah sambil
memasukkan kuah dal ke dalam mangkuk yang agak besar.
“Awak tu bukan saya tak tahu. Suka
sangat cerita hal buruk anak anak kat orang luar bila dah sedap bercerita.
Lepas tu bila anak anak marah tahu pula awak terasa hati.”
Fauziah menelan liur pahitnya
mendengar kata kata Razali. Ya, dia memang telah membuka aib Farah tadi semasa
berborak borak dengan Latifah.
“Awak jangan risaulah. Saya takkan
cerita yang bukan bukan dekat Latifah tu.” Fauziah mengukirkan sebuah senyuman
buat Razali.
“Jom makan.” Fauziah mengajak Razali untuk menikmati sarapan roti canai
yang dibeli oleh Razali semasa pulang dari bersenam tadi.
......................................................................................................................
“Macam mana hari ni Mad? Ramai pelanggan?” Sapa Pak Bakar sambil duduk
disebelah Hamad yang sedang leka menanti pelajar pelajar Kolej Putri untuk
pulang ke asrama di pondok bas dihadapan Kolej Putri itu.
“Boleh la Pak Bakar. Sikit sikit. Hehe.” Hamad tersengih sengih seperti
kerang busuk sambil memandang wajah Pak Bakar.
“Inilah asam garam jadi pemandu teksi Mad. Pendapatan tak seberapa tapi nak
bayarnya macam macam. Permit teksi la, maintenance la, haihh, macam
macam lagi la. Hidup pemandu teksi macam kita ni tambah parah bila harga barang
naik dan harga minyak naik.” Rungut Bakar sambil melepaskan sebuah keluhan.
“Itulah Pak Bakar. Nak sara hidup dengan anak bini pun susah sekarang ni
dengan hanya jadi pemandu teksi je. Sebab tu saya tak harap sangat dapat
pelanggan kat Kolej Putri ni. Budak budak ni pun bukannya suka sangat naik
teksi. Lebih suka naik bas daripada naik teksi yang diaorang kata mahal
harganya.” Ujar Hamad.
“Betul cakap kau tu Hamad. Kalau harapkan pelanggan dari budak budak kolej
ni je, memang kebulur la kita. Elok la pun kau cari pelanggan kat tempat lain,
dapat juga la tampung tampung mana yang kurang tu.” Balas Bakar. Mereka berdua
diam sejenak apabila ada dua orang pelajar lelaki lalu dihadapan mereka.
Sangkaan mereka pelajar lelaki itu mahu menaiki teksi namun hampa. Mereka hanya
lalu sahaja untuk ke kedai makan yang berhampiran dengan Kolej Putri itu.
“Aku nak tanya kau sesuatu ni Mad.” Kata Bakar secara tiba tiba.
“Apa dia Pak Bakar?”
“Ada budak bagi tahu aku, kau ni pilih kasih bila kenakan bayaran. Kalau
budak lelaki kau kenakan harga yang lebih mahal berbanding dengan budak
perempuan padahal mereka menuju ke tempat yang sama. Betul ke Mad?”
“Ish, mana ada Pak Bakar! Saya mana ada buat macam tu. Siapa yang cakap
dengan Pak Bakar tu?”
“Ada la budak budak lelaki yang naik teksi aku cakap dengan aku hari tu. Aku
bukan apa Mad. Tak baik kau buat macam tu. Kalau selalu sangat kau buat, aku
takut pelanggan kau lari je.”
“Ya Allah...Pak Bakar. Tak baik Pak Bakar sangka buruk dengan saya. Pak
Bakar janganlah dengar cakap budak budak tu. Saya tak pernah buat macam tu. Saya
tahu kesan dia Pak Bakar.”
“Baguslah kalau kau tak buat. Aku tak nak ada apa apa masalah nanti. Esok
esok, disebabkan perangai sorang dua pemandu teksi kat sini, nama persatuan
teksi kita akan busuk, lama lama nak cari makan kat kolej ni pun dah tak boleh
dah. Parah tu.”
“Saya faham Pak Bakar. Saya akan ingat pesan Pak Bakar.”
“Baguslah kalau macam tu.” Bakar menghadiahkan sebuah senyuman buat Hamad.
“Okeylah Pak Bakar. Ada orang nak naik teksi saya tu. Saya pergi dulu ye.
Nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikum.” Ucap Hamad sambil bersalaman dengan
Bakar. Kemudian dia melangkah ke teksinya untuk membawa dua orang pelajar
perempuan ke destinasi mereka. Bakar sekadar memandang langkah Hamad dengan
senyuman yang masih tersungging di bibirnya. Sinis.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.