Setelah
ditangguhkan beberapa kali, akhirnya perhimpunan aman seksualiti merdeka yang
mengiktiraf golongan LGBT yang dianjurkan oleh sebuah NGO bernama CUCI berjaya
diadakan di Dataran Merdeka. Norin yang menjadi pengarah kepada perhimpunan itu
berasa sangat bangga kerana begitu ramai rakyat Malaysia yang berlainan bangsa
dan agama (termasuk yang beragama Islam) telah hadir ke program itu untuk
memberi sokongan.
Kehadiran begitu ramai peserta ke
perhimpunan aman itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melihat Malaysia
menjadi sebuah negara yang lebih terbuka, liberal, dan bebas. Mereka juga mahu
memastikan hak setiap manusia diiktiraf seperti hak untuk menukar agama sesuka
hati dan hak untuk mengamalkan seks bebas serta pelik. Bagi mereka, itulah
tanda kemajuan sebenarnya. Jika Malaysia menghalang itu semua, Malaysia akan
terus menjadi negara yang tertutup pada perubahan. Jadi proses pemodenan,
pembangunan, dan kemajuan Malaysia akan terus terlungkup sampai bila bila.
Peserta yang datang ke perhimpunan itu
bukan sahaja dari golongan lesbian, gay, transgender, dan biseksual sahaja,
malah peserta peserta yang bukan dalam golongan itu pun turut hadir juga untuk
memberi sokongan. Pihak polis menganggarkan seramai lebih 500 000 orang telah
menyertai perhimpunan itu. Mereka berhimpun secara aman dengan berjalan dan
duduk di sekitar Dataran Mereka di samping membawa sepanduk yang jelas
menyokong kebebasan seksual dan kebebasan beragama dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Walaupun secara majoritinya ramai
rakyat Malaysia yang membantah perhimpunan itu atas pelbagai alasan dan hujah
hujah yang konkrit, namun kerana pihak penganjur dan peserta perhimpunan mahu
menunjukkan sikap besar kepala mereka, maka perhimpunan itu tetap berlangsung
dengan jayanya. Penganjur dan peserta perhimpunan membalas hujah hujah golongan
yang menentang perhimpunan tadi dengan pelbagai hujah dangkal semata mata untuk
menghalalkan perbuatan songsang mereka itu.
“Tahniah Norin di atas kejayaan kamu
menganjurkan perhimpunan ni. I bangga sangat dengan you. Ramai
betul orang yang datang hari ni.” Ucap Mona selaku Pengerusi CUCI.
“Sama sama Mona. I sangat
hargai pujian you tu. Kita dah buktikan kepada kerajaan yang kita punya
program ni akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Ini
menandakan bahawa rakyat Malaysia memang mahukan seksualiti merdeka itu. Mereka
mahukan golongan LGBT di negara ini diiktiraf. Kita akan mengumpulkan
tandatangan kemudian kita akan menghantar petisyen kepada Perdana Menteri
supaya membenarkan seksualiti merdeka dan mengiktiraf golongan lesbian, gay,
transgender, dan biseksual di negara ini.” Jawab Norin.
“I harap sangat yang usaha kita
ni tak sia sia. I harap sangat yang kita bebas untuk mengamalkan orientasi
seks kita secara bebas tanpa rasa takut kepada sesiapa pun. Kita harus
mengiktiraf seks bebas kerana seks adalah sesuatu yang menyeronokkan! Kita tak
boleh halang remaja remaja kita daripada berkhalwat. Kita tak boleh halang
remaja remaja kita untuk mengamalkan seks bebas kerana jika mereka tidak
mengamalkan seks bebas, mereka tidak boleh berfikir macam mana remaja remaja
Barat fikir. Oleh itu, kita takkan jadi maju macam Amerika dan Eropah. Mereka
maju kerana seks bebas tidak terhalang di negara mereka. Kita juga tak boleh
tutup rumah pelacuran atau rumah urut sebab ramai orang bekerja di tempat itu.
Kita tak boleh tabur pasir pada periuk nasi orang.” Kata Mona.
“I setuju sangat pendapat you
tu Mona. Macam golongan LGBT tu, mereka juga adalah manusia cuma selera seks
mereka sahaja lain. Mereka tetap bekerja macam kita dan ramainya golongan
professional dari negara ini, terdiri daripada golongan LGBT. Jika kita
menghalang nafsu seks golongan golongan professional yang LGBT ini, maka idea
idea bernas untuk tujuan pembangunan negara akan hilang begitu sahaja kerana
kita telah menyisihkan mereka dari kehidupan kita sebagai manusia biasa.” Ujar
Norin dengan penuh bersemangat.
“I suka dengan semangat yang
ada pada you Norin. Semangat yang macam ni la yang kita mahukan. Eh, berborak
pula kita kat sini. Mari kita join mereka jalan jalan sama. Kita
meraikan rakan rakan kita yang LGBT tu. Cuba you tengok pasangan gay yang
memakai baju pink dan sedang berpegangan tangan tu. Ya Allah...sweetnya
diaorang tu. Comel betul couple tu. I dengan suami I pun
tak macam tu. hihihi.” Kata Mona dengan penuh keterujaan.
“Kan Mona? Diaorang sweet
sangat. Pasangan lesbian yang tengah berpeluk kat sana tu pun sweet
juga. Suka I tengok. Jom kita jumpa dan kenal kenal dengan diaorang.” Norin
mengajak.
“Jom.”
......................................................................................................................
Siang yang panas membahang telah
melabuhkan tirainya dan digantikan pula dengan malam yang hening. Bunyi
cengkerik dan katak bersahut-sahutan di mana mana menambahkan lagi suasana
hening tetapi tidak sunyi pada malam itu. Malam yang telah melepaskan layarnya
itu begitu asing dan pelik sekali pada pandangan Hafizah. Dia merasakan bahawa
malam yang dilaluinya kini begitu berbeza daripada malam malam lain yang biasa
dia tempuhi. Rasanya, inilah kali pertama dia merasai malam yang sedikit
‘pelik’ itu. Malam yang dihiasi keheningan yang satu macam.
Malam itu Hafizah berjaya menanda
semua kertas peperiksaan akhir tahun pelajar pelajarnya. Perasaanya begitu lega
sekali kerana kerjanya dapat dibereskan. Hanya ada beberapa perkara sahaja lagi
yang perlu dia lakukan sebelum pelajar pelajarnya menempuhi cuti akhir tahun
yang akan menjelang tidak lama lagi seperti urusan merekodkan markah dan urusan
urusan yang lain. Setelah mengemaskan barang barang yang terdapat di atas meja
kerjanya dan menyimpan di tempat yang sepatutnya, Maimunah lantas masuk ke
bilik untuk tidur memandangkan jam sudah pun menunjukkan pukul dua belas tengah
malam.
Memandangkan matanya telah diserang
dengan rasa mengantuk yang amat sangat kerana telah seharian bekerja, maka dia
pun terus tertidur sebaik sahaja kepalanya mencecah bantal.
Sekitar pukul dua pagi itu, Hafizah
telah tersedar apabila dia mendengar sesuatu di bahagian dapur. Kedengaran
seperti bunyi besi yang diketuk orang dan bunyi pinggan yang jatuh. Hatinya
sudah mula diserang perasaan takut yang amat sangat. Bermacam soalan yang
bermain di mindanya saat itu. Dia sangat berharap yang bunyi bunyi yang
didengarinya tadi adalah bunyi bunyi yang datang dari rumah sebelah, bukan dari
rumahnya.
Tiba tiba dia terdengar suara orang
berbisik tetapi dia tidak tahu butir bicara bisikan itu. Hatinya terus dilanda
resah, takut, dan gelisah. Bermacam gambaran buruk yang bermain di mindanya
saat itu. Hatinya terus diserang dengan pelbagai soalan yang dia sendiri tidak
punya jawapan.
Tidak semena-mena, dia melihat dua
susuk lembaga hitam sedang berdiri di pintu biliknya yang terbuka luas itu. Dua
lembaga itu sekadar berdiri sahaja di muka pintu itu sambil memandang tepat ke
arah dirinya. Memandangkan keadaan pada masa itu gelap dan hanya diterangi oleh
cahaya bulan yang masuk melalui tingkap bilik, dia tidak dapat melihat wajah
kedua-dua lembaga itu. Dia tidak tahu sama ada lembaga itu manusia atau hantu
kerana mereka tidak berwajah!
Tanpa disangka-sangka oleh Hafizah,
kedua dua lembaga itu meluru ke arahnya. Mereka naik ke atas katil tempat
tidurnya lalu memaksanya bangun. Dia mahu menjerit tetapi salah satu daripada
lembaga itu telah menutup mulutnya dengan kain menyebabkan suaranya sekadar
tersekat di kerongkong. Dia begitu takut sekali pada waktu itu. Tiada siapa
yang boleh membantunya saat itu kecuali Allah Taala sahaja. Tahulah dia yang
masuk ke rumahnya waktu itu bukan hantu tetapi perompak!
“Baik kau diam sebelum aku bunuh kau.
Kau nampak pisau ni? Sebelum pisau ni terbenam dalam leher kau, baik kau diam!”
Kata perompak yang berada di belakang Hafizah. Perompak itu mengacukan sebilah
pisau yang tajam berkilat (pisau dapur mungkin) ke leher Hafizah. Hafizah
sangat takut pada waktu itu. Air matanya mengalir deras. Nyawanya sekarang di
hujung tanduk.
“Hoi perempuan! Sekarang baik kau
cakap kat aku, mana kau letak duit dan barang barang kemas kau? Cakap cepat!
Sebelum aku siat siat kulit kau dengan pisau tu. Cakap cepat!” Kata perompak
yang sedang duduk mencangkung di hadapannya. Perompak yang berada di
belakangnya tadi telah membuka tekapan kain yang menutup mulut Hafizah tetapi
tidak mengalihkan pisau yang tajam berkilat itu dari lehernya. Kedua dua
perompak itu mahu tahu di mana Hafizah menyimpan wang dan barang kemasnya. Hafizah
tidak dapat melihat wajah kedua dua perompak itu kerana mereka memakai topeng
berwarna hitam. Hanya mata mereka sahaja yang kelihatan.
“Aaa...aaa...ada, aaa...ada, ada kat
dalam beg aku. Duit ada kat dalam beg tangan aku. Bbb...barang kemas ada kat
dalam almari tu.” Hafizah memberitahu dalam keadaan tergagap gagap kerana
terlalu takut. Jantungnya mahu sahaja melompat keluar pada waktu itu kerana
terlalu gusar. Dia tidak tahu apakah yang harus dia lakukan pada waktu itu.
Mahu menjerit, sudah pasti nyawanya akan melayang.
Hafizah hanya melihat sahaja perompak
yang berada di hadapannya tadi menggeledah almari bajunya yang ada menyimpan
barang barang kemas miliknya. Barang barang kemas itu tidaklah banyak sangat.
Hanya ada sebentuk cincin, seutas rantai leher, dan seutas gelas yang halus.
Namun, dia sangat yakin, yang perompak itu akan mengambil kesemuanya. Mereka
tidak peduli sama ada barang kemas itu sedikit atau banyak, besar atau kecil,
janji mereka boleh jual untuk mendapatkan wang ringgit walaupun dengan cara
yang tidak halal sebegitu.
Setelah mendapatkan barang barang
kemas miliknya yang berada di dalam almari itu, perompak itu terus menggeledah
pula beg tangannya untuk mencari dompet. Setelah menjumpai dompet tersebut,
perompak itu membukanya dengan rakus. Berbekalkan lampu suluh kecil, segala
wang yang berjumlah RM500 milik Hafizah itu berjaya dikeluarkan oleh perompak
tersebut. Habis segala kad pengenalan dan kad kad bank bertaburan di atas
lantai namun langsung tidak diendahkan oleh perompak tersebut malah dia sangat
gembira kerana memperoleh ‘rezeki’ yang banyak pada malam itu.
“Kaya kita malam ni Man...dah la ada
barang kemas, duit pun banyak ni. Ada RM500! Makan besar kita malam ni Man.
Hahahaha.” Kata perompak itu sambil ketawa. Rakannya yang sedang mengawasi
Hafizah dari belakang sedari tadi turut ketawa terbahak bahak kerana gembira.
“Baik betul la perempuan ni. Semua
benda dia bagi kat kita. Terima kasihlah sebab ‘sedekah’ kat kami berdua kau
punya barang kemas dan duit duit ni semua. Hihihi.” Kata perompak itu lagi.
“Dah la tu Cap. Jom la kita balik.
Lama lama kat sini kang susah pula. Silap silap hari bulan kita kena cekup
nanti.” Kata perompak yang berada di belakang Hafizah itu.
“Sabar dulu...rileks dulu...kita
rompak ni perempuan Man. Sorang pula tu. Takkan nak tengok je. Hehehe.” Kata
perompak yang menggeledah almari dan beg tangan Hafizah tadi.
“Kau nak buat apa doe? Kau jangan
macam macam Cap. Lain jadinya kang.” Perompak yang sedang berada di belakang
Hafizah itu memberi amaran.
“Bil air aku dah lama tertunggak ni.
Aku nak clearkan kat perempuan ni. Jom kita try jom perempuan ni best
ke tak.”
“Kau nak mampus ke apa Cap?! Perempuan
tua kot. Takkan kau berselera dengan perempuan tua? Kau ni dah kenapa Cap?”
“Tua atau muda tu belakang kira. Janji
dia perempuan. Aku dah tak tahan ni. Kau ikan tangan dia kat katil tu.
Cepatlah!”
“Aku tak nak campur doe. Kita datang
sini nak rompak je. Mana ada rogol rogol bagai.”
“Kalau kau tak nak, kau jangan cakap banyak.
Biar aku je yang rasa. Kau tolong aku ikat dia je.”
“Okaylah okaylah. Tapi nanti apa apa
jadi kat kau, jangan libatkan aku okay. Aku tak nak bersubahat.”
“Yalah...yalah...apa apa jadi nanti
biar aku sorang je yang tanggung. Kau tak payah risau. Cepatlah ikat dia. Aku
tak tahan dah ni.”
Hafizah tidak tahu apa yang harus dia
lakukan pada waktu itu. Dia hanya pasrah dan redha sahaja terhadap apa yang
cuba dilakukan oleh kedua dua perompak itu. Dia cuba menjerit namun mulutnya
telah disumbat dengan kain yang telah menekup mulutnya sejak tadi. Tidak cukup
dengan itu, kain yang berada di dalam rongga mulutnya itu juga ditampal dengan
pita pelekat dari bahagian luar mulut supaya kain itu tidak tersembul keluar. Bertambah
sukarlah untuk dia meminta tolong kepada sesiapa.
Dia cuba melawan dengan meronta ronta
untuk melepaskan diri namun dia telah ditampar beberapa kali oleh kedua dua
perompak itu. Kudrat perempuannya memang tidak terlawan dengan kudrat lelaki
dua orang perompak itu. Dan akhirnya dia lemah dan tewas lalu kedua dua belah
tangannya diikat dengan menggunakan tali yang entah dari mana pada kepala
katil. Tiada apa yang mampu dia lakukan pada waktu itu selain pasrah dan
menangis.
0 comments:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.