Selasa, 19 Julai 2016

RELEVANKAH PARTI BARU DR. MAHATHIR ITU?

Sumber : Google

Dr. Mahathir bercadang untuk membuka parti baru yang akan bergabung dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional pada PRU 14 nanti. Pelbagai reaksi yang timbul daripada orang awam dengan penubuhan parti itu. Adakah ia relevan ataupun tidak.

Parti Amanah Negara (PAN) juga baru sahaja ditubuhkan. Tiba tiba Dr. Mahathir mahu tubuh parti baru pula. Persoalannya, mengapa Dr. Mahathir dan sekutunya tidak menyertai PAN sahaja? Jika tidak boleh sertai PAN pun, sertailah PKR ataupun DAP. Apa perlunya parti baru itu?

Dalam sesebuah negara yang demokrasi, penubuhan sesebuah parti baru itu tidaklah dihalang. Tetapi orang tertanya tanya, apakah agenda dan objektif penubuhan parti itu. Jika agenda dan objektif penubuhan parti baru itu hanya sekadar mahu menumbangkan BN, adalah lebih baik Dr. Mahathir sertai mana mana parti politik yang ada. Adalah sesuatu yang tidak perlu untuk membazir wang dan tenaga untuk menubuhkan parti baru tersebut.
 
Jika Dr. Mahathir rasa janggal untuk masuk PAN, PKR, ataupun DAP, Dr. Mahathir boleh sahaja masuk parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim. Parti itu bagus juga kerana pimpinannya dilihat rapat dengan Dr. Mahathir sejak Deklarasi Rakyat dilancarkan. Tetapi Dr. Mahathir tidak buat begitu. Dia mahu tubuh juga parti baru yang samar samar objektif dan agendanya.

Dr. Mahathir yang terkenal sebagai politikus yang hebat dilihat semakin huru hara dengan penubuhan parti itu. Jelas taring dan wibawa Dr. Mahathir semasa memimpin UMNO dahulu hilang apabila dia bekerjasama dengan pakatan pembangkang. Kehadiran Dr. Mahathir ke dalam puak pembangkang itu bukan menyenangkan rakyat tetapi tambah mengkucar kacirkan rakyat.

Rakyat berharap ada suatu dimensi baru yang cuba dibawa oleh Dr. Mahathir untuk menyelamatkan negara ini. Namun, semuanya tempang dan musnah sejak Dr. Mahathir bergabung dengan DAP untuk menumbangkan Najib. Rakyat melihat Dr. Mahathir sudah tidak relevan lagi dan perjuangannya sudah dilihat semakin goyah dan rapuh.

Rakyat tidak kata Dr. Mahathir tidak boleh berjuang untuk selamatkan negara ini. Rakyat cuma kata jangan bergabung dengan DAP. Tetapi oleh kerana percaturan Dr. Mahathir itu sudah salah, maka semakin terserlahlah kesalahan itu hari demi hari.

Tidak sesuai Dr. Mahathir tubuh parti baru. Yang sesuai adalah Dr. Mahathir sertai mana mana parti politik yang sedia ada atau masuk sahaja mana mana NGO. Penubuhan parti baru itu bukanlah untuk selamatkan rakyat, tetapi tambah memeningkan rakyat.


0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.