Isnin, 18 Januari 2016

APA TUJUAN SEBENAR UNDANG UNDANG DIGUBAL?

Sumber : Google


Undang undang digubal untuk dua perkara,
Pertama menjaga keselamatan elit penguasa,
Kedua memelihara kepentingan orang orang kaya,
Rakyat jelata pula terus diseksa dan menderita,
Dibelasah oleh undang undang yang dibahas di Dewan Negara.

Jangan terkejut mahupun hairan,
Rakyat jelata memang jarang menerima keadilan,
Kerana undang undang digubal bukan untuk menegakkan kebenaran,
Justeru ada yang ditangkap kerana harta dan keluarga dipertahankan,
Daripada perompak yang masuk ke rumah tanpa amaran,
Tetapi politikus rakus yang menjarah harta anak watan,
Dibiarkan lepas bebas tanpa sebarang sekatan.

Lihat sahaja Bahasa Melayu dalam Perlembagaan,
Tidak dimartabat apatah lagi diperjuangkan,
Oleh politikus dan manusia yang bergelar jutawan,
Kerana Perkara 152 itu tidak mendatangkan keuntungan,
Lalu matilah ia tanpa pembelaan.    



Related Posts:

  • PEKERJA PEMARAH Sumber : Google Setiap kali aku singgah di pejabat itu, Untuk melunaskan tugas tugasku, Aku pasti akan bertemu, Dengan pekerja pemarah itu. … Read More
  • AKU PELANGGAN MISKIN Sumber : Google Aku pelanggan miskin, Singgah ke kedai makan, Letaknya di tengah kota metropolitan, Untuk beli barang makanan, Bagi mengisi… Read More
  • RESAH Sumber : Google Aku resah berada di rumah itu, Kerana ada tugasan yang menanti diriku, Kerana ada tugasan yang belum ku urus, Dengan jitu.… Read More
  • SAJAK : LELAKI TAMPAN Lelaki yang tampan, Sungguh beruntung dirimu, Mempunyai wajah kacak kurniaan Tuhan, Hati hatilah dengan nikmat itu, Agar kamu tidak terjerumus, … Read More
  • DATUK Sumber : Google Datuk, Dulu gelaran itu tinggi nilainya, Dulu gelaran itu tinggi darjatnya, Dulu gelaran itu tinggi martabatnya, Kini g… Read More

7 ulasan:

  1. Benar. Segala-galanya demi wang dan kuasa.

    BalasPadam
  2. Dunia sekarang kalau ade duit semua jalan..

    BalasPadam
  3. Undang-undang untuk mencari salah dan mengelak mereka digugat

    BalasPadam
  4. undang-undang pun boleh dilanggar oleh empunya kuasa

    BalasPadam
  5. kuasa dan undag-undang, memang orang yang tiada apa2 asyik kena sajalah

    BalasPadam
  6. Rasanya tujuan sebenar bukanlah begitu. Kita kena lihat juga dari sudut 'spirit' undang-undang itu dibuat. In fact, undang-undang syariah juga ialah undang-undang. Adakah ia dibuat untuk tujuan tersebut? Cuma manusia bila ada kuasa ada kecenderungan untuk korup dan menyalahgunakan kuasa termasuk dalam hal pengubalan undang-undang.

    BalasPadam
  7. Saya ikut undang-agama ja dgn iman saya menguruskan hidup undang-undang saya x tahu langsung

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.