Sumber : Google |
Di akhir zaman ini, kita melihat
begitu banyak sekali perkara perkara tertentu telah diliwat! Konotasi liwat di
sini bukannya bermaksud seperti yang kita faham tetapi bermaksud semuanya sudah
menjadi tunggang langgang. Sebagai contoh, kebenaran telah dianggap sebagai
penipuan manakala penipuan pula telah dianggap sebagai kebenaran. Orang yang
baik akan dicerca manakala orang yang jahat akan dipuji secara melangit. Begitu
juga dengan darihal orang yang jahil dan orang yang bijak. Orang yang jahil
akan disanjung tinggi manakala orang yang bijak diletakkan ke tepi.
Mengapa perkara sebegini boleh
berlaku? Sebabnya mudah. Ramai diantara kita ini yang malas mahu menuntut ilmu
dan malas pula mahu membaca. Ramai diantara kita juga mudah meletakkan persepsi
dan kepercayaan terhadap sesuatu perkara atau individu tanpa membuat sebarang
penyelidikan terlebih dahulu. Justeru,
kita jangan berasa hairan apabila melihat masyarakat kita terus dihujani dengan
huru hara tanpa sesiapa dapat mengubahnya.
Baiklah, biarlah saya bersurah
mengenai manusia yang jahil dan manusia yang bijak. Apa maksud manusia yang
jahil dan manusia yang bijak dalam artikel ini? Manusia yang jahil dalam
artikel ini adalah manusia yang cetek pengetahuannya dalam bidang bidang
tertentu tetapi gemar bercakap tentang bidang tersebut mengikut logik akal
semata mata. Manusia yang bijak pula yang saya maksudkan dalam artikel ini
adalah manusia yang memahami (walaupun tidak secara mendalam) dalam sesuatu
bidang tetapi sayangnya mereka mudah percaya dengan kata kata manusia yang
jahil tadi.
Mengapa manusia yang mengamalkan
sekularisme, liberalisme, atheis, feminis, wahabi, syiah, ajaran sesat dan
sebagainya boleh hidup dengan tenang di Malaysia walaupun Malaysia adalah
sebuah negara Islam? Mengapa begitu ramai pemimpin negara dan penjawat awam
yang merompak harta rakyat, mengamalkan rasuah, penipu dan sebagainya masih
boleh bergembira di takhta kuasa? Mereka ini semua adalah manusia yang jahil
tetapi oleh kerana manusia manusia yang bijak sangat percaya kepada mereka,
mereka terus bermaharajalela menyebarkan fikrah dan terus bermaharajalela
membuat perkara perkara keji sebegitu. Akibatnya, rakyat negara ini terus
menderita tanpa ada kesudahannya.
Manusia yang jahil ini akan terus
menyebarkan fikrah mereka melalui ucapan, perbuatan, dan penulisan. Manusia
yang jahil ini juga akan terus bertahan di singgahsana kuasa selagi manusia
manusia yang bijak di negara ini terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada
mereka. Manusia manusia jahil ini akan lenyap jika manusia manusia bijak tidak
percaya dan tidak lagi menyokong mereka.
Walaubagaimanapun, manusia manusia
bijak ini akan terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada manusia manusia
jahil itu tadi. Manusia manusia yang mengaku dirinya bijak dan berkelulusan
daripada universiti terkemuka ini akan terus diperbodohkan oleh manusia manusia
jahil. Hal ini kerana manusia manusia bijak ini malas menuntut ilmu daripada
manusia bijak yang lain kerana mereka beranggapan mereka ini tahu semua
perkara. Manusia manusia yang mengaku dirinya bijak ini sudahlah malas membuat
sebarang penyelidikan terhadap sesuatu isu, malah mereka juga malas membaca. Inilah
yang menyebabkan manusia manusia bijak ini terus diperbodohkan oleh manusia
manusia jahil yang ada di negara ini.
Manusia manusia bijak yang kononnya
mengaku sangat bijak dan berkelulusan dari universiti ini jangan bersikap
angkuh dengan tidak mahu menuntut ilmu. Ya, manusia bijak itu wujud tetapi
manusia bijak itu tidak bijak dalam semua perkara. Sebagai contoh, manusia yang
bijak dalam bidang politik tidak semestinya bijak dalam bidang agama. Manusia
yang bijak dalam bidang agama tidak semestinya bijak dalam bidang undang
undang. Ini menunjukkan manusia bijak ini bukannya bijak dalam semua perkara
atau menguasai semua disiplin ilmu. Manusia bijak juga adalah manusia biasa
yang mempunyai kelemahan di sana sini. Justeru, manusia bijak jangan sesekali
menyombong diri dengan tidak mahu menuntut ilmu, membaca, atau membuat
penyelidikan terhadap sesuatu perkara ataupun isu yang berlegar di sekitar
mereka.
Jika manusia yang mengaku bijak ini
terus menyombong diri dengan tidak mahu menuntut ilmu, membaca, atau membuat
penyelidikan, mereka pasti akan ditipu secara terang terangan dengan manusia
jahil itu tadi. Hal ini kerana manusia bijak ini tidak dapat mengenalpasti
segala penipuan yang dilakukan oleh manusia jahil. Oleh sebab itu, jangan
hairan ataupun terkejut ada juga pelajar lulusan sekolah agama pondok (manusia
bijak) yang terpedaya dengan jihad fisabilillah yang dicetuskan oleh kumpulan
ISIS atau IS (manusia jahil). Perkara ini berlaku kerana pelajar sekolah agama
pondok tersebut bukan sahaja tidak berupaya untuk mengenalpasti penipuan
manusia manusia jahil dalam kumpulan ISIS atau IS itu malah dia juga tidak
berupaya untuk memahami konsep jihad dalam Islam yang sebenar.
Oleh sebab itu, mengapa kita melihat
begitu ramai manusia yang jahil terus disanjungi dan disokong oleh ramai
manusia yang mengaku bijak. Saya juga berasa khuatir jika manusia yang bijak
ini sebenarnya juga adalah manusia yang jahil! Walau apa pun, sebagai manusia
yang mengaku bijak, mereka tidak boleh sesekali percaya dan terpedaya dengan
fikrah atau kata kata manusia jahil itu.
Jika manusia yang mengaku bijak ini
tidak mahu ditipu oleh manusia jahil, manusia bijak itu perlu banyak belajar,
banyak membaca, dan banyak membuat penyelidikan terhadap sesuatu perkara atau
isu yang berlaku di sekitar mereka. Manusia bijak tidak boleh sesekali menelan
bulat bulat apa sahaja yang diucapkan oleh manusia jahil tanpa membuat sebarang
penyelidikan terlebih dahulu. Jika manusia bijak terus percaya dan menyokong
manusia jahil, manusia jahil akan terus bermaharajalela di negara ini. Maka,
janganlah sedih atau menangis jika negara ini musnah kerana manusia manusia
jahil yang merosakkan ini terus disanjungi oleh manusia bijak itu tadi.
Semoga kita semua dijauhkan daripada lingkungan manusia bijak yang jahil mahupun manusia jahil yang bijak.
BalasPadam