Sumber : Google |
Sebagai manusia, kita tidak boleh
lari daripada membina hubungan dengan manusia lain. Hubungan itu boleh berlaku
dalam pelbagai bentuk antaranya kekeluargaan, persahabatan, persaudaraan, perguruan
dan sebagainya. Hubungan yang pelbagai bentuk inilah yang akan menambah nilai
dalam hidup seseorang manusia itu sendiri.
Dalam membina hubungan dengan manusia
lain ini, kita pasti akan melakukan pelbagai perkara atau perbuatan supaya
hubungan itu akan menjadi lebih bermakna. Perkara atau perbuatan itu boleh
berlaku dalam dua bentuk pula iaitu, pertama : baik dan kedua : buruk.
Apa contoh contoh perkara atau
perbuatan baik yang selalu berlaku dalam hubungan kemanusiaan? Memberi salam,
menziarahi ketika sakit, mengucapkan tahniah, memberi hadiah, mengucapkan
selamat dan sebagainya adalah contoh contoh perkara atau perbuatan baik yang
selalu dilakukan oleh manusia dalam membina hubungan kemanusiaan mereka. Dengan
melakukan perkara atau perbuatan baik ini tadi, hubungan kemanusiaan antara
seorang manusia dengan seorang manusia lain akan menjadi lebih erat sekaligus
merapatkan perpaduan, ukhuwah dan silaturrahim.
Walaubagaimanapun, ada juga perkara
atau perbuatan buruk yang berlaku dalam sesebuah hubungan kemanusiaan sehingga
merosakkan hubungan kemanusiaan itu sendiri antaranya seperti pembunuhan,
fitnah, ejekan, penghinaan, hasad dengki, dan sebagainya. Perkara atau
perbuatan buruk inilah yang menyebabkan mengapa hubungan kemanusiaan itu
menjadi rosak lalu keamanan tidak berlaku di dunia ini.
Menghina atau mengejek orang lain
adalah salah satu contoh perbuatan atau perkara buruk yang acapkali berlaku
dalam hubungan kemanusiaan terutama dalam konteks persahabatan dan
kekeluargaan. Mungkin perbuatan ini dianggap remeh atau dianggap sebagai satu
gurauan sahaja tetapi sebenarnya ia dipandang serius di dalam Islam. Ini
kerana, perbuatan ini bukan sahaja memalukan orang lain, malah ia mampu
menguris hati dan perasaan orang yang kita ejek sehingga mencetuskan permusuhan
dan pergaduhan.
Oleh sebab itulah, Allah sangat murka
kepada orang yang suka mengejek orang lain ini dan Allah menegah kita daripada
melakukan perbuatan tersebut seperti mana Allah berfirman di dalam Al Quran
mengenai hal ini terutama dalam Surah Al-Hujurat, ayat 11 yang bermaksud : Wahai
orang orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain
(kerana) boleh jadi (mereka yang diolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka
(yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita wanita (mengolok-olokkan) wanita
lain (kerana) boleh jadi wanita wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik
daripada wanita wanita (yang memperolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela
dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar gelar yang
buruk. Seburuk buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan
barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang orang yang
zalim.
Tafsiran mengenai ayat di atas adalah
Allah melarang orang orang yang beriman supaya tidak mengejek atau merendah
rendahkan orang lain kerana mungkin orang yang kita ejek itu lebih baik
daripada kita. Allah juga melarang kita memanggil atau memberi gelaran yang
buruk kepada orang lain.
Abu Jubair Ibnu Dhahak r.a menegaskan
bahawa ayat di atas diturunkan berkenaan dengan seseorang yang dipanggil dengan
nama tertentu, agar orang itu tidak senang dengan panggilan itu. (Hadis riwayat
Tarmizi – hadis hassan sahih)
Jelaslah kepada kita semua bahawa
Allah s.w.t menegah kita daripada mengejek, memberi, atau memanggil orang lain
dengan panggilan yang buruk. Contohnya, apabila kita melihat kawan kita itu seorang
yang gemuk, maka kita memanggilnya dengan gelaran Si Gemuk. Apabila kita
melihat keputusan peperiksaan kawan kita itu lebih rendah daripada kita, kita
akan memanggilnya Si Bodoh di hadapan orang lain padahal dia tidak suka dengan
panggilan kita itu.
Namun begitu, perbuatan mengejek,
memberi, atau memanggil orang lain dengan panggilan yang buruk ini sudah biasa
berlaku dalam masyarakat manusia atau hubungan kemanusiaan itu tadi terutama
dalam konteks hubungan persahabatan dan kekeluargaan. Ini kerana, kita selalu
beranggapan bahawa apa yang kita lakukan itu adalah gurauan semata mata sebagai
satu cara kita menghiburkan diri kita dan orang orang di sekeliling kita tanpa
kita sedari kita sebenarnya telah menyakiti hati dan perasaan orang lain.
Setiap manusia pasti ada kelemahannya
dan tidak terkecuali kita. Kita tidak boleh sesekali mencela kelemahan orang
lain kerana kita pun mempunyai banyak kelemahan yang kita sendiri ketahui. Cuba
orang lain mengejek kelemahan kita, apa perasaan kita pada waktu itu? Marah?
Gembira? Sedih? Kecewa? Jika kita tidak suka orang lain mengejek kelemahan
kita, kita pun jangan sesekali mengejek kelemahan atau kekurangan orang lain.
Ketahuilah bahawa mengejek orang lain
itu tidak ada faedahnya malah mendatangkan banyak keburukkan seperti pergaduhan
dan permusuhan. Maka, mulai hari ini, belajarlah untuk tidak mengejek orang
lain. Jika kita sudah terlanjur melakukannya, maka segeralah memohon kemaafan
kepada orang yang telah kita ejek. Semoga kehidupan kita dirahmati oleh Allah
hendaknya.
Masa kecik2 dulu memang perangai jahat, saling ejek-mengejek..
BalasPadamApa sekalipun, perbuatan mengejek sangatlah kebudak-budakan dan tidak matang.
BalasPadamThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
BalasPadamGiaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.